Cara Mengendalikan EBM (Susu Perahan)

Cara Mengendalikan EBM
Susu Perahan / Express Breast Milk (EBM)

Sejak dari anak pertama lagi saya menyusui anak saya. Saya mula belajar mengenai penyusuan, termasuk cara mengendalikan EBM ini daripada kakak ipar saya, seorang Kaunselor Laktasi.

Sejak sebelum hamil lagi saya bercita-cita untuk menyusui anak saya apabila saya dah ada anak nanti.

Tahun 2009 alhamdulillah saya bergelar ibu, dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Ain Nasuha.

Pengalaman mengendalikan EBM

Pengalaman mengendalikan EBM Ain Nasuha tidak dapat saya lupakan kerana pada masa itu, kawan-kawan dalam persekitaran kerjaya saya tidak ada yang pernah mengendalikan EBM.

Semasa itu juga, saya tidak join mana-mana support group untuk ibu menyusu di Facebook. Suami sangat menyokong. Beliau selalu mencari maklumat mengenai penyusuan ini melalui internet.

Seawal usia 3 bulan Ain Nasuha ditempatkan di taska berhampiran dengan tempat kerja saya. Semasa di taska, saya bekalkan dia dengan EBM. Setiap satu storage bag, terdapat 12 oz EBM.

Ain Nasuha hanya minum 3 oz sahaja setiap kali penyusuan. Anak susu ibu tidak perlu diberi kuantiti susu yang banyak sepertimana kuantiti susu formula. 3 oz sudah cukup untuk Ain Nasuha.

Jom tengok cara saya mengendalikan EBM Ain Nasuha. 🙂

1. Pada malam sebelum ke taska keesokan harinya, pilih EBM mengikut tarikh paling terdahulu.

Pilih EBM Tarikh Paling Terdahulu
Pilih EBM Tarikh Paling Terdahulu

2. Letakkan EBM yang beku itu ke tempat sejuk biasa (chiller) untuk tujuan mencairkannya. Jika terlupa, ibu boleh rendamkan EBM itu ke dalam air paip biasa pada pagi esoknya atau biarkan sahaja ia cair sendiri semasa dalam perjalanan ke taska.

Letak EBM Beku Dalam Ruang Sejuk Biasa
Letak EBM Beku Dalam Ruang Sejuk Biasa

3. Keesokkan paginya EBM mula cair. Cuba lihat, EBM mempunyai 2 lapisan iaitu bahagian atas menjadi warna putih (lapisan lemak) dan bahagian bawah warna kekuning-kuningan. EBM kelihatan pekat. Kenapa ye? Kerana saya menggunakan Set Penyusuan Shaklee! 🙂

Lapisan Lemak Pada EBM
Lapisan Lemak Pada EBM

Ingat ye, EBM ini tidak seperti susu formula, EBM tidak boleh digoncang sama sekali. Cukup hanya di goyang-goyang manja.. ^_^

Goyang EBM, Jangan Goncang!
Goyang-Goyang EBM, Jangan Sesekali Goncang!

4. Masukkan EBM ini ke dalam cooler bag. Saya guna cooler bag sahaja kerana pihak taska telah menyediakan peti untuk penyimpanan EBM ini. Ada sesetengah ibu menggunakan cooler box untuk menempatkan EBM di taska.

EBM Sedia Untuk Dipek Bersama Cooler Bag, Ice Packs
EBM Sedia Untuk Dipek Bersama Cooler Bag, Ice Packs
EBM, Cooler Bag, Ice Packs
EBM, Cooler Bag, Ice Packs
Masukkan EBM Di Celah-Celah Ice Packs
Masukkan EBM Di Celah-Celah Ice Packs
Kemaskan Kedudukan EBM Supaya Nampak Selesa
Kemaskan Kedudukan EBM Supaya Nampak Selesa
Cooler Bag Sedia Untuk Dizip
Cooler Bag Sedia Untuk Dizip
EBM Sedia Untuk Dibawa Ke Taska
EBM Sedia Untuk Dibawa Ke Taska!

5. Ok siap! Berangkat ke taska sekarang!!! Mudah, bukan?

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan cara mengendalikan EBM ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Cara Mengendalikan EBM (Susu Perahan)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *