Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Isu dan permasalahan mandi wajib

2 March 2009 oleh ImamKhalid
Di mana silapnya?

Antara fakta dan mitos. Di mana silapnya?

Lama saya bercuti. Sepanjang ‘percutian’, saya tidak putus-putus dihujani persoalan berkaitan isu-isu dan permasalahan mandi wajib.

Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:

  1. Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;
  2. Was-was dengan mandi wajib;
  3. Antara wiladah dan nifas;
  4. Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani;
  5. Ukuran air 2 kolah;
  6. Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;
  7. Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;
  8. Terlupa bahawa sedang mandi wajib;
  9. Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;
  10. Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang kadangkala tidak berkaitan dengan bab tersebut.

Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini.

Niat

Isu niat adalah antara yang paling sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan “Sahaja aku…” dalam berniat.

Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan. Baca entri “Antara niat dan lafaz” yang pernah saya tulis beberapa ketika yang lalu.

Pendek kata, maksud sebenar niat ialah perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa, atau nyanyuk, atau berkhayal.  Selain daripada itu, semuanya berniat.

Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.

Was-was

Ada yang tanya saya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?

Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.

Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.

Antara wiladah dan nifas

Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.

Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.

Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).

Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.

Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.

Bagaimana caranya? Angkat hadas besar dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain-lain sama sahaja.

Keperluan mandi wajib apabila memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani

Memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, tidak perlu mandi wajib.

Onani, sehingga mencapai klimaks, tidak kira jantina, wajib mandi baginya.

Perlu diingat, yang haram tetap haram. Onani tetap haram walau apa jua cara dan keadaan. Namun, mandi tetap wajib.

Ukuran air 2 kolah

Ada yang bertanya bagaimana mandi wajib jika tiada kolah, yang ada hanyalah baldi, cukup ker 2 kolah dengan baldi itu?

2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.

Sebaliknya, air mutlak akan menjadi air najis apabila tidak cukup ukuran tersebut. Hukum mandi wajib dengan air najis adalah tidak sah.

Oleh itu, mandi wajib menggunakan air paip secara terus adalah lebih memudahkan. Tidak perlu susah-susah guna baldi.

Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib

Dalam bab ini, terdapat 2 pendapat. Ada yang berpendapat begini:

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Namun pendapat ini diragui, atas sebab yang saya sebutkan dalam tajuk kecil “Antara wiladah dan nifas” di atas tadi.

Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab

Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab yang mewajibkan mandi.

Diulang, yang haram tetap haram. Kita bercakap isu tindakan atas sesuatu isu, bukan galakan untuk melakukan yang haram.

Persoalannya, berapa kali wajib mandi untuk 2 sebab? Adakah dalam satu sebab sekali mandi, 2 sebab dua kali mandi?

Tidak perlu, cukup hanya sekali untuk berapa banyak sebab pun.

Terlupa bahawa sedang mandi wajib

Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian,  saya mandi wajib. Sah ke?

Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.

Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib

Penuntut sekolah aliran agama memberitahu bahwa kita kena tunggu lebih kurang 5 jam baru boleh mandi wajib.

Siapa yang kata begitu sila angkat tangan, berikan nama dan nombor IC. Nak tengok sikit wajah insan yang berkata begitu.

Mana ada. Dari mana belajar ni? Ustaz mana yang ajar? Tidak ada hukum mengatakan kena tunggu 5 jam ker, 2 jam ker, setengah jam ker, lima minit ker, 2 saat ker.

Nak mandi, mandi jer. Tak payah ditunggu-tunggu.

Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan

Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan ’shower’ bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?

Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.

Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.

Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.

Penutup

Diharap entri ini dapat menjawab sedikit sebanyak keraguan yang timbul dalam diri masing-masing.

Segala perbincangan amatlah dialu-alukan. Wallahu a’lam.

 

133 komen

  1. Komen dari |1f34|-|1r3:

    imam…ko seperti biasa tidak mengecewakan aku…memang banyak persoalan yg aku selalu dok baca dalam paper terjawab kat sini…kekadang aku baca dalam paper pon rasa ragu-ragu…especially part niat tuh..memang dari dulu lagi kt skolah diorang ajar camtuh…haiyaaaaaaa…tak tahu la aku motif dia ape sbnrnya….mungkin dulu nak biasakan…kira nanti besar leh pikir sendiri kot?

    Entri terkini blog |1f34|-|1r3.. Getting know the file extensions

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ko pun seperti biasa menjadi pengomen setia di seluruh blog penduduk malaysia! :twisted:

    Tapi aku tak rasa motif niat tu nak membiasakan. Kerana apabila terbiasa menjadi binasa. Hilang maksud sebenar perkataan niat.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    isk…aku takleh lawan mamat kt bawah ni beb….mamat ni lg otai…haha..aku komen bila ada pengisian jer dlm post tuh…

    aku setuju tuh imam…kata la kalau diorang ajar konon2 nak membiasakan..tp takde plak ajar sbnrnya niat tuh cenggini sbnrnya…lgpon aku rasa makin ramai akan pelik kenapa ada perubahan….seeloknya diterangkan dari awal…

    Entri terkini blog |1f34|-|1r3.. Using GPS to track people instead of calculating location

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mamat bawah tu special case. Jawatan hakiki dia full time blog poster & commenter haha!

    [Balas]

    Nor Aznita Reply:

    Sebenarnya ramai ustaz ustazah yang mengajar berdasarkan ilmu yang didapati secara ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang mendalam. sepatutnya untuk mengajar, mereka wajib mengkaji setiap ilmu yang akan dsampaikan. ilmu fiqah ni berubah berdasarkan keadaan dan zaman, bukan macam ilmu tauhid (aqidah). so,ulama’ kena up date selalu ilmu mereka di samping membuat penelitian dan penyelidikan yang mendalam. Nak selamat, orang awam patut menyelidiki latar belakang sesetengah ulama’ tu. Ulama’ yang ada ijazah kedoktoran dan yang dikenali ramai patut diutamakan.

    [Balas]

  2. Komen dari KNizam:

    yep aku setuju
    kita mmg dah dibiasakan dengan lafaz niat semenjak kecil lagi. hehe :)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Kenapa tak diajar sekali lafaz niat untuk makan, mandi, gosok gigi, buang air, dan tidur? ;)

    [Balas]

  3. Komen dari en_me:

    salammms n nice info.. me insaf dgn kekurangan n kekurangan diri me yg inih..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sama2 kita berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama.

    [Balas]

  4. Komen dari huda:

    salam…perlu ke kita tukar tuala yg kita guna b4 mndi wjib,mse kita nk mndi wjib??????????????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak perlu.

    [Balas]

  5. Komen dari huda:

    salam…klu kita nk mndi wjib,b4 mndi 2 kna 2kar tuala bru ke x??????????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak perlu juga.

    [Balas]

  6. Komen dari huda:

    salam….klu time period kta gunting rambut @ ketip kuku…rambut n kuku 2 leh buang twos ke kna bsuh skli mse mndi wjib????????????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh terus buang.

    [Balas]

  7. Komen dari nurul:

    tp pnah dgar ustzah ckap nnti mse hari kiamat,sume rambut n kuku yg penah kite potong akan tumbuh blik kat bdn kite n kalau kite potong mase ngah period,nnti mse kiamat kat bdan kite 2,cthnye kat rambut,akan ada rambut yg bersih n rambut y kotor(sbab kte potong mse period).x fhm la.pas2 pnah dgar org ckap sebaiknye rmbt y kte potong mse priod kte mandikan skali mse kte nak mandi wjib.betul ke

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Itu hanyalah bid’ah yang direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab, sehingga menjadi ikutan ramai. Apabila dikaji semula, tiada sebarang nas2 atau dalil2 sahih yang mengatakan hukum sedemikian. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    ema7410 Reply:

    salam imamkhalid,

    betul ke bid’ah tu pak imam??…wahhhh…
    silap sendiri gak tk buat research, dh 35thn sya buat cmtu sekrg baru tau benda tu bid’ah pak imam?..ishh..ishhh..ishhh…
    pastu leh rasa brdosa pula klu kuku yg di simpan tu tiba2 nk mandi wajib hilang entah kemana..
    ilmu agama sya terlalu cetek la pak imam..sedih nyer

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tak perlu sedih2, yang penting kita ada kemahuan untuk mendalami ilmu agama. Bak sabda nabi s.a.w, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    alQasam Reply:

    Salam akhi

    Betul ke itu hadis akh?

    Persoalan Lafaz niat ini dibincangkan secara meluas dan terperinci oleh Fuqaha’ dan disebut dalam banyak kitab-kitab feqh. Sekalipun niat dengan lafaz atau sebagainya Ulama’-ulama’ muktabar ada membincangkannya.

    Lafaz niat tersebut disyaratkan sebagai menetapkan hati agar hilang was-was dan yakin. Dan jika sampaikan talaffudz niat itu menyebabkan susah payah dan was-was yang berlebihan maka tidak perlu lah. Ini diselesaikan dengan qawaed feqhiah yang ada demi memudahkan dan membantu mu’min.

    Ianya bukanlah direka-reka atau sesahajanya disebut oleh guru-guru kita dahulu. Malah Ulama-ulama’ muktabar di dalam sejarah Islam samada salaf dan khalaf ada menyebutnya dalam kitab mereka. Di negara-negara lain, juga ada diamalkan.

    Ada kaedah feqhiah dalam membantu memudahkan urusan fekah mu’min dan bukanlah dengan begitu sahaja meruntuh manhaj dan kaedah yang disusun ulama’.

    Namun saya memuji dan entri ini dapat banyak membantu orang awam. Semoga saudara dirahmati.

    [Balas]

    nemesisz Reply:

    Persoalan ini saya ambil dari JAKIM dijawab oleh JAKIM…
    rujukan: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    assalamualaikum ustaz..
    ape hukumnya memotong kuku dan rambut gugur ketika sedang haid?
    adakah perlu membawa kuku dan rambut itu bersama sewaktu mandi hadas?sebab kadang2 saya rasa tak selesa dengan kuku panjang…

    Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wa Barakatuh,
    Ketika sedang haid, kaum wanita tidak digalakan memotong kuku, rambut dan sebagainya dari tubuh badannya. Jika dia memotong kuku diwaktu sedang haid, dia hendaklah mengumpul kuku tersebut dan dibawa mandi semasa mengangkat hadas nanti. Begitu juga dengan rambut dan segala jenis bulu yang tumbuh di badannya. Namun, jika rambut tersebut gugur dengan sendirinya, ia dimaafkan..

    saya rase jawapan ini lagi menyakinkan kerana dijawab oleh pihak JAKIM yang lebih mendalam ilmunye tentang agama….by the way…ImamKhalid….ko ni betul ke ustaz?…juz nk tanye sbb persoalan agame ni bukan boleh dijawab ikut sesuke hati…lgpun JAKIM lg credible…no offence…hehe…juz nk tau dan berkongsi ilmu….bak kate Imam Syafie…janganlah kamu mengikuti sesuatu secare membuta tuli…hehe…

    [Balas]

    Za'imul Reply:

    Assalamualaikum,

    Harap maaf, saya ingin bertanya… dri pendapat dan pengetahuan serta reference tuan, selepas keluarnya air mani kemudian saya potong rambut tetapi pada awalnya telupa bahawa saya dalam keadaan hadas besar kemudian sedar, apa hukumnya? Dan adakah mandi wajib saya diterima kalau saya tidak mengumpul rambut2 tersebut. Adakah amalan2 baik saya diterima? Apakah patut saya buat?

    Tolong tuan, harap2 tuan membalas dgn segera~

    Terima kasih.

    [Balas]

  8. Komen dari misz infa:

    salam ustaz… time ksh sb jwb prmsalahn sy ari 2…

    kalu kte mandi wajibkn, kene btul2 ratakn air kat seluruh bdn ke??? bleh ke mandi wajib pkai shower sbb membe2 sy kte pkai shower, air x rata ke sluruh bdn… btul ke ustaz?!

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh jer pakai shower, asal dapat meratakan air ke seluruh badan. Pakai gayung pun, kalau tak rata, tak sah juga. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  9. Komen dari misz infa:

    salam ustaz….

    ade sorang membe sy 2, dia ‘period’ ari tu, 2 kali sebln… dia mlas nk mandi wajib, pas2, dia mandi wajib time bln sterusnye… kiranya, 2 kali ‘period’ da, dia x mandi wajib… ape hukumnye ustaz? dia kene mandi wajib brape kali sepatutnye utk ganti bln yg dia x bersihkn hadas besar dia 2???

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hukumnya berdosa besar. Mandi sekali sahaja sudah mencukupi, wallahu a’lam.

    [Balas]

  10. Komen dari nuafel:

    salam ustaz…

    ape hukum die kalo ckp manja2 ngan lelaki wlaupun kat dlm tpon?! dose ke ar? sje tnye… time ksh…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Berdosa besar hukumnya, wallahu a’lam.

    [Balas]

  11. Komen dari ema7410:

    salam pak imam, sya nk bagi pendpt/komen ttg yg ni :-

    “Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab

    Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab yang mewajibkan mandi…..”

    mksudnyer, dh kering haid terus mandi wajib then only kita boleh bersama suami kan pak imam?, pastu baru mandi wajib lagi…

    klu di lihat keadaan ni susah juga menjadi seorg ‘wanita’ kan pak imam, sbb lelaki hanya 1 kali mandi wajib lepas bersama isteri, tetapi utk wanita lepas kering haid kena mandi wajib, sejurus lepas tu klu dh bersama suami kena mandi wajib lagi…

    wasalam

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tiada yang susah atau mudahnya. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan. Tiada yang sempurna, kerana sempurna itu milik Allah s.w.t sahaja.

    Hakikatnya, lelaki lebih besar tanggungjawabnya berbanding perempuan. Setakat mandi 2 kali, langsung tidak menjadi kesusahan berbanding tanggungjawab lelaki yang amat berat itu.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  12. Komen dari hanisah:

    salam…
    betulla ema… jadi wanita susah laaaa
    eheh…. jadi lelaki lagi susah sebab depa kena memimpin wanita, kalu xbetol pimpinannya, kene jawab kat akhirat… hoh.
    menjadi lelaki atau wanita sudah ditentukan Allah dan pasti Dia lebeh tahu rasia dan kelebihannya.
    imam, teruskan dengan usaha anda menjadi doktor dan ustaz yg baik. saya baru jupa laman ni

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Takde yang susah atau senangnya. Setiap individu diberi tanggungjawab berdasarkan kebolehannya sendiri.

    Allah s.w.t tidak meletakkan sesuatu beban ke atas makhluknya lebih daripada yang mampu ditanggungnya.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  13. Komen dari Sweet Thinker:

    berwudhu setelah berjuang orang cakap bg mengelak setan dari masuk pembuluh darah. jd bila setan xdpt masuk. barah/kanser pun xjalan. orang cakap. wa xtaw.

    ade pun kalo kita saje2 nak mandi wajib, ade faedah x wahai yang menulis?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Itu hanya cakap2 kosong, yang dikatakan hanya berpunca dri pemikiran logik akal seseorang, bukan daripada rujukan mana2 kitab.

    Sekiranya ada terjumpa dari mana2 kitab yang menyatakan sedemikian, sila kongsi bersama di sini. Mana tahu kot2 ada yang terlepas pandang. Tapi setakat yang aku belajar ni takde lagi.

    Begitu juga dengan saja2 mandi. tiada faedahnya. Lebih baik niat mandi sunat sahaja, dapat juga pahala. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  14. Komen dari city:

    salam ustaz…

    sy tertarik pasal persoalan mengenai onani dan keluar mani..

    bagi kaum adam,perkara di ats sgt jelas dimana mereka akn diwajibkan mandi sekiranya keluar air mani.

    bagaimana sekiranya kaum hawa yang melakukan onani??adakah wajib untuk mandi hadas??

    kenapa perlu mandi hadas dan apa sebabnya?

    bagaimana pula untuk membezakan keluar mani bg seorg perempuan?

    terima kasih..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ya, kaum hawa yang mencapai klimaks adalah wajib mandi. Sebabnya, itu adalah hukum bagi seseorang yang mencapai klimaks (inzal).

    Beza antara mani dan mazi:
    mani – putih dan pekat,
    mazi – dengan jernih dan cair.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    salam…
    baru2 nie sy ada tgk al kuliyyah..ustaz yang bg ceramah tu ada ckp yang mani pompuan tu warna putih kekuningan..mani lelaki pulak warna putih.tp kedua2 mani lelaki n pompuan adlh pekat..boleh explain lg x..ase cam ada cket kemusykilan la..

    lg 1..sy nie pasaan was2 x hbis2..kdg2 sy kutuk dri sy sndri sbb nk hlgkan was2 2..knp was2 2 salu mengganggu???knpa smkin kita nk yakin smkin kuat dia dtg??

    tQ.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Apa yang nak di-explain? Di bahagian mana kemusykilan tu?

    Tentang was2, klik sini:
    http://soleh.net/2008/01/22/mandi-wajib-nampak-mudah-tapi-penting/#comment-9470

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    salam..

    bukan ke mani pompuan wrna putih kekuningan n pekat??laki lak wrne putih n pekat??

    mcm mne nk beza antara mani ngan keputihan sekiranya pompuan 2 mengalami keputihan????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mani lelaki juga warna putih kekuningan dan pekat.

    Perbezaan antara keputihan dengan mani:
    1) Mani itu baunya agak hanyir sedikit tapi tidak mengganggu, keputihan itu busuk dan tidak menyenangkan.
    2) Mani keluar sewaktu klimaks, keputihan keluar tidak menentu.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    oo…camtu..tak la kan ustz ckp mani 2 putih,saya dengar dlm alkuliyyah hri 2 lak laen..2 yang musykil 2..hehe…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Kalau dilihat biasa memang nampak putih. Tapi kalau diletakkan di atas alas yang betul2 putih, ia akan nampak kekuningan.

    Yang kekuningan itu adalah normal manakala kalau mani itu benar2 putih, maknanya ada masalah kesihatan.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    ustaz ada ckp yang onani 2 haram..tapi sekiranya sesorg 2 terpkse lakukannya supaya x terlibat ngan zina mcm mne lak??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tetap haram dan berdosa. Tetapi zina itu lebih besar dosanya. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    lupe nak tanye apa maksud sebenar onani 2???

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Onani bermaksud melakukan perbuatan memuaskan nafsu seks dengan menggunakan tangan sendiri, wallahu a’lam.

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    ok…thx ustaz coz sudi nak jwb soalan2 sy..malu jugak td nk tnye..banyak sgt kelemahan diri…smoge dengan join web nie dpt lah sy perbetulkn dri sy…skali lg thx..

    [Balas]

    gurl2 Reply:

    salam..

    apa aurat kita sebagai pompuan ngan aurat pompuan bukan muslim???

    setahu saya aurat pompuan muslim ngan pompuan bukan muslim seperti aurat pompuan ngan laki..tp baru2 nie ada senior saya ckp xpe sbb kite duk serumah ngan dia..saya nie masih student…dia ckp lagi islam beri kelonggaran..tp jgn terlebih-lebih..jd saya nk tahu adakah apa yang senior saya cakap nie betul???

    [Balas]

    komfius Reply:

    salam…boleh saya tahu cara-cara onani scr lebih trperinci??? adkh apbila mmasukkan tangan atau sesuatu benda ke dalam faraj baru dikatakan telah melakukan onani??? tapi kalo cuma menggeselkan kemaluan dengan tangan sendiri adakah dikira sebagai melakukan onani????

    [Balas]

  15. Komen dari ambobzeela:

    salam bro..

    nak tnyle bro..
    ape hukum nye kalo waktu kita mandi wajib tu,
    kita pegang kubul dan dubur kita,
    sebab nak bagi air rata ke seluruh badan kan,
    pastu plak, pelu ke kite pegang 2 bende tu dengan berlapik??
    adakah ianya membatalkan mandi gua..!!!

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hukumnya sah mandi wajib itu, cuma wudhuk sahaja yang terbatal. Itupun kalau ambil wudhuk terlebih dahulu sebelum mandi.

    Pegang berlapik itu biasanya untuk memelihara wudhuk. Keperluannya pula bergantung kepada perlunya saudara memelihara wudhuk. Tentunya lebih afdhal.

    Caranya mudah sahaja, amalkan mandi dengan kain basahan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    zaki Reply:

    potong kuku sebelum mndi wajib boleh tak

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh, dan tak perlu dimandi mahupun ditanam kuku atau rambut yang dipotong itu. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    Sam Reply:

    hmm….kalau mandi wajib…kena ke basuh lubang hidung, lubang telinga, dan lubang dubur dan qubul??? Saya asyik was2..
    Lepas tu, setiap kali mandi wajib, mesti rasa was2, mcm mana nk bagi hilang was2 tu???

    [Balas]

  16. Komen dari emma_ain:

    saya baru terjumpa web ni.terima kasih atas input yang diberikan.Di sini sya ada beberapa kemusykilan,harap imam tidak mengecewakan saya.

    1.apakah niat semasa mengambil wuduk,sblm mengangkat hadas besar?adakah “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala”
    2.apa yang saya tahu,niat mandi wajib diniatkan sebelum mengambil wuduk.betul ke?

    saya berharap agar imam sudi menjawab soalan saya ini.terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Niat itu adalah apabila saudari melakukan sesuatu dalam keadaan sedar. Ini yang telah disalahtafsir oleh ramai pendidik agama sebelum ini.

    Yang terdahulu itu tidak salah. Yang salahnya sistem penyampaian yang tidak mengikut peredaran masa.

    Orang Melayu lama terkenal dengan ayat2 sastera seperti “adapun tersebutlah sebuah kisah…”, yang jika dimodenkan menjadi “mula2…”.

    Tapi dalam konteks agama, ayat2 ini tidak dimodenkan mengikut cara percakapan harian. “Sahaja aku mengangkat hadas besar…” itu adalah ayat lama, dan jika dimodenkan akan menjadi “Aku mandi…”.

    Tetapi semua itu hanya perlu terdetik dalam hati. Bukan membuat ayat di dalam hati, tetapi sedar bahawa “Aku sedang mandi…”.

    Mungkin agak mengelirukan, tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita terima – memperbetulkan yang tepu adalah jauh lebih sukar daripada mendidik “dari rebung”.

    Oleh itu, jawapan saya kepada 2 soalan itu adalah sama. Lakukan sesuatu dalam sedar. Itulah niat. Bukan sebelum, bukan selepas, tapi semasa.

    Sekiranya belum faham, boleh teruskan perbincangan ini. Yang penting, klik [Balas], supaya perbincangan ini tersusun.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    emma_ain Reply:

    erima kasih imam..tetapi saya memohon maaf kerana sya ingin memanjangkan lagi persoalan ini.Semasa di banku sekolah,saya diajar mandi wajib seperti turutan di bawah:

    1)hilangkan kotoran di anggota badan.
    2)berwuduk
    3)niat
    4)mandi bagi mengangkat hadas besar,sambil meratakan air ke seluruh badan

    Tetapi,baru2 ini saya mengikuti program agama & panel menerangkan tentang cara2 Rasullullah s.a.w mandi wajib.Cuma saya kadang2 merasa was2 kerana telah terbiasa dgn cara lama. Keadaan saya bertambah rumit bila memikirkan saya bakal menjadi ibu pada 1 masa nanti.sedangkan itu adalah tanggungjawab saya untuk mengajar bakal ank2 saya.

    harap imam sudi membantu.terima kasih.

    [Balas]

    alQasam Reply:

    Harap saudari tidak pening-pening.

    Saya juga seorang perempuan. Mandi wajib adalah tidak susah. Niat, meratakan ke seluruh anggota badan. Yang disebut di atas,

    i.e berwuduk sebelum mandi hanyalah Sunnah bukan wajib. Menghilangkan kekotoran adalah perkara lumrah sebelum mandi wajib.
    Allahua’lam.

    [Balas]

  17. Komen dari emma_ain:

    salam imam,

    saya ingin bertanya tentang cara2 mandi wajib.minta diperbetulkan apa yang kurang.
    1.basuh tangan 3X
    2.niat mandi wajib
    3.hilangkan kotoran di anggota badan
    4.ambil wuduk kecuali kaki.
    5.jirus 3x kepala termasuk telinga
    6.jirus 3X lambung kanan
    7.jirus 3x lambung kiri
    8.basuh kaki untuk melengkapkan wuduk.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mana ada istilah ambil wudhuk kecuali kaki. Kalau tak basuh kaki maknanya tak ambil wudhuk.

    Mandi terus jer. Asalkan mandi dalam keadaan sedar, air diratakan ke seluruh tubuh, dah dikira sah.

    3x itu termasuk dalam perkara sunat. Wudhuk juga begitu. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  18. Komen dari muaz:

    salam ustaz..macam mana nak hilangkan perasaan was-was mengenai mandi wajib?selalu sangat ade gangguan was-was itu

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Pertama, jangan layan. Kedua, jangan layan. Ketiga, jangan layan langsung perasaan itu.

    Keempat, belajar dan keluarkan diri dari kejahilan.

    Kelima (jika keempat2 langkah itu tidak berhasil), solat 5 waktu sehari semalam selama 40 hari 40 malam dengan membaca surah al-falaq sahaja pada rakaat pertama dan surah an-nas sahaja pada rakaat kedua setiap kali selepas membaca al-fatihah.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    muaz Reply:

    salam ustaz tq bebanyak…semoga ALLAH membalas jasa baik ustaz di atas bantuan yang berikan pada saya yang merupakan mangsa ganguan was-was…apakah sebenarnya penyakit was-was…adakah disebabkan hati kotor?mungkin ini Dugaan ALLAH untuk menghapuskan dosa-dosa saya yang lalu..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ia disebabkan kelemahan dan kejahilan diri. Pelajari ilmu2 agama dengan mendalam dan kuatkan diri dengan ilmu di dada, insya-Allah penyakit ini akan beransur hilang. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    muaz Reply:

    Insya Allah akan sya amalkan pekara yang ustaz ajar..tq

    [Balas]

  19. Komen dari shoujosan:

    salam ustad,

    boleh tak kalo ambik wuduk tanpa baca bismillah(time mula2)?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh, bismillah itu sunat. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  20. Komen dari muaz:

    salam…apakah hukum jika tidak berkumur ketika mandi wajib?adakah sah mandi wajib kita?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Berkumur adalah termasuk dalam perkara sunat semasa mandi wajib. Oleh itu, sah jika tidak berkumur, cuma kurang pahala sunat di situ. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  21. Komen dari humyra:

    salam…
    1) imam sy ingin bertya bgaimana hukum kte mgulang bacaan dlm solat
    ini kerana kdg2 kte tersilap bce @ nk perbtulkn bacaan??

    2) sbgai seorg pmpuan klaw bce bacaan dlm solat dgn suara yg kuat(mcm berbisik) and boleh ddgari oleh org len ape hkumnye???

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1. Mengulang bacaan tidak menjadi suatu kesalahan dalam solat. Yang menjadi kesalahan ialah apabila sudah tahu silap tapi tidak diperbetulkan.

    2. Makruh jika baca kuat. Boleh menjadi haram sekiranya sehingga menimbulkan lagha, gangguan dsb.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  22. Komen dari sara:

    Salam ustaz..sy pn penah dgr gak psl xleh ptg kuku time period n kn mndi ngn kuku 2 skali time mndi wajib but sy x buat pn sbb sy rs x logik pn nk wat camtu..sy ni xde la bijak sgt hal agame tp sndr mau fikir la kn..islam itu mudah dan x mmbebankn..

    [Balas]

  23. Komen dari anna:

    salam…
    saya ada surf bnyk web yg mengatakan bahwa mandi wiladah adalah wajib..
    so…mana satu ni?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Apa yang mana satu? Sememangnya mandi wiladah itu adalah wajib. Tidak pernah didengari lagi mandi wiladah itu sunat atau harus atau yang lain dari wajib. Boleh saudari perjelaskan soalan?

    [Balas]

  24. Komen dari kak ain:

    Slm..
    web ni ada bagusnye. agak interaktif.
    Cuma nak tanye skt, pak imam ni belajar agama di mane?
    Komen2 sdra tak ada dalil, tak jelas dan macam org yg takde pengetahuan agama yg benar.
    Kalau orang yang ada ilmu, setiap hukum akan disusuli dengan nas-nas yg kuat, yg hak. Bukan macam resepi masakan saja.
    Sdra banyak berdosa jika banyak yg salah, kerana tak pernah belajar agama secara sistematik.
    Sekadar merujuk kitab2 rumi atau buku2 agama semata-mata adalah tidak cukup untuk mengendalikan ruangan sebegini. Berdosa.
    Sdra kena taubat sungguh2, taubat nasuha. Belajar dari orang-orang alim secara terus, seperti di kolej2 atau universiti2 atau di mana2 sahaja. Untuk penditilan barulah boleh rujuk kitab2 muktabar, dan ambil hukum dari kitab2 tersebut. Bukan main belasah saje.
    Bertaubatlah sebelum terlambat.
    Nama sdra imam, nama yg sangat baik.
    Cumanya sdra kena lebih berilmu, belajar banyak lagi.
    Jangan main ikut suka sahaja, atau hanya membaca sahaja. Tak cukup.
    Kak ain beri peringatan ini kerana tengok ruangan ini bagus. Cuma sdra perlu belajar cara mengendalikan ruangan berbentuk agama, agar tak tersilap. Belajarlah, secara formal atau tak formal. Jangan cepat menghukum dengan hanya tahu sedikit. Banyak sangat kekurangan sdra.
    Wallahu’alam.

    Wassalam.

    Kak Ain

    [Balas]

  25. Komen dari kak ain:

    Sdra jangan takut menerima kritikan Kak Ain tadi. Siarkan ia demi kebaikan sdra dan para pembaca sekelian.
    Terimalah teguran kak dengan penuh keterbukaan, keinsafan dan keinginan dan semangat untuk belajar dan beramal dengan cara yang betul.
    Yang penting niat ikhlas sdra. Kalau tak ikhlas sdra akan hanya terima ucapan pujian shj, bukan teguran. Tapi saya percaya sdra ikhlas.
    Semoga anda berjaya.

    Wslm.

    [Balas]

  26. Komen dari siti:

    salam ustad,

    1) kalo tiba2 d hati t’lintas ‘aku nak mandi wajib’ pun di kira niat gak ke?

    2) sunat kalau bca bismillah, bole x guna ‘bismillah’ jek atau nak sebut full
    ‘bismillahi ar-rahmani ar-rahimi’ dlm mna2 ibadah(solat,wuduk,mndi
    wajib,mkn dll)?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam.

    1) Itulah niat. Pendek kata, sedar dengan apa yang dilakukan. Kerana apabila saya gunakan pendekatan terlintas “aku nak mandi wajib”, dibimbangi akan ada yang sematkan dalam kepala menggunakan ayat tersebut. Sebab itu saya lebih suka gunakan pendekatan “dalam keadaan sedar”.

    2) Bismillah sahaja membawa maksud “dengan nama Allah”. Oleh itu dapat pahala sunat. Apabila baca penuh, maka lebih lagi pahalanya.

    Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  27. Komen dari mie:

    kalau la tetiba je rasa nak mandi wajib……….

    x der sebab paper pon…. salah x???

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tak salah, tapi tak kena pada tempatnya. Melakukan sesuatu bukan pada tempatnya ialah satu sifat tidak adil. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  28. Komen dari amir:

    boleh x kalu kita solat lps mndi wajib..ttp smsa mndi wajib tu x ambil wuduk..?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak boleh. Tak kira lepas mandi wajib atau tidak, tanpa wudhuk, tidak boleh tunaikan solat. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    naim Reply:

    salam…macamana tu..mandi wajib adalah hadas besar,wuduk adalah hadas kecil…apabila mandi wajib..ia merangkumi dengan hadas kecil sekali…tidak perlu ambil air sembayang …wallahualam

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Maaf bro naim, jangan cakap sembarangan. Sila kemukakan nas2 yang mengatakan mandi wajib (hadas besar) merangkumi hadas kecil.

    Ada segelintir golongan yang tak habis belajar, tapi pandai2 meletakkan hukum dengan mengagak menggunakan logik akal.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  29. Komen dari niena:

    salam.. erm psl wuduk lps mandi wajib n kan,sy pernah terbaca (kt dlm paper kot) yg wudhuk dh xperlu dh sb mandi wajib lbh bsr dn dh merangkumi wudhuk.ustaz tu ckp,nabi pn x berwuduk lps mandi wajib..wallahu a’lam..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Saya sendiri juga pernah mempelajari teori tersebut. Namun setelah dikaji, ia bukan bersabit dengan kebesaran mandi wajib merangkumi segalanya, tetapi bersabit dengan mandi yang sempurna.

    Mandi wajib yang sempurna itu termasuk melakukan segala perkara2 sunat dalam mandi wajib, di mana salah satu daripadanya ialah berwudhuk sebelum mandi dan tidak menyentuh kemaluan dengan tapak tangan dan jari sewaktu mandi.

    Dengan kesempurnaan tersebut, maka sudah tentulah wudhuk yang diambil tidak terbatal.

    Harap jelas dengan penerangan ini. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    niena Reply:

    ok,skang dh clear..mekaceh..=)
    em,stu lg..,kte tau yg i yg panas di sbbkn oleh pancaran matahari x bleh d gunakn tuk bersuci,klu i yg kte panakn dgn heater 2 bleh x?
    t-q

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Bersuci menggunakan air panas dari pemanas air adalah makruh. Begitu juga dengan air paip biasa yang terkena panas secara tidak langsung oleh matahari. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    syue_heart Reply:

    salam..

    kalau gune air dari heater makruh?
    mksudnye kalau ambik wudhu n mandi wajib sume,
    kite dh hilang pahala dri situ?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Benar, sila rujuk kitab fiqh-solah dalam bab bersuci. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    nemesisz Reply:

    Assalamualikum,

    hmmm…tumpang tanya saudara…berdasarkan hadis ini:

    Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak.” (Riwayat Baihaqi)
    hadis ini diperolehi dari portal rasmi Jabatan Agama Islam Perak…bukankah air yang dijemur yang tidak boleh digunakan untuk bersuci? Atau dari erti kata lain air ini air musyammas…hadis di atas digunakan untuk membuktikan perkara ini…

    Seperkara lagi…boleh saudara beri dalil naqli dari kitab fiqh-solah sebagai bukti yang mengatakan bahawa air yang dipanaskan sama ada dari water heater atau yang dipanaskan oleh api tidak boleh digunakan untuk bersuci…

    [Balas]

  30. Komen dari muaz:

    salam ustaz..selepas baca blog ustaz ni saya telah yakin mengenai mandi wajib..tq ustaz atas bantuan yang d berikan..satu permasalahan saya ingin saya tnya kan ialah macam mana boleh wujudnya perasaan was-was dalam mandi wajib pada diri saya ni..tidak selalu..kadang kadang je…dan ada masa pula perasan tu hilang sendiri..

    [Balas]

  31. Komen dari ohmelayu:

    bagus ni. lega sikit untuk beberapa perkara..

    [Balas]

  32. Komen dari fara:

    salam…
    ustaz adakah sah mandi wajib jika keluar angin(kentut) dan buang air kecil semasa mandi wajib…ini berlaku dalam tempoh pertengahan proses mandi wajib…sah x??

    [Balas]

  33. Komen dari blacksaga:

    ehm..satu informasi yang bagus. Banyak ilmu yang dapat dipelajari.

    [Balas]

  34. Komen dari Bingung:

    akum ustaz saya ingin bertanya…

    1:saya selalu was2 dgan mandi wajib saya,walaupun telah meratakan air keseluruh badan,patutkah saya ulang mandi wajib???

    2:apabila saya mengulangi mandi wajib ,mandi wajib yg kedua saya rasa terlupa sama ada saya ada basuh tapak kaki atau tidak,sedangkan mandi wajib pertama saya sudah meratakan air keseluruh badan,,,perlukah diulang lg mndi wajib????harap sangat ustaz dapat membantu…terima kasih..

    [Balas]

  35. Komen dari nemesisz:

    saya nak tanye pasal niat tu sikit…maksudnya kalo sebelum masuk bilik air lg dh bleh niat ke?…bukan mase start menjirus tu baru kite niat ke?…macam solat…bile angkat takbir baru niat…kalo macam tu…bile saya nak solat…saya niat nk solat pastu jalan masuk bilik solat terus angkat takbir…bace lafaz n solat…camtu ke?…

    [Balas]

  36. Komen dari Azrul:

    Assalamualaikum..
    ImamKhalid kebanyakan daripada jawapan ImamKhalid hampir kesemuanya menjawab kemusykilan saya.. Akan tetapi hanya satu jawapan yang menimbulkan sedikit keraguan kepada saya iaitu : -

    ———————————————————————-
    Komen dari huda:
    6 March 2009 sekitar 10:27 pm
    salam….klu time period kta gunting rambut @ ketip kuku…rambut n kuku 2 leh buang twos ke kna bsuh skli mse mndi wjib????????????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:
    March 7th, 2009 at 12:27 am

    Boleh terus buang.

    ———————————————————————-

    boleh ImamKhalid terangkan sebab2 kenapa ia boleh dibuang?
    kerana pada pendapat saya, boleh dianggap rambut dan kuku itu adalah sebahagian daripada anggota badan kita, sedangkan semasa mandi wajib kita hendaklah “meratakan air diseluruh badan” ? jika sebahagian daripadanya sudah dibuang adakah mandi itu sah?

    dan satu perkara lagi juga berkaitan dgn persoalan ini : -

    ———————————————————————
    Komen dari nurul:
    7 March 2009 sekitar 1:21 pm
    tp pnah dgar ustzah ckap nnti mse hari kiamat,sume rambut n kuku yg penah kite potong akan tumbuh blik kat bdn kite n kalau kite potong mase ngah period,nnti mse kiamat kat bdan kite 2,cthnye kat rambut,akan ada rambut yg bersih n rambut y kotor(sbab kte potong mse period).x fhm la.pas2 pnah dgar org ckap sebaiknye rmbt y kte potong mse priod kte mandikan skali mse kte nak mandi wjib.betul ke

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:
    March 7th, 2009 at 8:17 pm

    Itu hanyalah bid’ah yang direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab, sehingga menjadi ikutan ramai. Apabila dikaji semula, tiada sebarang nas2 atau dalil2 sahih yang mengatakan hukum sedemikian. Wallahu a’lam.

    ——————————————————————–

    Bolehkah sekiranya ImamKhalid menunjukkan nas2 atau dalil2 yang sah bagi membolehkan rambut dan kuku itu boleh dibuang sebelum mandi wajib?

    Maaf, sekiranya pertanyaan ini mengganggu ImamKhalid, cuma saya ada sedikit kemusykilan dgn soalan yang dijawab oleh ImamKhalid ini.
    Diharap ImamKhalid boleh menjawab soalan saya ini supaya ia tidak lagi mengelirukan saya dan juga rakan2 saya. Terima Kasih.

    [Balas]

  37. Komen dari nini:

    salam….malu rasanya nk tanyer…sy berusia 17 tahun, tinggal bersama keluarga…masalah sy skrg ialah selepas balik dari sekolah dan berehat…sy sering memasukkan jari dlm faraj dan mencapai kepuasan…sy juga sering bercakap pasal sex dengan kekasih sy

    adakah itu dipanggil melakukn onani…
    adakah ianya haram…
    perlukah sy mandi wajid…
    adakah solat sy lepas melakukn itu sah….
    sy malu untuk bertanya kpd kwn atau ustazah…tolong sy

    [Balas]

  38. Komen dari Ain:

    Saya ada baca yang kita perlu berniat bila air shower kena bahagian badan yang perlu mandi wajib. Kalau betul macam tu sah ke mandi wajib kalau seseorang tu berhadas kecil (tak kisah lah apa) ketika air terkena badan dan at the same time kita tengah berniat mandi wajib?

    [Balas]

  39. Komen dari humyra:

    salam..
    ustaz..
    sy nk tya ni..
    ermm..
    lpas kte tgok gmbar2 xsnonoh@benda xsnonoh kte rase ad cecair kuar dr kmaluan kte,cecair 2 warna jernih n cair je..2 adkah mani @ mazi??
    sy cnfius..cz slama sy taw mani pekat n putih..mazi jernih n cair..

    [Balas]

    humyra Reply:

    salam ustaz
    mcmna nk hlg kan perasaan was2 …..

    [Balas]

  40. Komen dari gurl2:

    assalamualaikum…Alhamdulillah saya rasa bertuah sangat sebab dapat jupe web nie..dah lama saya mencari web2 sebegini..akhirnya jupe jugak..harap2 korang2 sume dapat membantu saya sekiranya saya mengalami sesuatu masalah..thx..

    [Balas]

  41. Komen dari Jahil:

    Assalamualaikum ustaz

    Saya ni seorg yg kuat was2..saya nak tanya..contohnya dalam mandi wajib, saya memang dah berniat mandi wajib tgh siap masuk bilik air..tapi mesti ada dalam hati saya x nak buat mandi wajib 2..atas dasar x yakin.. Soalannya, kalo dalam hati saya betul2 xnak teruskan mandi tersebut, tapi saya paksakan diri untuk ratakan air pada badan mcm saya mandi wajib..sah tak?..

    [Balas]

  42. Komen dari apit:

    assalamualaikum,boleh tak mandi wajib kalau terkena gam gajah?kalau tak boleh macammana nak hilangkan gam gajah tu?

    [Balas]

  43. Komen dari ehsan:

    assalamualaikum.. sy musykil la, ble kte mandi wajib, kte kene ratakan air dtempat sulit sperti pusat, ketiak dan lain2.. slalu sbelum mandi wjib sye potong kuku, so ble mandi, perlukah sy ratakan air kat celah2 kuku? kirenya kte ad 20 kuku tmasuk kuku kaki, slalunya kalo mandi wajib sy smpai ambil masa 20 minit sbb nak pastikan air kene ke semua kuku yg ada.. tp ble sy tgk care mandi wjib kt buku mcm senang je, cume perlu basuh tangan 3kali dan kaki mcm kte ambil wuduk pon da cukup utk air sampai ke kuku.. jadi betulke kite cume perlu basoh kaki dan tangan mcm amek wuduk je utk pastikan air smpai ke kuku??? tq..

    [Balas]

  44. Komen dari siti norbaya:

    Ustaz , nak tanya kalau masa mandi hadas kita tak masukkan air kedalam lubang hidung sah ke mandi. Kalau baru sekarang tahu tapi dalam keadaan suci kena mandi sekali lagi ke. Terima Kasih

    [Balas]

  45. Komen dari jak:

    salam…
    sy nk tnye kalu kita da mandi wajib..yang petama da sah,so kita was2 sama ada sah ataupon x..
    so mandi kali kedua rasa x sah…
    munking kah mandi yang pertama kita td diterima???

    [Balas]

  46. Komen dari humyra:

    salam..
    ustaz..
    1..br ni sy excident..dan kaki sy ptah..
    pkai simen
    sy nk tya klaw kte amek wuduk bile tmpat bsuh kaki 2 kte wat syarat mnyapu kan air bole x??kaki sy pon masa 2 pkai plastik kerana tkot bash tkena air…
    2..sy period..nk mandi wajib…mcmne nk mandi wajib…bhagian kaki sy bersimen 2??sy paki simen satu kaki,tp jari kaki sy xbersimen..adakah sy perlu mnyapu air di jari kaki yg tdak bersimen 2 msa mandi wajib??

    [Balas]

  47. Komen dari milia:

    assalamualaikum…
    hope imam khalid sihat seadanya…sy just nak tanyer..sejak seminggu nii kerongkong sy nak kater sakit tak sakit..nak kater perit tak perit lak..tp bley mkan..makan byk pn tak per..tp..ble nak telan air liur cm susah nak telan..cam de benda nk kuar tak lepas(perasaan)..so sy risau sekiranyer terjadinyer kanser kerongkong…saya risau sgt……so per masalahnyer sebenarnyer…cm de lendir kat tekak nii..bengkak?wat mase ni tak nampak bengkaknyer lg……

    key..
    makaseh……….

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Harap dapat bertanya di entri yang berkenaan. Mungkin tersilap saluran, sebab itu tidak berjawab. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  48. Komen dari alin:

    askum
    sya nak tanya apa hukum nya kalo kita terlupa mandi wajib contohnya masa haid y g lalu sya tak sempat mandi haid..sehinggalah
    sya datang haid pda bulan seterusnya baru saya teringat yang sya belum mandi wajib yang dulu..boleh tak tolong saya jelaskan apa yg patut sya lakukan..sya rasa mcm menanggung beban dan tak senanghati..dan sya tertarik mengenai onani yg di bangkitkan kat atas
    dimana stp org yg melakukan onani diwajibkan mandi wajib
    tp saya nak tau ada ke niat mandi wajib tu sma sprt mandi haid kalo tak boleh jelaskan tak dan sekiranya org tu dah berkali2 melakukan onani dan tak pernah pun mandi wajib macam mana dia nak mulakan mandi wajib tu, perlukah dia mandi berhari2 dan mcm mana dengan perlakuannya yg terdahulu

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Banyak sangat soalannya ni. Biar saya copy kemudian saya paste dan beri jawapan selepas setiap soalan.

    sya nak tanya apa hukum nya kalo kita terlupa mandi wajib contohnya masa haid y g lalu sya tak sempat mandi haid..sehinggalah
    sya datang haid pda bulan seterusnya baru saya teringat yang sya belum mandi wajib yang dulu.. Jawapan: Berdosa hukumnya.

    boleh tak tolong saya jelaskan apa yg patut sya lakukan..sya rasa mcm menanggung beban dan tak senanghati.. Jawapan: Terus mandi wajib dan bertaubat kepada Yang Maha Esa.

    dan sya tertarik mengenai onani yg di bangkitkan kat atas
    dimana stp org yg melakukan onani diwajibkan mandi wajib
    tp saya nak tau ada ke niat mandi wajib tu sma sprt mandi haid kalo tak boleh jelaskan tak … Jawapan: Sama sahaja.

    dan sekiranya org tu dah berkali2 melakukan onani dan tak pernah pun mandi wajib macam mana dia nak mulakan mandi wajib tu, perlukah dia mandi berhari2 dan mcm mana dengan perlakuannya yg terdahulu … Jawapan: Tidak perlu, hanya mandi sekali sahaja.

    Harap menjawab persoalan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  49. Komen dari humyra:

    salam..
    ustaz..
    kte tgah mandi wajib,tp da nk siap…cume nk mrata2 kn lg air dtubh bdan spaya lbh yakin ..selpas itu ad org ketuk pintu bilik air,kte mnyahut dan brckp..
    sah x mndi wajib kte 2??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah.

    [Balas]

  50. Komen dari hamba Allah:

    saya nk tanye klu terkentut semasa mandi wajib…..
    adakah sah mandi wajib tersebut?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, wallahu a’lam.

    [Balas]

  51. Komen dari seorg insan:

    saya nie mmg selalu was2…….
    jadi saya selalu mandi wajib byk kali dlm satu masa……
    adakah mandi wajib saya itu diterima?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ya, diterima. Hindari penyakit was2, kerana ia kerja syaitan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  52. Komen dari penyu:

    macam mane ye kalau dah mandi wajib tapi beberapa minit selepas itu keluar air mazi

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak mengapa, tidak perlu mandi semula. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  53. Komen dari iki:

    salam..bro.. Disini sya ada satu soalan la.. Seks moden terbahagi kepada byk cara..bukan? Seks oral, seks jari, etc. So kat sini org yg menerima seks oral tu(sampai inzal) mmg la kena mandi wajib. Tetapi bagaimana pula dengan org yg memberi(seks oral/jari) tu? Org yg memberi tu kena mandi wajib ke?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Panjang mukaddimahnya. Jawapannya pendek sahaja, tidak perlu. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  54. Komen dari Fifi:

    saya cnfius onani 2 mcmna..klu kta terbayg prkra2 lucah dh kluar cacair adakah itu lg onani? perlukah kita mndi wajib?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Onani bukan penyebab mandi wajib, tetapi keluar mani yang mewajibkan mandi. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  55. Komen dari durianman:

    salam-mcm nak mandi wajib sekiranye tak sempat mandi wajib and kene masuk hutan? memang tak leh nak mandi, cara2 lain? terangkan. thanks

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tayammum

    [Balas]

  56. Komen dari kiddo:

    sy ada keraguan.jika saya mandi spt biasa, then tanpa mngeringkan bdn.troz niat dan mandi wajib. adakah sah ?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terus mandi wajib, tanpa perlu mandi sunat atau mandi harus terlebih dahulu. Nak keringkan ker, nak basahkan ker, nak buang air dulu ker, itu semua tak menjadi sebarang persoalan pun. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    kiddo Reply:

    terima kasih tuan.

    [Balas]

  57. Komen dari komfius:

    salam…
    sya nk tnye definisi yang lebih terperinci bagi onani..adakah hanya apabila memasukkan tangan sendiri atau benda2 lain ke dalam faraj bermaksud seseorang itu telah melakukan onani??? bagaimana pula sekiranya hanya menggesel2kan kemaluan dengan tangan sendiri???? adakah itu juga dikatakan sebagai telah melakukan onani????

    [Balas]

  58. Komen dari aina:

    salam…
    saya nak tanya
    kalau masa tengah haid, lepas tu, rambut gugur
    nanti masa nak mandi wajib kna kumpul ke semua rambut n dimandikan sekali?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak perlu, walaupun rambut atau kuku yang dipotong dengan sengaja, wallahu a’lam.

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...