Petua Mengatasi Masalah Anak Sembelit

Untuk ibu sembelit selepas bersalin sila rujuk video berikut:

Anak Sembelit. Normalkah?

Bayi yang baru dilahirkan kerap membuang air besar. Adalah normal sekiranya bayi yang berumur antara 0-6 bulan membuang air besar lebih dari lima kali sehari. Kita sebagai ibu bapa, tidak perlulah bimbang.

Semakin meningkat umur anak-anak, seringkali berlaku masalah sembelit. Kebiasaannya berlaku apabila anak tersebut diberikan susu formula dan juga telah mula diperkenalkan dengan solid food ketika berusia 6 bulan ke atas.

Anak-anak yang diberikan susu ibu jarang mengalami masalah sembelit. Sekiranya anak yang hanya diberikan susu ibu itu sembelit, kemungkinan disebabkan oleh pemakanan ibu itu sendiri.

Langkah Atasi Bayi Sembelit

Petua Mengatasi Masalah Anak Sembelit

Langkah yang boleh diambil untuk melegakan bayi atau anak-anak daripada sembelit ialah dengan menggalakkan anak-anak lebih banyak bergerak, misalnya kita boleh membaringkannya lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.

Perlahan-lahan urutkan perut anak dengan pergerakan bualatan selama beberapa minit. Selain itu, kita boleh tambahkan serat dalam dietnya juga.

Contohnya, memberikannya jus buah-buahan, meningkatkan pengambilan bran, bijirin, buah-buahan segar seperti prun, pisang, aprikot dan sayuran.

Pastikan anak kita diberikan cecair yang cukup. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan terutama epal, pir atau prun di antara penyusuan apabila cuaca panas.

Jika anak mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka kita mesti dapatkan nasihat doktor atau pakar kanak-kanak.

Suplemen Juga Membantu

Selain cara-cara di atas, saya ingin kongsikan suplemen bagi membantu ibu bapa mengatasi masalah sembelit anak-anak. Kegembiraan dan keceriaan anak-anak membuatkan ibu dan bapa sangat tenang. Ibu bapa sentiasa berikhtiar  dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak mereka.

Ketika ini, kita sering mendengar kanak-kanak mudah demam, batuk, selesema dan sembelit. Ini disebabkan faktor persekitaran yang tercemar dengan pembangunan industri yang tidak terancang hingga menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Ia turut menyebabkan mereka yang mempunyai antibodi yang lemah akan kerap tidak sihat, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Meal Shakes - French Vanilla 544 Gram RM113.75
Meal Shakes – French Vanilla 544 Gram RM113.75

Oleh itu, saya syorkan Meal Shakes daripada Shaklee. Ia merupakan minuman segera yang rendah lemak dan rendah glisemik. Shaklee telah keluarkan minuman produk berbentuk minuman protin untuk menguatkan antibodi sebagai pelindung dari serangan virus yang berbahaya ketika ini. Antara kelebihan Meal Shakes ialah:-

  • Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protin, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengatasi masalah ekzema dikalangan kanak-kanak dan juga dewasa
  • Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  • Jika anak kerap demam, lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak dapat menelan supplement jenis tablet
  • Menangani masalah sembelit dikalangan kanak-kanak
  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak, sesuai untuk kanak-kanak satu tahun ke atas, dan seisi keluarga

Bagi anak-anak yang kurang selera makan, di sini saya sertakan sedikit tips untuk dikongsi bersama:

  • Makan bersama-sama. anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  • Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.
  • Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
  • Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.
  • Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
  • Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.
  • Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.
  • Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.
  • Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.
  • Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
  • Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.
  • Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  • Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.

Set Kanak-kanak satu tahun ke atas
Meal Shakes + Omega Guard

Meal Shakes & Omega Guard
Meal Shakes & Omega Guard

Sila Rujuk: Senarai Harga Produk Shaklee.

Berminat Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

10 thoughts on “Petua Mengatasi Masalah Anak Sembelit”

  1. penuh dgn info berguna…sgt membantu… 🙂 tp anak saya yg br sebln lbh ni, dh lbh dr seminggu x buang air besar..tnya doktor dia kata kalu bf sepenuhnya xper..tp risau la jgk..ada bg minum air masak jgk skit2..mcmn yer?

    1. Tak perlu bg air masak, teruskan menyusu. Susu ibu sendiri sudah pun mengandungi 80% air.

      Anak sulung saya 8 hari tak buang air besar, saya tak bagi air masak langsung pun.

      Ini adalah normal bagi anak menyusu penuh. Jangan risau selagi anak itu tidak menunjukkan tanda2 sakit…

  2. anak saya berusia 2tahun sering mengalami sembelit. sehingga kn dubur nya bengkak seperti buasir.bagaiman cara saya untuk mengembalikan keadaan dubur nya.

    1. Puan boleh cuba Omega Guard, ia dapat menguatkan otot duburnya itu. Disamping itu, pengambilan Meal Shakes juga sangat membantu mengatasi masalah sembelit dikalangan anak-anak. Puan cubalah. InsyaAllah BERKESAN. Air kosong kena minum banyak ye.

  3. Isteri sy pon pening nak rawat masalah sembelit bby kita skrg umur 3tahun. Sudah lama bby susah nak buang air besar sampai isteri minta tolong drpd mak mertua sy, katanya ambik susu tepung yg ade byk Prebiotics. Bagui utk rawatan sembelit kanak-kanak. Ade siape yg blh share kat sini susu tepung yg mane ade byk Prebiotics?

    1. Encik boleh cuba Meal Shakes. InsyaAllah membantu masalah sembelit anak encik. Berminat boleh whattsapp kami 014.810.7259.

  4. sy bg buah ngan sayur je. buat jus buah ke, sup sayur ke utk anak sy kalau dia kena sembelit. tp susah jugak. kdg2 mcm kena paksa dia mkn, baru dia mkn bnda2 tu. tp kalau dia x mkn, mudah kena sembelit. susah nk berak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *