Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Tahun baru 2009: apa matlamat kalian?

1 January 2009 oleh ImamKhalid
Tahun baru 2009: apa matlamat anda?

Sudahkah kalian mengatur strategi untuk mencapai matlamat? — Gambar hiasan

Hampir sebulan aku tidak menulis, kerana kesibukan tugas yang tidak terhingga. Rasanya tidak pernah sesibuk ini. Mungkin ramai yang sudah bosan menanti entri baru yang tak kunjung tiba. Aku mohon maaf atas situasi yang tidak disengajakan ini.

Bersempena dengan pagi yang mulia ini, izinkan aku menghadiahkan sekeping ucapan tahun baru buat kalian:

Selamat Tahun Baru 2009! Semoga tahun baru memberi lembaran baru bagi kita untuk menyuntik semangat baru yang lebih istiqamah dan wasatiah kepada kita semua, amin…

Apakah matlamat yang ingin kalian capai pada tahun ini? Adakah matlamat kalian seperti berikut:

  • Ingin cemerlang dalam peperiksaan;
  • Ingin menjadi insan berguna terhadap keluarga, masyarakat dan negara;
  • Ingin berjaya dalam mengejar cita-cita, dsb.

Jika senarai di atas merupakan matlamat kalian, lupakan saja kerana ia bukan matlamat sebaliknya impian. Keinginan yang tidak mempunyai garis panduan tidak layak dipanggil matlamat.

Melainkan matlamat kalian itu berbunyi seakan-akan begini:

  • Ingin mendapat 9A dalam PMR;
  • Ingin menamatkan bacaan Al-Quran sebanyak 2 kali;
  • Ingin memulakan perniagaan internet yang selama ini hanya impian;
  • Ingin mencipta RM1,000 pertama dari internet, dsb.

Bagaimana, setuju dengan pendapat aku? Jika setuju, kongsi impian dan matlamat kalian di ruangan komen di bawah. Jika tidak setuju, nyatakan juga di ruangan komen di bawah.

Paling busuk pun, kalau dah malas sangat nak layan permintaan aku ini, berilah sedikit pandangan terhadap impian dan matlamat pembaca lain yang ternyata lebih rajin dari kalian.

Renung-renungkan, selamat berkomentar sambil beramal!

Wallahu a’lam.

 

17 komen

  1. Komen dari ImamKhalid:

    Biar aku mulakan.

    Impianku agar dapat menulis entri dengan lebih konsisten dan efisyen di Soleh.Net.

    Matlamatku pula, ingin menyiapkan 4 projek di akhir tahun ini, iaitu MomsBasic, ProMailer, WP-Cart, dan LadyCoder.

    Mungkin kalian tak dapat memahami apa yang aku maksudkan, tapi aku percaya ada di antara kalian yang dapat meneka sedikit sebanyak matlamat aku ni.

    Bagi aku, projek2 ini amat besar, berpanjangan, serta amat bermakna dalam hidupku. Doakan kejayaanku, amin…

    [Balas]

    may7805 Reply:

    assalamualaikum….
    saya setuju dengan pandangan ustaz.impian kita banyak…tapi belum tentu tercapai.kalau matlamat pula harus jelas,boleh banyak..tapi tanpa usaha dan doa satupun belum tentu boleh dicapai.

    [Balas]

  2. Komen dari lydiarayyan:

    ingin bahagia

    Entri terkini blog lydiarayyan.. 2009….1430

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tahun 2008 pun dah penuh dengan kebahagiaan. Harap2 tahun 2009 ni bertambah2 lagi bahagia yang diinginkan, insya-Allah. :)

    [Balas]

  3. Komen dari Ema:

    salam semua..

    matlamat utama sya tahun ni tk lain dn tk bukan ialah ingin melihat ank sya mendpt 5A dlm upsr 2009 dan berjaya melayakkan diri ke MRSM.

    matlamat ke2 ialah ingin mengambil part time study dlm kursus islamic finance tpi ini tk confirm lagi sbb nk pertimbangkan ttg kewangan & bugdet dulu..

    matlamat ke3 ialah jika diizinkan Allah ingin mencari teman hdup yg soleh, brtggjwb, dn ikhlas menerima kami 3 branak seadanya..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    5A sekarang tidak menjanjikan kelayakan mudah untuk ke MRSM, memerlukan kecemerlangan dalam 5A itu sendiri. Kuatkan usaha, moga beroleh kejayaan!

    Part time study is not a simple task. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, terutama dari segi masa dan wang ringgit. Tabahkan hati dan kuatkan semangat, mudah2an dipermudahkan oleh-Nya.

    Dapatkan tips di sini: http://soleh.net/2008/03/19/10-sifat-calon-suami-yang-baik/

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  4. Komen dari !x0r@:

    ooh.. tu bezanya matlamat dgn impian rupanya. hmm.. kena set balik matlamat saya pasni nampaknya. hmm..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Adei, nak set balik plak. Ok takpe, nanti dah siap setting, mari sini balik dan nyatakan di bawah! hehehe :P

    [Balas]

    !x0r@ Reply:

    erm,kalau saya katakan azam saya utk jadi lebih baik thn ni.. tu kira impian ke? “saya nak jadi lebih baik thn ni.. nak buang segala sifat2 yg buruk dan memperbaiki akhlak saya..”

    tu azam/harapan saya tetiap tahun. hahaha. tahun ni lain skit. azam saya ialah untuk menaikkan berat badan hingga mencecah xx kg. hehehe

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ha’ah, tu lebih kurang impian laa, sebab tiada tali pengukur. Namun, ia tetap boleh jadi matlamat walaupun tali pengukurnya hanya diri sendiri yang tahu.

    Apa pun, semoga matlamat untuk menaikkan berat badan tercapai.

    P/s: Cukup ker xx? Naper tak try xXx? :twisted:

    [Balas]

  5. Komen dari paklan:

    salam,
    marilah kita sama-sama membantah peperangan…copy the URL poster in your blog
    http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg

    PAKLAN
    http://papan9.blogspot.com/
    http://jalakmas.blogspot.com/

    [Balas]

  6. Komen dari Faris Fakri:

    Matlamat saya pada tahun 2009 ini agar saya dapat menamatkan pelajaran saya dalam bidang perakaunan yang sedang saya kecapi sekarang ini. Juga ingin menjadi seorang jurugambar yang dapat menghasilkan portfolio-portfolio yang bertaraf antarabangsa.

    Owh tak lupe juga mudah-mudahan kalau murah rezeki ingin mendirikan rumah tangga pada tahun 2010. Amin~! :-)

    Entri terkini blog Faris Fakri.. Muck About

    [Balas]

  7. Komen dari june:

    Salam & Selamat Tahun Baru 2009!!!!!!!!!

    Tahun ni amat bermakna buatku. Selepas tamat pengajian slama 6 tahun dlu, 1.1.2009 aku dpt keja Assistant Manager di kg. suami.Alhamdulillah syukur kata to phat bah.

    Sebelum ni keja gak guna spm.

    Impian sya nak majukan org kg. spaya pandai guna komputer & internet.

    Matlamat 60 org knk2,40 org remaja,30 org belia & 10 org warga emas pandai da guna komputer.Malahan tau cari maklumat utk majukan diri.Aminnn

    [Balas]

  8. Komen dari aina:

    matlamat pertama saya pada tahun 2009 ialah tidak meninggalkn solat….tp nk wat cam ner sy tetinggal gak solat……
    matlamat kedua sy ialah nk mengerjakan umrah…insyaallah kalau date final exam x clash ngan penerbangan ke umrah sy akan menjalankn ibadat umrah…
    matlamat ke3…nk putuskn hubungan cinta dgn seorg teman yg mustahil bagi sy untuk mengahwininya.
    matlamat ke4…nk kawin pd tahun ini dengan kekasih hati sy…seorg ustaz…
    matlamat ke5…tahun dpn mesti ngandung n punya anak….

    sy harap matlamat @ impian sy akan tercapai…insyaallah

    [Balas]

    bella Reply:

    motif ko nyer matlamat 2????????????!!!!!!!!!!!!!

    [Balas]

  9. Komen dari may7805:

    salam ukhwah buat semua…soleh.net amat bermakna.banyak informasi

    [Balas]

  10. Komen dari ohmelayu:

    semoga impianku akan tercapai. Beli kereta dan rumah. :)

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...