Ibu Kurang Susu? Cuba Teknik Power Pumping

Susu Merudum? Cuba Teknik Power Pumping
Susu Merudum? Cuba Teknik Power Pumping

Susu anda merundum? Dah ambil suplemen, dah pam, bayi dah kerap menyusu, tetapi susu anda tetap tidak membuahkan hasil yang anda idamkan.

Payudara terasa kosong dan bayi sering menangis kerana tidak puas menyusu. Anda pun menjadi stress dan tidak keruan.

Apabila terjadinya situasi ini, seringkali ibu berputus asa, lalu terus mengambil langkah mudah iaitu dengan memberikan susu formula kepada bayinya.. 🙁

Wahai Ibu, Janganlah Cepat Berputus Asa!
Wahai Ibu, Janganlah Cepat Berputus Asa!

Wahai ibu… janganlah cepat berputus asa sebelum berjuang. Untuk mengatasi masalah ini, insya-Allah boleh diatasi dengan Teknik Power Pumping!

Apa itu Power Pumping?

Teknik Power Pumping ialah satu teknik mengepam untuk menambahkan penghasilan susu ibu.

Demand And Supply
Demand And Supply

Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu “Demand and Supply” di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap.

Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.

Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat perubahan hormon seperti telah mengikat peranakan, sedang haid, bayi kurang menyusu dan ibu yang kurang megepam kerana terlalu sibuk di tempat kerja.

2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin “relaktasi” iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu.

3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang pengahasilan susu, di samping menggunakan pam khas dan mengambil pil hormon.

Bagaimana Menjalankan Teknik Power Pumping Ini?

Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit dan ulang selama sejam.

Double Power Pumping
Double Power Pumping

Double pump – pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi pam 10 minit, kemudian rehat 10 minit dan ulang lagi selama sejam.

Sebaiknya anda melakukan teknik ni sekali sehari, dan waktu yang paling sesuai ialah pada waktu tengah malam atau pada waktu subuh antara jam 12 malam hingga 7 pagi kerana pada waktu itu hormon susu sangat tinggi. Anda akan dapat lihat hasilnya di mana payudara anda mula berasa berat! 🙂

Namun begitu, ada juga ibu yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya. Teruskan melakukan teknik ini setiap hari di samping mood ibu juga mestilah dalam keadaan tenang dan janganlah tergesa-gesa.

Sekiranya pada awal sesi power pumping ini susu tidak keluar langsung atau hanya keluar beberapa titik sahaja, itu adalah normal.

YAKINlah bahawa badan anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu. Beri sedikit masa kepada badan anda untuk menghasilkannya.

Di samping itu, ibu boleh amalkan Surah A-Baqarah ayat 60 dan Surah Al Hujrat dan niatkan supaya mendapat susu yang CUKUP untuk bayi anda.

Selain itu, amalan berselawat dan berzikir “Ya Matiin” semasa menyusu dan mengempam juga dapat membantu penghasilan susu.

Teknik Power Pumping ini biasanya berhasil dalam tempoh seminggu hingga sebulan.

Kepada ibu yang kekangan masa utk mengepam sewaktu bekerja, disarankan juga melakukan teknik Power Pumping ini pada sebelah malamnya bagi mengelakkan susu daripada merundum akibat kurang mengempam itu.

Dalam masa yang sama, pengambilan suplemen Shaklee juga sangat membantu dalam menjayakan Teknik Power Pumping ini. Ibu disarankan mengambil Set Menyusu Shaklee.

Selamat menuaiii!! :)

Power Pumping Rocks!
Power Pumping Rocks!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan Teknik Power Pumping ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

3 thoughts on “Ibu Kurang Susu? Cuba Teknik Power Pumping”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *