Cara Menyimpan atau Membuat Stok EBM (susu perahan)

Stok EBM (Susu Perahan)
Stok EBM (Susu Perahan)

Ibu yang bekerjaya bukanlah memiliki satu alasan untuk tidak menyusukan anaknya secara eklusif.

Tidak mustahil ibu yang bekerja mampu menyusui anaknya sehingga 2 tahun atau lebih.

Dalam menjayakan penyusuan, ibu hendaklah terlebih dahulu mendalami ilmu penyusuan, termasuk melalui kelas-kelas penyusuan, buku-buku, carian & kajian melalui internet dan sebagainya.

Dalam entri ini, saya akan kongsikan bagaimana cara menyimpan atau membuat stok EBM (Express Breast Milk).

Apakah Perlu Anda Lakukan?

1. Pam Susu
Pemilihan pam yang berkualiti sangat penting. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang.

Jika ibu mempunyai pam elektrik atau bateri, ibu boleh mengempam susu sambil menyusu bayi pada payudara sebelah.

Aktiviti ini akan lebih merangsang penghasilan susu dan menjimatkan masa. Anda akan teruja melihat hasil melalui teknik ini! 🙂

2. Buat Stok
Ibu perlu memerah dan membuat simpanan stok susu seawal satu atau dua minggu selepas kelahiran.

Saya biasanya membuat stok selepas sahaja susu awal (kolostrum) berakhir, biasanya seminggu selepas kelahiran. Pada waktu ini susu sangat banyak terhasil.

Tempoh ini juga sangat sesuai untuk kita merangsang penghasilan susu.

3. Gunakan Masa Yang Ada
Ibu perlu memerah susu pada bila-bila masa yang termampu.

Walaupun bayi telah cukup menyusu tetapi payudara masih terasa ada baki atau susu lebihan, teruskan pemerahan susu.

Biasanya dalam tempoh berpantang, susu ibu sangat banyak. Jangan bazirkan peluang yang ada.

4. Labelkan Setiap Sesi
Labelkan bekas penyimpanan susu dengan maklumat tarikh dan waktu perahan.

Ibu boleh mengunakan storage bottles atau storage bags. Cuci bekas simpan (storage bottles) dengan air sabun  dan bilas dengan air panas.

Saya syorkan ibu menggunakan pencuci serbaguna Basic H2 Shaklee RM 46.00 (16 oz) untuk mencuci alatan mengempam dan bekas simpanan susu perahan.

Basic H2 bersifat semulajadi, non-toksik, biodegradable serta jimat. Guna setitik sahaja! 🙂

Storage Bags & Storage Bottles
Storage Bags & Storage Bottles

Terdapat juga ibu-ibu yang menggunakan bekas dadih atau plastik ais krim sebagai alat untuk menyimpan susu perahan.

Tetapi ingat, bekas dadih itu hanya disarankan 2 kali penggunaan sahaja.

Bekas jenis plastik samada plastik ais krim atau storage bags (khas untuk simpan EBM) hendaklah digunakan sekali sahaja.

Dengan kata lain ia adalah jenis pakai buang.

5. Pam Waktu Malam
Ibu digalakkan memerah atau megempam susu pada waktu malam kerana penghasilan susu lebih aktif pada waktu itu. Ibu boleh mengambil kesempatan waktu malam ini, lebih-lebih lagi jika bayi tidur lama.

6. Latih Bayi Minum EBM
Susu perahan yang dibekukan ini nanti akan mula diberikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu semasa ibu sudah hampir masuk bekerja.

JANGAN beri susu perahan sewaktu anda masih lama untuk bersama bayi, walaupun dengan niat hendak melatih bayi, dibimbangi bayi mengalami kekeliruan.

Hanya dalam tempoh sebulan atau 2 minggu sebelum ibu masuk kerja, barulah bayi boleh diperkenalkan dengan susu perahan ini.

Tempoh Penyimpanan Susu Perahan

Susu yang baru diperah hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik (25-37°c) tidak lebih dari 4 jam, atau 8 jam bagi bilik berhawa dingin bersuhu kurang 25°c, bagi bayi sihat sahaja. Bagi bayi pramasa/sakit susu perahan TIDAK BOLEH ditinggalkan langsung.

Jika susu perahan tidak dibekukan sebaliknya hanya diletakkan dalam peti sejuk bersuhu 2-4°c, susu perahan tersebut hanya boleh disimpan selama kurang dari 8 hari bagi bayi sihat, atau 48 jam bagi bayi pramasa/sakit.

Tempat Pembeku Peti Sejuk 1 Pintu
Tempat Pembeku Peti Sejuk 1 Pintu

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk satu pintu ialah 2 minggu sahaja.

Tempat Pembeku Peti Sejuk 2 Pintu
Tempat Pembeku Peti Sejuk 2 Pintu

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk dua pintu pula adalah jauh lebih lama iaitu 3 bulan.

Peti Sejuk Beku (Deep Freezer)
Peti Sejuk Beku (Deep Freezer)

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam peti sejuk beku (deep freezer) adalah yang terbaik, iaitu 6 bulan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja melalui proses nyahbeku (defrost), tempoh penyimpanan hanya 24 jam bagi bayi sihat, atau 12 jam bagi bayi pramasa/sakit. Sebaik dinyahbeku, susu perahan TIDAK BOLEH dibekukan semula.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan cara menyimpan atau membuat stok EBM ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

17 thoughts on “Cara Menyimpan atau Membuat Stok EBM (susu perahan)”

  1. Entri yg sgt membantu saya, cuma nak tanya sikit, lepas perah susu tu terus masuk freezer ke kena sejukkan dulu? Tqvm

  2. setelah dinyahbeku,tempkh penyimpanan hanya 24jam tu..maksudnye mcm mn ye?kalau dh nyahbeku n baby minum pg n xhbs ,boleh simpan dlm fridge/suhu bilik n mnum blk within 24hours?itu ke maksudnye?

    1. 24 jam ini merujuk kepada proses nyahbeku EBM yang belum dipanaskan.

      Sebaik EBM dipanaskan ia hanya boleh digunakan dalam tempoh 1 hingga 2 jam sahaja (bergantung kepada suhu bilik).

    1. Wa’alaikumussalam…

      Bayi ni sangat bijak, sekiranya EBM sudah tidak elok seperti sudah basi, ada rasa hanyir ikan akibat berkongsi freezer, dia mudah detect dan dia akan reject. Melalui rejection itu, kita boleh tahu EBM itu masih elok atau sebaliknya. Ataupun sebelum beri bayi minum, puan boleh cuba rasa sikit calit dengan lidah.

  3. Assalamualaikum
    saya nk tanyer, boleh ker sy memberikn kpd bayi susu sy yg simpan di bghn chilled tanpa memanaskannyer? Contohnyer nk gi jln2, bw trus stok beberapa paket. Bla dia nk mnum, trus bagi jer.

    1. Wa’alaikumussalam…

      Boleh sekiranya bayi puan boleh minum tanpa disuamkan dahulu. Bayi yang minum susu ibu biasanya nak susu yang disuamkan mengikut suhu badan manusia.

  4. Salam puan..klau susu y dh dpnaskn n bby da mnum skit then xhbis..15 mnt kmdian boleh x bg smula susu lbihan td? Ataw perlu dibuang terus?

    1. Wa’alaikumussalam….

      Boleh bagi semula sekiranya susu tersebut masih berada dalam kondisi yang baik dari segi tekstur dan rasanya. Biasanya bayi akan reject sekiranya susu telah tidak elok untuk diminum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *