Set Berpantang Selepas Bersalin – Mengapa Shaklee?

Mengapa Shaklee? Tonton video berikut:

Berikut Pula Pengalaman Saya

Alhamdulillah, saya capai target.

Semasa awal perkahwinan, saya pernah meletakkan target untuk menimang 3 orang cahaya mata sebelum masuk usia 30.

Syukur Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Dalam entri ini, izinkan saya berkongsi sejarah saya berpantang selepas bersalin.

Semasa berpantang anak pertama, saya tidak tahu apa-apa tentang set berpantang yang perlu saya ambil. Saya minta suami belikan apa sahaja asalkan selamat untuk ibu dan baby yang saya susui.

Tiga hari saya selepas bersalin, suami belikan saya set berpantang N…R selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan sepejabatnya.

Tanpa banyak soal, saya pun cuba menggunakan set berpantang N…R itu bermula selepas 20 hari bersalin dengan mengambil 2 biji pil jamu setiap hari.

Tapi Saya Silap!

Ya, Allah! Set berpantang itu tidak sesuai dengan baby saya! Kasihan baby saya, 8 hari tidak membuang air besar. Doktor menasihatkan saya supaya berhenti mengambil set berpantang N…R tersebut untuk sementara waktu.

Jelas doktor lagi, jika masih tiada kesan baby saya terpaksa dimasukkan ke wad. Bimbangnya saya pada waktu itu, Allah s.w.t sahaja yang tahu.

Namun 2 hari kemudian Alhamdulillah baby saya Ain Nasuha kembali membuang air besar semula seperti biasa.

Selepas habis tempoh berpantang, badan saya selalu sahaja sakit-sakit, letih, mengantuk dan rasa tidak bermaya. Saya pun cuba sambung semula set berpantang N…R itu, dengan harapan baby saya dah boleh mula menerima produk tersebut.

Sangkaan saya meleset, sekali lagi baby saya tidak buang air besar. Saya pun terus berhenti tanpa makan sebarang jamu walaupun dari jenama lain. Saya fikir, kemungkinan besar baby saya tidak boleh terima sebarang jamu.

Berat Badan Mula Naik!

Bermulah episod badan saya bagai dipam-pam. Berat badan sebelum mengandung 48kg bertukar menjadi 58kg. Badan pun selalu terasa sakit dan sangat letih.

Setahun 3 bulan kemudian, saya mengandung lagi untuk kali kedua, sekali lagi saya diuji. Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa seksanya saya, kepala & badan selalu sakit-sakit, dari awal mengandung sehinggalah ke 9 bulan.

Pada waktu itu saya mencuba set kehamilan S…. dengan harapan dapat membantu saya untuk mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Selepas bersalin, saya menjadi sangat penat, mempunyai 2 anak kecil yang perlukan perhatian saya. Oleh kerana anak sulong berkongsi menyusu dengan anak kedua, maka bertambah-tambah kepenatan saya.

Saya bertanya pada kakak ipar, ada tak suplemen yang membantu memberikan tenaga kepada saya.

Set Berpantang Shaklee

Dari situlah saya diperkenalkan dengan set menyusu Shaklee. Pertama kali pengambilan saya sudah rasa sangat teruja, susu saya mula mencurah-mencurah, sangat meriah! Alhamdulilah, tubuh badan saya juga hilang rasa sakit-sakit seperti sebelum ini.

Selepas setahun 5 bulan kemudian, saya mengandung lagi. Kali ini saya sudah pun mengamalkan pelbagai set kesihatan daripada Shaklee. Dari awal mengandung sehinggalah bersalin, saya sangat sihat, HB pun kekal tinggi.

Malah saya dapat mengerjakan Ibadah Umrah dengan cukup sempurna, padahal waktu itu saya sudah pun 7 bulan kehamilan.

Pengalaman Umrah

Semasa di Tanah Suci, saya dapat buat ibadah umrah dengan sangat lancar, mengalahkan suami. Alhamdulillah saya langsung tidak batuk, selesema, sakit tekak dan demam seperti kebanyakan jemaah yang lain.

Malah ramai di antara mereka yang tidak terperasan pun yang saya sedang mengandung 7 bulan kerana saya sangat aktif sehingga dapat buat 7 kali umrah sepanjang berada di sana.

Selepas bersalin anak ketiga, saya mengambil set berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex, Alfalfa, Ostematrix, Chewable Vitamin C, ESP & Performance Drink.

Saya rasa sangat berbeza berpantang kali ini. Saya bukan sahaja tidak mengalami sakit-sakit badan, malah dengan set berpantang Shaklee ini susu juga sangat meriah.

Saya lebih gembira, emosi saya stabil, baby lebih relaks dan sangat senang diurus tanpa banyak ragam. Berat badan terkini saya setelah mengamalkan set berpantang dan menyusu Shaklee ialah 48kg, iaitu kembali kepada berat asal saya yang ideal! ūüôā

Berminat Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *