Susu Tersumbat – Punca & Teknik Melegakan Kesakitan

Ibu menyusu

Bayi anda dah kerap menyusu, anda pun dah kerap pam atau perah, tetapi payudara anda masih lagi berketul-ketul. Anda tidak selesa kerana susu tersumbat, ia menyakitkan dan boleh membawa kepada demam.

Dah puas menuam, mandi air panas suam, diurut, tetapi masih lagi ada benjolan atau ketulan di bahagian belah kanan, kiri, bawah atau atas payudara.

Kenapa Terjadi Susu Tersumbat?

Susu tersumbat ini kebiasaanya berlaku kerana ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Jika payudara tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur kerana penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu  ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Sesetengah ibu akan mengesan satu tompokan putih kecil pada hujung putingnya, iaitu tanda saluran puting susu tersumbat, sel kulit tumbuh di atasnya. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang telah disteril atau anda boleh memicitnya sendiri. Apabila susu tersumbat itu pecah, susu akan memancut. Anda akan rasa sangat lega dan selesa. Ketulan dan benjolan pada payudara akan hilang serta merta!

Untuk ibu yang payudaranya tidak mempunyai tompokan putih kecil itu, anda bolehlah mencuba teknik ini. Ramai ibu yang gembira dengan hasilnya. Perhatikan gambar di bawah, di mana posisi ibu membolehkan graviti membantu aliran susu ibu supaya lebih lancar ketika bayi menyusu. Untuk lebih selesa, ibu boleh meletakkan beberapa biji bantal supaya ibu tidak krem dan letih semasa menyusu dalam  posisi ini.

Susu tersumbat

Sambil menyusu, tenangkan fikiran. Ingat! stres boleh melambatkan penyembuhan. Cara paling mudah – tenung wajah si manja anda semasa menyusu. Sebaik selesai penyusuan, anda akan mendapati ketulan itu telah HILANG!

Dalam masa yang sama, ibu juga boleh mencuba LECITHIN dari SHAKLEE untuk mengatasi masalah susu tersumbat.

lecithin

Lecithin dapat menguraikan susu tersumbat pada saliran-saliran halus payudara anda. Saya sendiri pernah mengalami situasi susu tersumbat ini, dan Lecithin sangat membantu.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat percuma berkenaan masalah susu tersumbat ini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

3 thoughts on “Susu Tersumbat – Punca & Teknik Melegakan Kesakitan”

  1. Saya pernah alami situasi seperti ini..sakitnya bukan kepalang..Puncanya bila puting luka sebab anak gigit..Sampaikan saya terpaksa jumpa bidan untuk urut breast..Selepas itu barulah kembali normal. Apapun, Terima kasih sbb mummy snggup kongsikan petua ni untk saya wat rujukan,

    jemput singgah blog saya Petua Menyembuhkan puting luka dengan cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *