Kesihatan Jantung: Manjakan Jantung Anda Dengan Shaklee CoQHealth Plus

Kesihatan Jantung: Manjakan Jantung Anda Dengan Shaklee CoQHealth Plus

Satu daripada tiga lelaki di Malaysia mati akibat masalah kesihatan jantung – statistik yang membimbangkan!

Bayangkan, dalam keadaan anda duduk minum semeja bersama 2 rakan anda, salah seorangnya akan mati disebabkan masalah kesihatan jantung, yang boleh berlaku bila-bila masa tanpa sekelumit pun tanda-tanda awal.

Anda rasa antara anda bertiga, siapa yang kena?

Persoalannya mengapa LELAKI yang terlibat dalam statistik ini? Terdapat dua huraian:

Pertama, huraian saintifik. Lelaki tidak mempunyai hormon yang membantu mengawal aktiviti jantung seperti yang ada pada wanita yang belum menopaus.

Oleh itu lelaki yang mengalami tekanan akan menyebabkan jantungnya bekerja keras, sehingga boleh menyebabkan masalah yang boleh mengakibatkan maut.

Kedua, huraian mengikut petua orang-orang lama. Lelaki lebih cenderung untuk berdiam diri apabila menghadapi tekanan, berbanding wanita yang selalu mengeluarkan tekanan melalui bebelan & ngomelan.

Oleh itu sikap suka berdiam diri menjadi punca kepada masalah kesihatan jantung yang boleh mengakibatkan maut.

Kepentingan Menjaga Kesihatan Jantung

Walau apa pun huraian anda, perkara ini tetap berlaku, dan akan terus berulang sampai anda tiada lagi di atas dunia ini, itulah hakikat yang perlu anda terima. Saya juga tidak terkecuali.

Apakah langkah pencegahan yang boleh kita lakukan? Tiada lain, pastikan kesihatan jantung kita berada pada tahap yang paling optimum pada setiap masa.

Bagaimana Memelihara Kesihatan Jantung?

Untuk menjana kesihatan jantung, sentiasa lakukan senaman, makan makanan berkhasiat, minimumkan pengambilan makanan berkolestrol, sentiasa berfikiran positif, cukup tidur, amalkan bangun awal pagi, dan banyak lagi.

Sebagai tambahan, amalkan Shaklee CoQHealth Plus setiap hari. Ia sangat membantu menjana kesihatan jantung anda secara optimum, 100% selamat, semulajadi & berkesan. Percaya atau tidak, Shaklee CoQHealth juga sangat berkesan untuk meningkatkan tahap kesuburan kaum lelaki!

Shaklee CoQHealth Plus terdiri daripada 3 unsur iaitu 28mg CoQ10, vitamin E dan ekstrak teh hijau. Ketiga-tiga unsur ini mempunyai fungsi tersendiri yang sangat diperlukan untuk kesihatan jantung, menyebabkan ia lain dari produk seumpamanya.

28mg CoQ10 – sebagai makanan kepada jantung. Dengan kata lain ia adalah keperluan harian jantung anda, yang bertindak mencuci saluran darah berkolestrol dalam jantung anda. CoQ10 ini juga berfungsi meningkatkan kelajuan sperma!

Vitamin E – berfungsi untuk memberi tenaga supaya aktiviti mengepam darah dalam jantung berjalan dengan lebih efisyen. Vitamin E juga berperanan seperti GPS – menunjuk arah sperma untuk berenang terus ke tempat yang dituju!

Ekstrak Teh Hijau – berfungsi untuk menstabilkan emosi dan memberi ketenangan.

Selain itu, Shaklee CoQHealth Plus ini dibuat daripada yis yang 100% semulajadi, tidak terlibat dengan sebarang aktiviti Genetically Modified Organism (GMO), juga yang paling penting, bukan dibuat daripada daun tembakau.

Perlu diketahui, kebanyakan produk CoQ10 jenama lain menggunakan daun tembakau sebagai sumber CoQ10, kerana ia mudah diperolehi serta murah. Dengan kata lain sangat baik untuk keuntungan perniagaan, tetapi ternyata tidak baik untuk kesihatan jantung.

Shaklee CoQHealth Plus didatangkan di dalam kapsul lembut yang diperbuat dari kacang soya semulajadi untuk menghasilkan penyerapan yang lebih baik dalam tubuh anda.

Kini dengan kos yang paling minima, anda dapat memelihara kesihatan jantung dengan sumber yang lebih selamat & meyakinkan.

Sebarang kemusykilan & persoalan berkenaan produk Shaklee, sila komentar di bawah atau terus hubungi kami melalui talian seperti di bawah ini.

Berkenaan pelan pemasaran & sijil halal Shaklee:
Call/SMS/WhatsApp Ahmad Imam Bin Khalid di talian 014.818.6582

Berkenaan cara pengambilan produk Shaklee:
Call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat Habiah Binti Abd Kadir di talian 014.810.7259

Kami juga menyediakan khidmat nasihat PERCUMA secara bersemuka, selain penghantaran produk terus ke pintu rumah anda, bagi yang tinggal sekitar Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang.

Tidak terkecuali juga bagi yang tinggal di daerah-daerah lain seluruh Malaysia, khidmat nasihat PERCUMA secara bersemuka atau penghantaran produk terus ke pintu rumah juga turut kami sediakan, melalui wakil-wakil kami.

Sila rujuk laman Wakil Daerah kami di link berikut:
http://soleh.net/shaklee-independent-distributor-sid-daerah

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Kesihatan Jantung: Manjakan Jantung Anda Dengan Shaklee CoQHealth Plus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *