Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Mengenali ibadah korban

9 December 2008 oleh ImamKhalid
Ketahui umur dan jenis haiwan yang boleh dibuat korban — Gambar hiasan

Ketahui umur dan jenis haiwan yang boleh dibuat korban — Gambar hiasan

Dek kesibukan tugasan, entri ini terlewat ditulis untuk musim korban kali ini. Harap-harap boleh disimpan di dalam dada sebagai ilmu untuk rujukan di hari muka.

Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:

  1. Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
  2. Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
  3. Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:

  1. Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;
  2. Buta sebelah mata atau kedua-duanya;
  3. Gila atau berpenyakit;
  4. Berkudis walaupun sedikit;
  5. Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan
  6. Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:

  1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.
  2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.
  3. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.
  4. Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.
  5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.

Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

Sudahkah anda menunaikan ibadah korban? Wallahu a’lam.

 

18 komen

  1. Komen dari rohaizad:

    Ni baru lepas amik gambar dan video lembu yang dikorbankan. Nanti akan dikongsi bersama.

    Entri terkini blog rohaizad.. Motivasi (unsur motivasi) ada di mana-mana.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Bagus2, teruskan usaha murni anda ittew! ;)

    [Balas]

  2. Komen dari en_me:

    hi pak imam ittewww.. salam aidiladha..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam aidiladha jer? Daging2 takde ke?

    [Balas]

  3. Komen dari sahabatlibray:

    daging kurban . aisey . dah sedekah semua ke fakir miskin

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Baguslah kalau macam tu. Harap2nya tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tahu hehehe :mrgreen:

    [Balas]

  4. Komen dari labus:

    berapa orang bahagian yang boleh masuk bagi korban seekor lembu, unta dan kambing? Misalnya, lembu = 7 bahagian bagi setiap seorang, unta? kambing?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Lembu 7 bahagian, unta 7 bahagian, kambing 1 bahagian, biri2 1 bahagian. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  5. Komen dari Triple A:

    Salam,

    Aidiladha telah berlalu, namun semangat perngorbanan dalam hidup perlu kita simpan dalam menempuhi cabaran mendatang. Selamat berjaya.

    Triple A
    http://www.binausahawan.com

    Entri terkini blog Triple A.. Fikir Boleh

    [Balas]

  6. Komen dari zuriaf:

    thanks for the info ye imam… :D

    [Balas]

  7. Komen dari vanudin:

    Iedul adha sudah berlalu, tetapi semoga semangat pengorbanan akan terus berkobar. Insya Allah.

    Thanks to visiting my Blog.

    Entri terkini blog vanudin.. Free alternative Plugins for MBPNinjaAffiliate Premium

    [Balas]

  8. Komen dari Nur:

    salam ustaz, mntak izin guna entri ni untuk newsletter perpustakaan… insyaallah dapat sebarkan ilmu untuk mereka yang tak sempat surf web …

    [Balas]

  9. Komen dari ismail:

    Saya ada terdengar bahawa jika seseorang yang hendak menunaikan korban tidak boleh memotong kuku dan rambut dari 1hb zulhijjah sehingga korban di laksanakan. Betul kah begitu? boleh tolong jelaskan.

    [Balas]

  10. Komen dari Rahman Aziz:

    Salam…… Bagaimana jika kuku kaki haiwan tersebut luka akibat terkena pelepah sawit…… Kaki lembu tersebut luka di antara 2 kuku tersebut….. adakah lembu tersebut boleh di buat korban……? Wassalam…..

    [Balas]

  11. Komen dari Ieta:

    Kami sekeluarga akan membuat korban pada hari raya Haji ini (2011). Dalam tujuh nama itu ada termasuk nama arwah bapa kami. Bolehkan nama orang yang hidup bercampur dengan nama orang yang telah meninggal?. Apakah daging korban itu boleh dimakan oleh kami dan sanak saudara?. Minta tolong jelaskan. Terima kasih

    [Balas]

  12. Komen dari zureen:

    Salam..

    Difahamkan boleh membuat ibadah kurban atas nama yg membuat kurban dgn niat pahala disedekah kpd arwah.
    Soalan: 1) Perlukah yang membuat kurban membuat kurban lagi atas namanya jika dia belum pernah melakukannya sebelum ini.
    2) Perlukah lagi dia melakukan utk dirinya sendiri dan bolehkah untuk arwah emaknya dan arwah bapanya spt soalan satu diatas pada tahun yang sama tetapi pada kumpulan kurban yang berlainan.

    Bantu utk perjelaskan. Wsalam

    [Balas]

  13. Komen dari dina:

    Aslkm.boleh terangkn jumlah bahagian2 daging korban yg hendak dsedekah dan bahagian utk orang yg melakukn korban tersebut.
    Bolehkh ibadat korban dgabungkn bersama nazar atau bernazr dgabungkn bersama aqiqh?

    [Balas]

  14. Komen dari nor:

    assallammualaikum..

    harap dpt bantu kemusykilan saya ini berkenaan sisa tulang korban :
    i) diantara jawapn yg saya dpt mengatakan tiada nas yg mengatakan ia perlu ditanam ia cuma amalan org melayu

    ii)ada pula yg mengatakan perlu ditanam tetapi tidak menyatakan mana2 hadis sahih sbgai menyokong

    Wassallam

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...