Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Kreditku ditolak tanpa sebab

Kreditku ditolak RM10 tanpa sebab

Kredit RM10 lenyap dari handphoneku. 5 Januari 2010 jam 1:28pm aku topup RM10 menggunakan khidmat ezReload milikku.

Tepat jam 5:25pm hari yang sama, aku sudah tidak boleh buat panggilan keluar menggunakan handphone tersebut.

Bila aku periksa melalui WSC Celcom, itulah penyata yang aku dapat (lihat gambar di atas). Tanpa sebarang perasaan panik atau haru atau terkejut, aku membuat panggilan ke Celcom Careline (1111).

Hampir 10 minit aku terangkan apa yang terjadi, cik adik yang menjawab panggilan pun membuat semakan, lebih kurang 3 minit. Kemudian aku disuruh menunggu, ada lah lebih kurang 3 minit, tunggu lagi, 3 minit.

Akhir sekali, cik adik tadi mengatakan yang mereka tak dapat membuat apa-apa, kerana ini semua kerja ‘dealer’ pihak ketiga (which is me).

Aku menerangkan kepada cik adik tadi dengan penuh sopan santun, bahawa pihak ketiga tidak pernah dan tidak mempunyai akses sama sekali untuk membuat tarik balik terhadap mana-mana kredit yang telah dijual.

Mungkin ada pembaca yang sedia maklum tentang perkara ini. Walau macam mana pun kesilapan kita, termasukkan kredit kepada orang lain, walau sebanyak mana sekali pun, itu lah kerugian yang terpaksa kita tanggung, di mana pihak Celcom tidak akan memulangkan kredit yang telah dijual. Paling tidak pun, kita hanya boleh meminta kredit sharing dengan orang yang telah kita salah topup tadi. Itu pun kalau mereka nak bagi.

Berbalik kepada kisah tadi. Namun, cik adik tadi tetap meminta aku supaya merujuk ‘dealer’ untuk selesaikan masalah ini. Padahal dah beberapa kali aku maklumkan bahawa ‘dealer’ yang dimaksudkan itu adalah aku, dan aku sendiri tidak dapat memeriksa apa-apa transaksi tarik balik yang telah dijalankan.

Berikut petikan perbualan antara aku dengan Celcom Careline (CC):

CC: Kami tidak dapat membantu kerana ini antara encik dengan dealer.
Aku: Sayalah dealer tu, takkan saya nak tipu diri saya sendiri. Takkan saya nak tarik kredit saya sendiri.
CC: Encik kena berurusan dengan dealer, kami tidak dapat membantu. (ntah pape ulang ayat sama)
Aku: Tak paham ker, saya merupakan dealer yang bertanggungjawab memasukkan kredit saya sendiri. Dan sekarang ni kredit itu telah lenyap begitu sahaja.
CC: Encik boleh tanya dealer dan cuba mintak dia selesaikan.
Aku: Macam ni lah. Setiap transaksi dibekalkan ID. Boleh tak tolong cek ID transaksi ini?
CC: Tak boleh encik, encik kena berurusan dengan dealer (ni robot ke ape nih, asyik ulang ayat sama jer)
Aku: Tolong cek transaksi ini.
CC: Tak boleh encik, kalau kad gores baru boleh cek sebab ada nombor S/N.
Aku: Habis apa guna ID transaksi ni?
CC:  Saya pun tak tau (BODOH BETUL ORANG NI)

Selama 3 hari, termasuk hari ini aku menghubungi mereka. Ternyata mereka tiada jawapan.

Dalam kes berasingan, apabila aku minta mereka tarik balik kredit yang sudah dijual (atas kesilapan sendiri), mereka kata yang dah jual tak boleh tarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Habis tu kenapa dalam kes aku ni, mereka kata dealer (iaitu aku sendiri) tarik balik kredit tersebut?

Ada sesiapa yang ada idea kepada siapa harus kuadukan permasalahan ini? Harap dapat tolong. Lihat penyata yang lebih jelas di bawah ini:

Apa kata anda?

P/s: Bukan kerana RM10, tetapi untuk mengetahui apakah tindakan susulan yang perlu diambil sekiranya terjadi ke atas pelanggan-pelangganku selepas ini.

P/p/s: Ini bukan masalah ezReload, tetapi masalah Celcom. Sila tampil mana-mana pihak Celcom untuk membuat penyataan.

 

19 komen

  1. Komen dari pharmalif:

    salam imam….

    ape kejadahnya celcom ni..malas nak buat kerja la tuh….aku pun jadi dealer gak untuk diri sendiri..harap2 jgn jadi cam imam…aku pun xpasti imam boleh rujuk pada siapa, tapi pada tribunal pengguna tu ok ke? ataupun persatuan pengguna penang tu….boleh tanya la kut

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tak tau lah aku, tapi kalau suruh aku pegi tribunal pengguna KPDNHEP, aku tak sanggup. RM10 memang tak padan nak ke tribunal. RM100 pun aku tak pegi, amat menyusahkan, azabnya Tuhan saja yang tahu.

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang aku tak penah try, nanti aku usha tengok macam mana… huhuhu

    [Balas]

  2. Komen dari life4hire:

    entah la..aku tak reti nak cakap..aku dah takde pakai prepaid dah..kawan kije celcom pn takde…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Aku pun dah puas pk dah ni. Tapi seriously, ni bukan pasal RM10, tapi aku takut terjadi pada orang lain. Tak ada cara aku nak cek dan sahkan kalau jadi kat orang lain.

    Takkan aku nak buat diam je, memang mengamuk customers aku. Takkan aku nak pulangkan balik amaun yang telah pun ditolak oleh Celcom, RM3 takpe lagi, kalo RM30, tak ke rugi aku!

    In the first place, ko pk logik arr, kalo dealer boleh tarik balik kredit, memang dah kaya raya la sapa2 yang jadi dealer Celcom. Jual, tarik, jual, tarik.

    Memang belum pernah ada dalam sejarah yang dealer boleh tarik balik kredit yang telah dijual. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  3. Komen dari cikF~:

    owh…mystery nye keadaan ni…tp itula…kdg2 bkn kite berkire sgt duit tu..tp kite nak tau,ke mana duit tu sebenarnye~

    [Balas]

  4. Komen dari titan:

    pening gak nih. tak penah lagi kene macam nih..

    [Balas]

  5. Komen dari Tini:

    salam..apa beza diantara mandi wajib wiladah & mandi wajib nifas??adakah saya perlu mandi kedua2nya sekali atau mandi nifas shj memandangkan saya baru lepas bersalin..terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salah tempat komen ni.

    Mandi wajib sama sahaja. Yang penting kita suci dari hadas besar, dan hadas besar itu merangkumi kesemua haid, wiladah, nifas, keluar mani, dsb.

    Jadi mandi sekali sahaja, iaitu mandi wajib. Untuk lebih spesifik, mandi nifas sahaja.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  6. Komen dari is-nanie:

    Baru2 nih mak sy pon ada cakap, credit hpnya pernah ditolak sampai RM1.75 untuk satu sms saja. Bila nak check baki semula, service is not available.. huhu~

    [Balas]

  7. Komen dari nuwa:

    menarik masalah ni.
    Oleh itu, kita kena sedar secanggih mana pun sesuatu sistem, mesti akan ada sangkut gak. Tapi, kalau ada org yg buat dajal.. memang tak patut dan dikategori sebagai menganiaya.

    Sy penah ada pengalaman, tolong topupkan prepaid maxis RM10 utk kawan. Tetapi.. kawan tu dapat mesej Rm100 telah dimasukkan… sedangkan, akaun sy hanya ditolak RM10.
    hmm.. untung kawan tu.

    [Balas]

  8. Komen dari Rahman Hashim:

    Saya pula pernah topup Celcom Rm10 tetapi dapat sms dpd Celcom telah ditambah nilai kepada RM20. Mula-mula tak percaya juga, saya cek semula dengan #124* dan dapati memang benar RM20.

    Kemudian cek semula resit tambah nilai yg dibeli dpd 7-Eleven memang sah RM10 tercatat.

    Mungkin dari masa ke semasa sistem ada kesilapan.

    [Balas]

  9. Komen dari Pienas:

    memang selalu terjadi…tahun lepas jew 3x kredit kena tolak..bila tanya dekat celcom jawapan yang diberi macam budak tak penah bersekolah…

    adew skali bru isi topup RM10+Rm10 skali gus, xsmpai 5mnt pn trs ilag Rm15..sedgkan xgne lg…

    klo slp skali xpew gak, tp klo byk kali bengang gak..lps ckp gan celcom tuk x3, syer trs pthkn no tue…pkai no pkhmtn len,sng cita!!!

    [Balas]

  10. Komen dari rey:

    assalamualaikum

    sy shahib

    berdasarkan pengalaman sy bekerja dekat celcom careline…utk msalah ni imam boleh call careline dan minta customer service tu buat report dengan pihak technical…CSC celcom akan semak ni semua…sekiranya mmg berlaku masalah technical pihak celcom akan refund balik credit kedalam akaun…mkn msa skit la…tapi pemilik bagi number ini shj yang boleh buat laporan…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Bukan saya tak call, tapi dah tiga hari saya call, dan buat report, tapi semuanya bagi jawapan yang sama, dealer tarik kredit.

    Sedangkan dealer tu saya sendiri, dan saya topup kepada no saya sendiri, akaun dealer saya takde tarik apa2 pun, dah memang tak dibenarkan tarik, dan memang tak boleh nak tarik, tapi selamba jer mereka kata dealer tarik.

    Macam mana nak buat lagi?

    [Balas]

    rey Reply:

    selalu terjadi kes macam ni kpd pelanggan…dan dalam sistem celcom tu akan tercatat kmana kredit imam lesap…kalau CS tu kta dealer tarik kredit tu dia mcm sistem topup yang topupkan ke number imam tu rolling dan tarik balik kredit tu…jadi akaun dealer tu akn tmbah balik la…itu ape yg sy faham penjelasan dri team leader saya dlu…selalunya itu bukan masalah celcom…itu masalah online dealer…mmg celcom tak bertanggungjawab utk poblem ni…sbb reload dgn menggunakan kad reload celcom tu sj yang celcom ganti klau berlaku permasalahan…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ok, macam ni.

    Dealer tu adalah saya, customer pun saya. Saya topup sendiri ke nombor saya sendiri.

    Tetapi kredit telefon saya lenyap RM10, dan modal dealer saya pun hilang RM10. Jadi ke mana perginya RM10 tersebut?

    Kalau dealer rolling balik, semestinya akaun dealer saya bertambah RM10 semula, bukan begitu?

    [Balas]

    rey Reply:

    kalau macam tu sy pun tak pasti kemana hilang kredit tu…tapi kami di celcom careline dlu mmg dibagitahu begitu oleh team leader…hmmm mungkin imam boleh ke cawangan celcom untuk buat aduan…atau kalau malas imam boleh sahaja minta CSE celcom tu buat report utk permasalahan ini…desak dia buat report…kalau dia tak nak buat report minta bercakap dengan team leader sendiri la…sebelum tu mintak ID CSE tadi sbg rujukan utk aduan yang akan datang…kekadang CSE mmg malas nk buat report dan memberi alasan shj.hnya cadangan sy shj.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ok, terima kasih atas keprihatinan tuan. Saya dah pun ada segala butiran semua CSE yang terlibat, hanya tunggu masa membuat laporan sahaja. Terima kasih sekalil lagi.

    [Balas]

  11. Komen dari Awang:

    Aku lagi naya… pukul 2 pagi tetiba dapat msg unlock code dari 32611 .. di charge RM8 sekali msg. kena depa sent 2 kali dah RM16. Sebelum tue dah kena 4 kali.. si suwey 32611 nie nombor syarikat mana yer? Aku call careline Celcom … depa cuma syor aku off kan… aku cakap aku taktau off sebab aku takcontact depa apa2.. abg careline kate tekan off all jer. Masalahnya kalo aku tekan maknanye memang aku pernah bagi authorize utk depa charge aku kan? dan lagi depa akan charge utk offkan tu adalah cara sah la kan? Camne seminit pas tue depa on balik? Pening aku ngan celcom nih.. dahler aku pakai celcom postpaid.. Camne laa buat? tlg nasihat…

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...