Ikhlas Berpuasa Itu Besar Ganjarannya

ikhlas berpuasa
Tahukah anda, sesiapa yang ikhlas berpuasa akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah subhanahu wataala. Sebagai tazkirah buat pembaca yang sudah biasa dengar, dan ilmu baru bagi yang belum tahu, marilah sama-sama kita manfaatkan.

Kedudukan orang yang ikhlas berpuasa di sisi Allah adalah sangat mulia, hinggakan Allah menyediakan pintu khas untuk orang yang ikhlas berpuasa ini ke syurga, iaitu pintu yang dinamakan pintu Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu Rayyan itu akan menyeru dan memanggil orang yang ikhlas berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu Rayyan yang dijaganya. Tidak ada sesiapa yang dapat melalui pintu tersebut melainkan mereka yang layak sahaja.

Seperti perbincangan dalam blog Al-Asr, kita semua pun sudah maklum, bahawa orang yang berpuasa bukan sahaja dinilai tinggi oleh Allah, tetapi juga pada pandangan manusia dan juga makhluk yang lain.

Sabda Nabi s.a.w Tentang Ikhlas Berpuasa

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.”

Orang yang ikhlas berpuasa, iaitu dengan niat kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalah ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Bersempena Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita berusaha untuk membersihkan diri supaya kita benar-benar ikhlas berpuasa sepanjang sebulan ini.

Dalam mendapat tahap ikhlas berpuasa yang sejati, banyak kebaikan yang perlu kita rutinkan. Sebagai contoh, marilah kita melatih diri untuk bermurah hati dengan orang lain, tanpa orang itu tahu pun niat kita.

Marilah kita bersikap lebih pemaaf, tanpa orang itu tahu pun perbuatan kita. Mari kita cuba untuk meringankan diri melakukan kebaikan, tanpa perlu orang lain ada di hadapan kita.

Mudah-mudahan dengan ikhlas berpuasa pada Ramadhan kali ini, kita akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Semoga kita beroleh keuntungan yang berterusan, sejak dari dunia lagi, sehinggalah ke Akhirat nanti.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *