Kerongkong Atiqah Luka Tertusuk Sudu

Atiqah

Semalam anak bongsu saya Atiqah (11 bulan) tertusuk sudu plastik ke dalam kerongkong. Luka yang saya lihat kira-kira 6mm panjang, 2mm dalam, sukar untuk saya terima.

Sedang asyik bermain sudu dan mangkuk makannya, Atiqah letak sudu dalam mulut. Tiba-tiba Atiqah merangkak meluru ke arah saya yang sedang rehat berbaring di atas sofa.

Mungkin terlupa dengan sudu di mulutnya, Atiqah terus rapat ke sofa untuk panjat duduk bersama saya. Tanpa sempat saya berbuat apa-apa, sudu di mulutnya terlanggar sofa.

Dengan kelajuan serta inersia berat badannya, sudu tertusuk ke kerongkongnya dengan kuat. Refleksnya membuang sudu dalam kesakitan yang amat.

Saya lantas mendukung Atiqah sambil melihat ke dalam mulutnya, darah merah pekat mengalir… terus ke dalam salur kerongkong. Atiqah tersedak darah, terbatuk-batuk sambil menangis kesakitan.

Suara tangisan Atiqah yang ‘lain macam’ membuatkan semua yang ada di rumah berlari ke arah kami dalam suasana yang gamat dan panik.

Saya mengajak isteri ke hospital, bapa mertua mencelah,

“tak luka tuu, sikit saja, dia nangis nak tido…”

Saya tahu bapa mertua ingin membuang panik yang juga ada dalam dirinya sebagai tokki yang sangat manjakan cucu.

Saya melihat lagi ke dalam tengkuknya, saya nampak darah masih mengalir, Atiqah menelan setiap titisan darah dalam kesakitan, paksaan dan tangisan.

Bapa mertua tak dapat lihat luka tersebut yang agak ke dalam dan hanya sesekali mulutnya terbuka secukupnya untuk luka itu kelihatan.

Saya suluh dengan lampu telefon bimbit sambil menunjukkan kepada bapa mertua, namun dia masih tidak nampak.

Kasihan Atiqah

Saya terbayang-bayang wajah cerianya. Atiqah tidak banyak ragam, cepat belajar dan bersemangat tinggi selain gemar bertindak lucu setiap hari.

Dalam masa yang sama saya terbayang masa depannya yang bukan-bukan. Fikiran & emosi saya terganggu.

Sejak menjadi WAHD hubungan saya dengan anak-anak sangat akrab sehinggakan saya yang dikenali sebagai tidak penyayang ini pun terasa sangat sebak dengan apa yang menimpa Atiqah.

Air mata saya terasa sangat mudah untuk bergenang, tapi saya lawan untuk hadapi saat genting itu.

Saya faham tiada siapa tahu perasaan saya ketika itu, kerana hanya saya seorang yang nampak darah itu mengalir.

Masuk dalam kereta, saya terus memandu. Isteri saya riba Atiqah. Atiqah masih menangis. Sayu…

Tak sampai dua minit, saya hentikan kereta. Saya buka handbag isteri dan capai Nutriferon. Isteri saya seakan faham, terus baringkan Atiqah.

Nutriferon Shaklee

Saya sumbat sedikit Nutriferon ke dalam mulut Atiqah. Atiqah pada mulanya enggan membuka mulut, saya sedikit paksa, Atiqah pun telan. Lepas telan, Atiqah minta lagi…

Saya teruskan memandu, sambil terbayang keadaan biasa waktu malam diĀ Jabatan Kecemasan & Trauma HSNZ.

Lantaran kasihankan Atiqah yang sedang sakit, mengantuk dan belum boleh berkata-kata, saya batalkan hasrat untuk ke sana.

Saya doakan Atiqah cepat sembuh. Ya Allah, makbulkanlah doaku dan doa semua yang mendoakan Atiqah, ameen.

Malam tadi Atiqah tidur mengigau-ngigau, terkadang meracau disusuli tangisan yang penat. Atiqah masih sakit.

Kasihan Atiqah.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *