Kos Servis Volkswagen Golf TSi

Kos Servis Golf TSi

Sebelum masuk bab kos servis, saya nak cerita kisah bagaimana saya boleh terjebak Volkswagen (VW) Golf TSi. Kalau tak nak baca kisah saya, boleh terus ke bahagian kos servis.

Dulu, bila tiba waktu servis kereta, saya akan rasa terbeban. Sebab dalam tangan nak kena ada sekitar RM200 – RM300. Setiap 3 bulan sekali pasti kena siapkan kos servis sebanyak itu untuk satu kereta.

Itu belum termasuk kos membaik pulih lagi. Biasalah kereta, selepas 5 tahun macam-macam ragamnya. Tangki bocor lah, bateri kong (2 tahun sekali), air-cond tak sejuk, spring out, absorber expired, drive shaft berbunyi, dan sebagainya.

Kalau yang jenis turbo pulak, ekzos bocorlah, plug jam masuk air, bar patah, piston pecah, gasket leaking, disc-brake bengkok sebab nipis (kuat sangat brek), sportrim retak, (tayar ngan wiper tak usah cerita lah) dan pelbagai lagi 1,001 jenis penyakit semua ada.

Kemudian bila tengok iklan VW Polo RM148,888 di TV, cukup hebat iklannya, tapi saya tak pernah endahkan. Sebab tak tercapai dek akal, mana mungkin orang biasa macam saya mampu pakai kelas itu.

Sehinggalah suatu hari, ex-bos saya beli Polo dengan harga cuma RM113,000. Saya diajak merasa kenderaan yang tak pernah saya idamkan (sebab terlalu jauh dari kemampuan).

Masa mula-mula naik, saya terus terasa suatu kelainan, ia sangat menyentuh hati saya. Segalanya kena di mata, senyap, nyaman dan sangat selesa. Padahal Polo tersebut adalah edisi yang paling murah dalam keluarga VW.

Dalam kepala masa tu hanya satu, mungkin inilah sebab ia mahal. Saya pun bertanya santai, “kereta mahal macam ni, agak-agak kos servis mahal tak?” dalam kepala saya dah siap-siap letak bajet untuk kos servis setinggi-tingginya.

Jawabnya, “tak pasti lah bab kos servis tu, sebab tak pernah servis, dah dekat setahun pakai…”

“Aik, kenapa tak servis?” (dalam hati: tak mampu ker ex-bos aku ni… itulah, pakai kereta mahal-mahal sangat).

Sambungnya selamba, “kereta ni servis setahun sekali jer…”

Wahhhh (dengan nada terkesima), hebat betul! Tambahnya lagi, “sebab itu saya beli, servis sekali jer setahun. Waranti 5 tahun, rosak apa semua diganti kecuali sebab haus (tayar & wiper). Kereta ni mahalnya cuma sekali, iaitu masa nak beli.”

Dalam hati saya, rasa macam kurang percaya, macam tak logik, keterlaluan. Padahal yang berkata begitu ialah seorang pegawai tinggi kerajaan (bakal JUSA), bukan calang-calang orang. Tak mungkin kata-katanya tak boleh dipercayai.

Kos Servis Golf TSi

Saya pun terus rasa terpikat, dan terus buat research. Saya search kat Google, tanya rakan, tanya salesman, tanya golongan atasan, tanya golongan fanatik kereta. Banyak info yang saya dapat, segalanya semakin merapatkan saya dengan keinginan untuk memiliki kenderaan keluaran VW ini. Cuma masa itu saya belum terfikir untuk kaji bab kos servis.

Selepas beberapa bulan saya berdoa, berharap dan bersabar, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk merasai VW. Dengan bajet yang saya ada, alhamdulillah saya mampu untuk up-kan sedikit modelnya, iaitu Volkswagen Golf TSi dengan harga pada waktu itu RM163,888.

Seperti biasa, selepas proses tawar menawar yang sederhana, saya dapat diskaun RM7,000. Saya terus masukkan beberapa aksesori dalaman untuk keselamatan & keselesaan, ditambah lagi RM9,950. Alhamdulillah rezeki hanya dari-Nya, siapa sangka saya yang bekerja sendiri ini, yang nampak dok rok (bak kata orang Terengganu) ini pun, mampu pakai kenderaan berharga RM166,838?!

Kos Servis Golf TSi

Yang paling tak tahan, masa pergi ambil Golf TSi tersebut. Salesman tersebut kata walaupun masih baru (mileage 0km) tetap boleh tekan ikut suka, tak perlu pantang apa-apa, semuanya under warranty. Jangan eksiden sudah.

Semakin terkesima saya dibuatnya. Ye lah, selama ini yang saya tahu semua kenderaan tak boleh langgar pantang sewaktu dalam tempoh run-in (1,000km pertama). Dia kata apa-apa rosak semua VW tanggung, sehingga 5 tahun, walaupun dah banyak tambah aksesori!

On the way balik, saya terus tekan sampai 212km/j terpapar di atas meter digitalnya! Meluncur senyap, melekap cantik di permukaan jalan. Dengan twin-charger (gabungan supercharger & turbocharger), sekejap sahaja masa diperlukan untuk mencapai kelajuan tersebut. 10 unit airbag yang tersedia turut menyebabkan saya rasa selamat dan selesa dengan kelajuan tersebut.

Semenjak itu setiap hari saya memandu dengan penuh keyakinan. Addicted saya dibuatnya. Pantang ada peluang, tak kira jauh atau dekat, pasti ingin pandu. Tak dapat pandu sehari rasa tak sah. Apabila ada orang bertanya tentangnya, saya akan kata, “kalau ada rezeki lebih, tolong beli VW, ia sangat berbaloi!”

Kos Servis Golf TSi

Semakin lama saya pandu Golf TSi, semakin banyak saya temui features hebatnya yang tidak sempat dimaklumkan oleh salesman. Setiap kali pertemuan itulah saya akan terkesima dengan kehebatannya. Antaranya, ia tiada radiator, lampu & wiper automatik, built-in turbo timer, sunroof (ini pun tidak dimaklumkan oleh salesman), lampu fog belakang (juga automatik), traction control, pedal shift, sports mode, dan beberapa fungsi keselamatan yang sangat mengujakan.

Nak start enjin pun tak perlu periksa apa-apa, segala pemeriksaan keselamatan siap sedia dijalankan untuk anda! Cuma ada satu bahaya, apabila anda bertukar untuk memandu kenderaan lain, anda akan terlupa untuk lakukan langkah-langkah keselamatan sebelum memandu, BAHAYA!~

Berbeza dengan kenderaan tempatan, banyak exaggeration. Maaf, ini realiti.

Sekarang dah masuk 8 bulan, tapi saya masih terkesima. Mengapa? Sebab kos servis pertama selepas 8 bulan pandu Golf TSi tanpa sekali pun servis.

Saya ada bertanya dengan salesman Peugeot berhampiran rumah saya. Katanya, dia pun kurang pasti tentang kos servis, tetapi siapkanlah bajet sekitar lebih kurang RM1,500. Tambahnya lagi, jangan terlebih kilometer, sebab kereta sebegini tiada stiker reminder, tetapi bila cukup masa, kereta itu sendiri disetkan untuk tidak berjalan selepas terlebih 500km dari jadual (15,500km)!

Saya pun terpercaya dengan kata-kata salesman tersebut. Kerana sebelum ini saya pernah menggunakan Viva Elite. Kos servis pertama selepas 1,000km ialah RM400++, kos servis kedua 6,000km pula hampir RM300, kos servis ketiga 11,000km – RM400++, kos servis keempat 16,000km – RM200++. Jumlah keseluruhan dengan kiraan perbatuan hampir sama ialah sekitar RM1,300. Itu baru Perodua Viva!

Kos Servis Yang Diperlukan:

Siap bajet, tiba masa yang ditetapkan, pergi servis. Akhirnya, RM425 sahaja keseluruhan kos servis yang diperlukan untuk servis kali pertama 15,000km!

You’re the Champion of super saver!

Dengan rasa terkesima lagi, saya pun terus rasa nak berkongsi keterkesimaan saya ini. Akhirnya, inilah hasilnya. Terima kasih kerana sudi membaca!

Wallahu a’lam.

Kos Servis Golf TSi
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana menganugerahkan aku beast ini!~

 

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

10 thoughts on “Kos Servis Volkswagen Golf TSi”

  1. Pengalaman yang menarik!
    Kena cepat2 beli VW ni. 🙂
    Tak sangka tinggi betul kos penjagaan Perodua Viva. Mengalahkan Nissan Almera.

      1. Almera kami baru skali servis je, pada 1,000km.
        Next servis will be 5,000km. Lepas raya puasa nnt.

        Servis hari tu murah je, RM115. Servis lepas2 ni pun sama jg dia kata. Until major servis nnt, 40,000km kalau x silap, tu mahal la dari biasa.

        Tu pun dah rasa berbaloi. 🙂

  2. pengalaman yg sangattt menarikkkk!!!
    sllu cari perkongsian mcm ni tpi jrg org nk kongsi sbb utk kete mahal
    mcm ni jrg pemiliknya suka berblog…

    rasa teruja dgn pglaman dan pemanduan VW ni..
    insyaALLAH ada rezeki akan membeli kereta ini..

    skg pkai myvi 1.5 servis mmg sperti viva yg tuan ceritakan…
    lg mahal dri toyota..

    tq atas perkongsian ini.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *