Alahan Semasa Hamil

Alahan Semasa Hamil

Alhamdulillah, syukur pada Allah bila dapat tahu diri sudah hamil.

Bagi ibu yang baru pertama kali hamil, tentunya inilah saat yang paling dinanti-nantikan.

Bagi ibu yang hamil kali seterusnya, pastinya gembira kerana akan bertambah lagi ahli keluarga.

Tetapi yang paling dirungsingkan ketika hamil ialah loya, muntah, sakit kepala, pening dan macam-macam lagi simptom-simptom ‘pembawakan budak’ ini.

Simptom ini dipanggil alahan atau morning sickness

Alahan Semasa Hamil: Bila Ia Bermula?

Alahan semasa hamil ini biasanya berlaku pada awal kehamilan iaitu seawal minggu pertama sehinggalah beransur-ansur berakhir pada trimester kedua (bulan ke-4) kehamilan.

Pada minggu awal kehamilan, anda akan berasa tidak selesa, tidak boleh menerima makanan, gastrik dan seringkali perut masuk angin.

Perut masuk angin atau kembung perut di kalangan wanita hamil ini berlaku disebabkan oleh perut yang tidak boleh menerima makanan itu.

Petua Mengatasi Alahan Semasa Hamil:

  1. Amalkan makan kurma ajwa (kurma nabi)  dan kismis. Tidak perlu banyak, cukup sekadar yang terdaya oleh tekak sahaja. Kurma dapat menyalurkan karbohidrat, zat-zat yang diperlukan oleh tubuh dan ia mengenyangkan.
  2. Amalkan makan madu setiap pagi dan setiap malam.
  3. Minum air glukos.
  4. Makan roti kosong cicah air milo panas.

Sebagai tambahan lagi, anda boleh cuba Peppermint Ginger Plus keluaran Shaklee untuk mengatasi alahan semasa hamil.

Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus – 90 Biji RM45.00

Ia bertindak membantu merawat dan mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, muntah di kalangan ibu hamil, sendawa dan penghadaman.

Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus: 

Pudina – Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang dan membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit.

Halia – Masyarakat cina telah menggunakan halia selama lebih dari 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit semasa haid, loya dan mual angin ketika hamil.

Pokok Adas (fennal) – Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.

Cekur manis (anise) – Digunakan oleh orang-orang mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan.

Jangan biarkan alahan semasa hamil itu mengganggu aktiviti harian anda. Lalui detik-detik manis kehamilan dengan hati yang gembira dan kesihatan yang baik.

Set kehamilan Shaklee juga disyorkan. Tunggu entri saya seterusnya berkenaan Set Mengandung Shaklee! ^_^

Jangan ketinggalan, langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Hubungi saya untuk harga istimewa, mahupun untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan alahan semasa hamil.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *