Tips Pemilihan Pam Menyusu Bagi Ibu Bekerja

medela-freestyle

Para ibu sering mendapati bahawa memilih pam menyusu terbaik adalah jauh lebih sukar daripada membuat keputusan untuk menyusukan bayi itu sendiri.

Untuk mencari pam menyusu yang betul ibu perlu mengambil kira berapa kerap dan di mana ibu perlu mengepam susu.

Dengan pam menyusu yang melambak di pasaran, dan ibu pula semestinya menginginkan pam yang boleh memenuhi keperluan khusus ibu, sudah tentu ia suatu yang agak rumit.

Justeru, entri ini akan cuba mengupas setiap aspek dalam memilih pam menyusu, dari membuat keputusan untuk membeli pam atau tidak, sehinggalah kepada pemilihan pam manual atau elektrik.

5 tahun sebagai ibu bekerja, menyusu anak-anak selama lebih 2 tahun dan juga pengalaman sebagai Perunding Penyusuan di Butik Ibu Moms Basic Kuala Terengganu, izinkan saya berkongsi serba sedikit ilmu berkenaan tips dalam memilih pam menyusu.

Antara tips memilih pam susu ialah:

1. Mengapa Ibu Perlukan Pam Menyusu

Pam menyusu memudahkan ibu membuat simpanan susu untuk anaknya apabila berjauhan.

Bagi ibu bekerja, cuti berpantang adalah suatu tempoh masa yang baik untuk penuhkan stok susu menggunakan pam menyusu.

Dalam sesetengah keadaan, ada juga bayi tak cukup bulan atau bayi sakit yang tidak dapat menghisap susu dada, hanya mengharapkan pam menyusu untuk merasa susu ibunya. Dalam keadaan ini, ibu disyorkan untuk menggunakan pam elektrik dengan double-pumping yang kerap untuk meningkatkan penghasilan susu.

Ada sesetengah kes, pam elektrik digunakan untuk mendorong laktasi untuk anak angkat.

Bengkak susu juga boleh diatasi dengan mengepam susu sedikit, dengan tujuan melembutkan areola bagi memastikan lekapan bayi yang sempurna semasa menyusu.

Yang lucunya, ada juga sesetengah ibu yang mengepam susu hanya untuk diberi susu perahan tersebut kepada si bapa, supaya si bapa dapat peluang merasai sendiri pengalaman menyusu anaknya!

Apa pun, berapa kerap ibu memilih untuk mengepam susu untuk anaknya akan menentukan jenis pam yang mana paling sesuai untuknya.

2. Keperluan Ibu & Ciri-Ciri Pam

Berapa kerap ibu bercadang mengepam susu adalah faktor utama pemilihan pam menyusu.

Kemudian, pastikan harga pam adalah berada di dalam bajet ibu, biarlah berpatutan dengan kemampuan.

Ibu yang bercadang untuk mengepam kerap pastinya memerlukan pam elektrik, walaupun harganya lebih mahal berbanding pam manual.

Ibu yang bercadang untuk mengepam secara berkala boleh dapatkan pam manual untuk mudahkan pergerakan. Bagaimanapun kini dengan adanya pam yang menggunakan bateri atau powerbank, kadangkala ibu perlu memilih untuk selesa daripada lenguh tangan sewaktu mengepam.

Faktor mudah dicuci dan dikeringkan juga perlu dititikberatkan bagi ibu yang mempunyai masa yang terhad. Mujurlah majoriti pam di pasaran sekarang mudah untuk dicuci dan dikeringkan.

Bagi ibu bekerja, faktor yang penting dalam memilih pam ialah:

  • berat pam
  • tahap kebisingan pam
  • capaian punca elektrik di tempat kerja
  • kebolehan double pumping

Double pumping sangat penting bagi ibu bekerja yang mempunyai masa yang terhad.

Selepas membuat pembelian, untuk mengetahui ibu memilih pam yang betul atau tidak, amaun susu yang berjaya dipam adalah tali pengukur kepada tahap kesesuaian pam terhadap si ibu.

3. Ikut Bajet

Jangan ingat pam yang paling mahal adalah pam yang paling baik untuk anda.

Jika bajet anda kurang, anda boleh membeli pam jenis manual dahulu.

Usah risau, ramai jer ibu-ibu yang berjaya menyusui anaknya sehingga 2 tahun dengan hanya menggunakan pam jenis manual.

Saya syorkan anda guna Unimom Mezzo. Harganya berpatutan dan tidak membebankan. Sedutannya lembut menyamai jenama Avent.

Selain Unimom Mezzo, ibu-ibu boleh mencuba pam manual jenis Medela Harmony, Autumnz Joy, Rumble tuff dan Avent. Jenama-jenama ini berkualiti dan mendapat sambutan di Moms Basic.

4. Jenis Pam (Elektrik Single/Double)

Dengan bajet yang ada, pilih pam paling meniru gaya hisapan bayi.

Cuba dapatkan pam yang sedutan awalnya pendek dan cepat, diikuti kemudian disusuli hisapan yang dalam dan perlahan.

Antaranya Medela Freestyle, Maxi Swing dan Swing, Eve Love, Unimom Allegro, Rumble Tuff Duo, Autumnz Bliss, Snow Bear, Spectra 3, Spectra M1, Spectra Dew 300 dan sebagainya.

Pam yang baik ialah pam yang dikelaskan sebagai hospital grade, iaitu yang diiktiraf sebagai selamat, kukuh, lasak serta berkesan, sepertimana yang terdapat di Moms Basic.

5.  Situasi kerja

Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan jenis pam mana yang diperlukan, sesuai dengan situasi kerja anda.

Contohnya, ibu selalu kerja di luar iaitu selalu memandu dan tiada punca elektrik atau tempat sesuai untuk ibu pam susu.

Ibu boleh mengempam di dalam kereta dengan menggunakan car adapter.

Jika ibu bekerja ofis, ibu boleh mengempam di tempat duduk ibu itu sendiri sambil melakukan kerja dengan menggunakan blaser untuk menutup aurat sewaktu aktiviti mengempam dijalankan, selain ‘bersembunyi’ sebagai tanda low profile, elak dari pandangan umum. Mudah kan?

6. Keselesaan

Pam yang dipilih mestilah selesa dengan payudara ibu. Setiap ibu mempunyai puting  dan saiz payudara yang berbeza-beza.

Ada ibu yang mempunyai jenis puting sensitif, maka ibu memerlukan sedutan pam yang lembut. Sila rujuk video-video di bawah untuk melihat kadar sedutan yang sesuai dengan payudara anda mengikut jenama. 🙂


Kadar sedutan pam Eve Love (sederhana)


Kadar sedutan pam Autumnz (kuat)


Kadar sedutan pam Rumble Tuff (paling perlahan)

Perlu diketahui juga, kaedah memerah susu menggunakan tangan atau marmet adalah ‘pam’ yang terbaik dan ia sangat menjimatkan
(lihat foto di bawah).

marmet

Oleh itu, mahal atau murah tidak penting kerana setiap ibu tidak sama antara satu sama lain.

Cuma perlu diperingatkan, pada awal sesi mengepam, susu ibu tidak akan keluar seperti air hujan kerana pam juga memerlukan masa untuk mengenal tubuh badan si ibu.

Sekiranya ibu tidak memperoleh hasil yang diidamkan, janganlah panik dan susah hati.

Teruskan mengempam dan setiap kali anda mengempam, anda akan merangsang payudara anda untuk menjadi semakin berat! ^-^

Selamat menuaiii!! 🙂

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan tips pemilihan pam menyusu ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

3 thoughts on “Tips Pemilihan Pam Menyusu Bagi Ibu Bekerja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *