Cara Merawat Gastrik

Perut anda terasa sakit? Dah makan tetapi rasa seperti belum makan lagi? Kadang-kadang rasa loya, sakit kepala, nak buang air besar, cirit birit dan sendawa yang kerap?

Itu tandanya, perut anda TIDAK sihat dan gastrik sedang menyerang anda.

Apa itu Gastrik?

Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif.

Puncanya ialah daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang juga menjadi penyebab utama kepada ulser perut.

Oleh itu, janganlah kita memandang remeh pada penyakit gastrik ini walaupun ia baru di peringkat permulaan.

Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan boleh menyebabkan berlaku pendarahan di dalam perut.

Doktor akan melakukan pemeriksaan OGDS dan sampel tisu akan diambil untuk menentukan samada terdapat jangkitan kuman atau tidak.

Jika terdapat luka, sampel tisu juga akan diambil untuk menentukan samada berisiko menjadi kanser atau tidak.

Cara merawat gastrik ialah dengan mengambil 3 jenis ubat berikut:

  1. Antasid
    Bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
  2. Antagonis H2
    Berfungsi mengurangkan rembesan asid.
  3. Perencat Pam Proton (PP1)
    Bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan berkesan, biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami gastrik teruk atau ulser perut.

Selain mengambil 3 jenis ubat tersebut, cara merawat gastrik ialah pesakit perlu mengubah gaya hidup serta menjaga pemakanan supaya dapat mengelak gastrik kembali menyerang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

  1. Berhenti merokok dan minuman beralkohol.
  2. Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengahari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan sahur.
  3. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.
  4. Minum susu.
  5. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit.
  6. Kurangkan makanan berempah, pedas dan masam.
  7. Kurangkan pengambilan kafein dan bergas dalam minuman.

Pengambilan buah KURMA secara konsisten juga merupakan satu cara merawat gastrik kerana dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti King Saud, Saudi Arabia, menunjukkan bahawa bahan ethanolic yang dikeluarkan dari jus kurma sangat boleh digunakan sebagai bahan remedi yang mujarab untuk merawat penyakit gastrik ulser. Ini berkemungkinan disebabkan kurma mempunyai keupayaan sebagai antioksidan.

(rujuk: Al-Qarawi AA, Abdel-Rahman H, Ali BH, Mousa HM, El-Mougy SA.The ameliorative effect of dates (Phoenix dactylifera L.) on ethanol-induced gastric ulcer in rats. J Ethnopharmacol. 2005 Apr 26;98(3):313-7)
http://drzubaidi.com/blog

Sekiranya anda ingin mencuba suplemen sebagai cara merawat gastrik anda, bolehlah anda berikhtiar mengambil Set Gastrik Shaklee berikut:

Cara Merawat Gastrik - ESP, Ostematrix & Peppermint Ginger Plus

  1. ESP 850 gram RM150.00
    Kaya dengan protein, merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
  2. Ostematrix 120 biji RM61.00
    Merupakan kalsium dan amat sesuai untuk pesakit gastrik.
  3. Peppermint Ginger Plus 90 biji RM45.00
    Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidak selesaan perut. Boleh dilarutkan dalam air panas atau teh O panas untuk minuman herba semulajadi.

Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Cara Merawat Gastrik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *