Cara Tambah Susu Ibu

Bukan “ubat apa yang banyakkan susu” tetapi “bagaimana susu ibu terhasil”. Fahaman ini penting bagi ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan eksklusif.

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Payudara ibu mempunyai tisu-tisu penghubung dan lelemak, yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel-sel alveoli, dikeluarkan melalui saluran susu terus ke ‘milk sinuses‘ (tempat takungan susu) yang terletak di belakang areola (kawasan berwarna gelap di payudara).

Saiz payudara sebenarnya tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jangan sangka payudara besar menghasilkan susu yang banyak, payudara kecil pula kurang menghasilkan susu. Andaian ini mesti berakhir.

Saiz payudara juga bukan faktor penyumbang bagaimana susu ibu terhasil. Penyusuan susu ibu adalah proses “supply and demand“. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.

Lekapan Sempurna
Kedudukan mulut bayi menyusu yang efektif adalah di keseluruhan areola, iaitu bahagian berwarna gelap di payudara, bukan pada puting sahaja. Puting ibu yang mempunyai sekitar 15 hingga 20 bukaan susu akan mengeluarkan susu dengan baik melalui rangsangan yang wujud melalui sedutan bayi di sekitar areola.

Elakkan penggunaan sabun ketika membersihkan areola, kerana ia akan memusnahkan “protective oil” yang terdapat di sekelilingnya.

Let Down Reflex
Pancutan susu terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Secara saintifiknya, semasa proses ini berlaku, signal akan dihantar ke “pituitary gland” di otak ibu yang akan menghasilkan dua jenis hormon, prolaktin (prolactin) dan oksitosin (oxytocin).

  • Prolaktin bertindak pada alveoli (tisu di dalam payudara), bertindak mendapatkan protein dan gula dari darah di dalam badan dan menukarkannya kepada susu.
  • Oksitosin pula memberi kesan kepada sel-sel di saluran susu, bertindak mengeluarkan susu dari tempat takungan dan mengeluarkannya melalui saluran susu. Proses ini dipanggil “let down reflex“.

Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini, yang menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:

  • emosi terganggu/tertekan/tiada sokongan dari sekeliling
  • kepenatan/keletihan
  • hisapan tak sempurna
  • kerisauan terhadap sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran

Kebaikan susu ibu: Apa itu kolustrum?

Kolustrum
Kolustrum adalah susu awal. Warna kuning dan pekat. Sedikit saja sudah cukup untuk perut bayi yang besar biji guli. Inilah cairan emas yang sangat hebat, ciptaan Allah. Mengandungi 1001 kebaikan yang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula seluruh dunia. Membina sistem imunisasi dan mengandungi antibodi yang terbaik untuk bayi. Mulakan penyusuan seawal-awalnya bagi membolehkan bayi anda menikmati cairan emas yang hebat ini.

Foremilk & Hindmilk

Foremilk
Susu yang keluar awal. Lebih jernih dan cair. Menghilangkan haus bayi. Ketika payudara bengkak, jumlah foremilk sangat banyak. Bayi akan mudah tersedak dan kembung perut. Untuk mengelakkan risiko ini, susukan anak lebih kerap, atau pam lebihan susu yang masih ada.

Hindmilk
Cairan yang lebih pekat. Mengandungi lemak yang tinggi. Akan terhasil selepas foremilk keluar. Ini yang akan memberi rasa kenyang bayi. Juga menyumbang kepada kenaikan berat badan bayi. Susukan bayi selama mungkin, sehingga bayi puas.

Punca kenapa air susu ibu kurang
Masalah susu kurang boleh dikenalpasti dan diatasi. Mari kita semak mengapa susu kurang dan cara mengatasinya:

  1. Cari punca atau sebab susu kurang
    Terdapat banyak penyebab kepada masalah susu kurang. Antaranya stress, “period“, jadual mengepam yang tidak konsisten dan bermacam-macam lagi.
  2. Cari jalan penyelesaian
    Terdapat beberapa pilihan untuk ibu-ibu menyelesaikan masalah susu kurang ini. Antaranya:

    • Semak semula jadual mengepam susu
      Kadang-kadang bila terlampau sibuk di pejabat, ibu akan terlupa atau ter’skip‘ sesi mengepam. Mengurangkan sesi mengepam akan meyebabkan susu berkurang.

      Untuk mengatasi masalah ini, ibu perlu mengepam setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Insya-Allah susu akan kembali meriah seperti biasa.

    • Semak berapa liter air ibu minum setiap hari
      Air adalah elemen penting untuk menjana susu ibu. Kekurangan air akan menyebabkan jumlah susu berkurangan. Ibu menyusu perlu minum 3.8 liter air sehari, atau sekurang-kurangkan 3 liter air sehari.

      Cara efektif untuk memastikan ibu telah minum dengan cukup adalah melalui sukatan. Cara paling senang, gunakan bekas yang mempunyai sukatan dan kira berapa kali ibu mengisi ulang air ke dalam bekas tersebut.

    • Mengambil cuti & luang masa bersama anak
      Ya bercuti, luangkan masa dengan si kecil yang comel. Skin to skin contact adalah rangsangan paling baik untuk menghasilkan susu.

      Ibu juga boleh tandem pumping semasa menyusukan anak. Dapatkan bantuan pasangan atau anak yang lebih tua untuk tandem pumping ini.

    • Power pumping
      Teknik ini mampu menyelesaikan masalah susu kurang. Waktu tengah malam adalah waktu terbaik, kerana hormon prolaktin tinggi ketika ini. Mungkin ibu perlu mengorbankan masa tidur yang enak, tapi (yakinlah) ia berbaloi.

      Teknik power pumping adalah mengepam selama 20 minit, berhenti 10 mint dan mengepam semula 20 minit. 20-10-20. lakukan 2 atau 3 kali seminggu.

    • Mohon pada Allah
      Terkadang kita lupa, bahawa susu ibu ini diberikan oleh Allah.

      Oleh itu mohonlah bersungguh-sungguh, mohon agar diberikan limpahan susu yang cukup untuk anak tersayang. Doa & usaha perlu seiring.

    • Guna milk booster
      Rata-rata ibu pasti akan mencari milk booster untuk atasi masalah ini. Namun perlu diingat, jangan bergantung 100% kepada milk booster. Mengepam secara konsisten dan pengambilan air yang cukup adalah penting bagi membawa pulang susu yang cukup untuk anak.

Paling penting, bagi mengatasi masalah susu kurang ini, ibu perlu berada dalam keadaan yang sihat, bertenaga dan tidak lesu.

Cuba bayangkan, jika ibu tak sihat, bagaimana mahu mengepam secara konsisten, minum air (makan pun tak lalu), power pumping, tentulah ke laut dek kerana badan yang lesu dan tak bertenaga.

Secara peribadi, sebagai ibu saya perlu memastikan kesihatan berada pada tahap yang optimum. Tugas seorang ibu bukan sekadar memberi susu yang cukup, malah lebih penting berikan perhatian kepada anak-anak. Bermain-main dengan anak, memastikan rumahtangga dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Untuk itu, ibu perlu sihat.

Alhamdulillah Set Triple M Shaklee (a.k.a. Set Super Duper Booster, milk booster & energy booster) membantu menjadikan saya ‘SuperIbu’. Sihat bertenaga sepanjang hari dan susu yang cukup mampu diberikan kepada si comel.

Ibu perlu set minda sejak mula hamil lagi
Ya, penting untuk ibu itu setkan mindanya bahawa dia akan menyusui anaknya yang bakal lahir itu dengan susunya sahaja. Dia juga perlu setkan mindanya bahawa susunya cukup untuk anaknya dan tidak memerlukan susu formula.

Pemakanan

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

  • Lobak putih

    Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
  • Buah longan kering

    Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
  • Kurma

    Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
  • Pucuk betik/Betik muda

    Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
  • Halba/Fenugreek

    Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
  • Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

    Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.
  • Moringa/murunggai/pokok kelor

    Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
  • Jantung pisang

    Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
  • Daun cekur manis/pucuk manis

    Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
  • Kacang soya

    Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
  • Pengambilan Air
    Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insya-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2 hingga 3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Cadangan supplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea, B complex, Vitamin C / Chewable Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Hubungi saya untuk pesanan/keterangan lanjut:
Habiah binti Abd Kadir (014-810 7259)
Shaklee Independent Distributor

Sila Rujuk: Senarai Harga Produk Shaklee.

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Cara Tambah Susu Ibu”

  1. Pingback: Makanan yang boleh menambahkan susu badan | Cerita Kasih Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *