Sakit Mata
20 December 2009 oleh Kak ChikSalam perkenalan kepada semua pembaca setia Soleh.Net. Kak Chik ingin memulakan penulisan pertama Kak Chik dengan tajuk sakit mata. Sebelum itu, izinkan Kak Cik bercerita sedikit bagaimana Kak Chik boleh terjebak dengan penulisan Soleh.Net.
Pada mulanya, Kak Chik saja-saja komen di Soleh.Net. Bila komen satu, ada orang jawab. Komen lagi, ada lagi yang jawab. Ada-ada saja pembaca Soleh.Net ni. Lama kelamaan, rasa syok pula berinteraksi di Soleh.Net yang penuh dengan ilmu pengetahuan ini.
Tanpa Kak Chik sangka, rupanya perbuatan Kak Chik telah diperhatikan oleh pentadbir Soleh.Net yang dinamakan ImamKhalid yang kiut lagi hensem itu. Dengan tidak semena-mena, beliau menawarkan Kak Chik untuk menulis di Soleh.Net.
Pada mulanya Kak Chik tak yakin, tetapi setelah diberi sedikit pendedahan tentang penulisan ini, rasanya macam bertambah yakin jer. Oleh itu, marilah kita berbalik semula ke tajuk asal kita, iaitu sakit mata.
Cuti Sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Sesi Persekolahan sudah hampir dibuka semula. Anak-anak pun nampak gayanya belum puas-puas lagi bercuti.
Nak dijadikan cerita sekarang ni musim sakit mata, berlawan pula dengan musim kenduri kahwin. Bagi Kak Chik, inilah masa yang paling baik untuk sakit mata itu merebak.
Cara penularan utamanya adalah melalui sentuhan. Tangan yang terkena air mata yang dijangkiti kuman akan mendermakan sebahagian daripada kuman yang terdapat pada tangan tersebut kepada rakan-rakan apabila mereka bersalaman.
Oleh itu sesiapa yang dijangkiti penyakit ini mestilah pandai-pandai kuarantinkan diri sendiri di rumah. Jangan mengada nak curi-curi keluar. Kalau tak, nanti Kak Chik sebat dengan hanger (penyangkut baju laa)!
Gunakan tisu untuk mengesat air mata. Tapi jangan membazir pula, mentang-mentanglah Kak Chik suruh guna tisu, masa ni lah korang nak ambil kesempatan yer. Ingat, membazir amalan syaitan tau.
Bukan susah pun, koyak sikit tisu tersebut, kesat air mata, dan buang. Bahagian yang terkena air mata berbakteria itu jangan dipegang balik, bimbang nanti kumannya terpalit pada tangan, susah nak dikesan tau.
Jika mata terasa gatal elakkan makan makanan yang menggatalkan, untuk mengelakkan pendarahan dalam mata bila sering digosok kerana gatal. Elakkan juga daripada melihat perkara-perkara yang menggatalkan, terutama golongan lelaki (hehehe gurau jer).
Jika perlu pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut di samping mendapatkan ubat titis mata, antibiotik serta penahan gatal.
Sekian, itu sahaja tips kesihatan dari Kak Chik. Sehingga kita berjumpa lagi, wassalam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
20 December 2009 sekitar 12:24 pm
kadang2 terkena juga sakit mata nih. menyeksakan. ohoho.
[Balas]
kak chik Reply:
December 28th, 2009 at 1:08 pm
yup, sakit berdenyut2kan.kena jaga betul2 anugerah allah tu.kalau rosak tak de spare part kay kedai,hehehe…
[Balas]
25 December 2009 sekitar 3:46 pm
rajin2 baca alquran. tgk ayat2 tuh sikit. insyaallah sembuh.
[Balas]
kak chik Reply:
December 28th, 2009 at 1:14 pm
terima kasih mengingatkan.quran penawar segala penyakit,kan.hehehe…
[Balas]
28 December 2009 sekitar 4:20 am
betul. kalau kene sorang kat rumah, biasanya satu rumah tu kena..
[Balas]
kak chik Reply:
December 28th, 2009 at 1:17 pm
ya, jangkitan melalui sentuhan memang cepat merebak
[Balas]
cikgu roha Reply:
January 30th, 2010 at 6:20 am
dah seminggu x pg sekolah, kena sakit mata..seisi keluarga lagi tu..
[Balas]
3 January 2010 sekitar 1:57 pm
kalau kene sakit mata, jangan tenung mata orang lain sgt2…hehe…saper kene ni mesti kuat skodeng ni…org tua2 dulu cakap la…jgn mare hehehe ;p
[Balas]
kak chik Reply:
January 5th, 2010 at 12:15 pm
salam,
klu dgn tenung mata org lain,sakit mata boleh berjangkit, kesian doktor2 ni kan.tiap2 hari kena sakit mata.tak kan nak cek mata pesakit, mereka kena pejam mata kot, hehehe..
[Balas]
pharmalif Reply:
January 5th, 2010 at 9:17 pm
Nampak gaya macam tu la…hehehe… kesian kat doktor
[Balas]
5 January 2010 sekitar 9:15 am
good sharing ustaz,
cheers.
muhafis
[Balas]
kak chik Reply:
January 6th, 2010 at 9:45 am
terima kasih
[Balas]
6 January 2010 sekitar 12:30 am
kalau kena sakit mata, tahi mata mesti banyak..hehehe
[Balas]
kak chik Reply:
January 6th, 2010 at 10:21 am
Jangkitan disebabkan kuman bakteria memang byk tahi mata.Dgn menggunakan antibiotik makan dan titik mata,ia cepat sembuh.Tetapi jangkitan disebabkan virus agak sukar.Mata merah,berair, kadang2 bengkak dan gatal(byk dosa ni kot,hehehe) dan mengambil masa untuk baik,kdg2 2 ke 3 hari tetapi kdg kala berlanjutan hingga 2 ke 3 minggu.
[Balas]