Puting Leper Dan Tenggelam: Pengendalian Selepas Bersalin

Puting Leper Dan Tenggelam
Puting Leper Dan Tenggelam

Berdasarkan entri saya berkenaan jenis puting payudara semalam, ingin saya ingatkan di sini bahawa kebanyakan puting leper dan tenggelam biasanya beransur pulih sebaik bersalin, tanpa memerlukan rawatan yang khusus semasa mengandung.

Oleh itu ibu tidak perlu risau jika rawatan memulihkan puting leper dan tenggelam yang dijalankan semasa mengandung tidak memberikan hasil seperti yang diingini.

Rawatan puting leper dan tenggelam semasa mengandung adalah lebih kepada aktiviti merangsang sahaja.

Apa yang penting ialah sejurus selepas kelahiran, ibu perlu membina keyakinan bahawa anda mampu menyusukan bayi anda.

Pastikan bayi menghisap payudara, bukan puting. Bayi hendaklah memasukkan sebanyak mungkin tisu payudara ke dalam mulutnya. Hisapan bayi akan menarik puting ibu keluar.

Dalam masa yang sama, lakukan lebih banyak sentuhan kulit (skin to skin) agar bayi dapat mengenali payudara ibu. Biarkan bayi belajar untuk melekap dengan sendirinya pada payudara.

Ibu juga perlu memastikan bayi didukung pada posisi yang betul setiap masa sewaktu menyusukan bayi.

Pelbagaikan juga posisi penyusuan. Cari posisi tertentu yang memberikan keselesaan paling optimum bagi ibu dan bayi.

Teknik Picagari Bagi Puting Leper Dan Tenggelam

Seperti gambar dalam entri semalam, ibu boleh menarik keluar puting leper dan tenggelam menggunakan picagari yang diubahsuai seperti berikut:

  1. Potong bahagian hujung picagari yang bertirus.
  2. Keluarkan pelocok picagari dan masukkan semula dari arah bertentangan.
  3. Lekapkan hujung picagari pada puting leper dan tenggelam, tarik perlahan-lahan.

Lakukan teknik picagari ini selama beberapa minit sejurus sebelum menyusukan bayi.

Selain teknik picagari, ibu juga boleh menggunakan pam menyusu, atau pun teknik urutan untuk mengeluarkan puting leper dan tenggelam.

Dalam sesetengah keadaan, bayi dapat menghisap dengan lebih baik jika puting leper dan tenggelam ditarik keluar terlebih dahulu sebelum menyusu.

Jangan lupa juga untuk share panduan pengendalian ini yer, mudah-mudahan manfaat yang ada dapat sama-sama kita sebarkan untuk kebaikan bersama.

Ikuti tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *