Cloth Diapers (Lampin Kain): Kelebihan & Perbandingan

Cloth Diapers Pelbagai Warna & Fesyen!
Cloth Diapers Pelbagai Warna & Fesyen!

Wahhh… Sejak berblog ni, saya teruja nak share apa yang saya buat untuk anak-anak saya, baik dari segi kesihatan, penyusuan dan penggunaan cloth diapers!

Ya, saya dah lama bercloth diapers sejak dari anak pertama lagi. Insya-Allah di entri ini saya akan berkongsi macamana bestnya guna cloth diapers ini! šŸ™‚

Alhamdulillah… sejak pada hari pertama saya berkenalan dengan cloth diapers, saya sudah jatuh cinta!

Mungkin jiwa saya yang sangat sukakan kehidupan yang alami, maka saya tidak susah untuk mencubanya. Cloth diapers yang mula-mula saya beli ialah jenama Bum Genius dan Happy Heinys.

Bum Genius - Masih Utuh Selepas 5 Tahun!
Bum Genius – Masih Utuh Selepas 5 Tahun!

Harganya RM80 setiap satu. Jadi, RM160 untuk kedua-dua cloth diapersĀ itu.

Sedikit demi sedikit saya membeli cloth diapers, ada yang mahal dan ada yang murah. Bagi saya sama sahaja mahal atau murah. Asalkan kita rajin menyalin dan mencucinya, tidak menjadi keberatan untuk berCD sampailah anak kita lepas lampin.

Kenapa saya pilih Cloth DiapersĀ (CD) berbanding lampin pakai buang biasa? Sedangkan lampin pakai buang sangat mudah digunakan, tak perlu penat menyental dan menjemur!

Ini kerana CD lebih banyak memberi kebaikan berbanding keburukan, makakala lampin pakai buang lebih banyak memberi kesan buruk berbanding kebaikan.

Cloth Diapers vs Lampin Pakai Buang

1. Ā Kesihatan & Keselamatan

CD diperbuat daripada kain gentian mikro, campuran buluh dan arang (charcoal). IaĀ lebih sihat dan selamat untuk kulit bayi kerana tidak menggunakan apa-apa bahan kimia seperti lampin pakai buang.

2. Penjimatan

CD menjimatkan kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan ianya boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Manakala lampin pakai buang dibeli setiap bulan.

CD sekarang dah murah, tak macam dulu. 20 keping CD RM40 baru berjumlah RM800 untuk 3 orang anak.

Lampin pakai buang? Paling busuk sehari nak kena guna 3 keping, 15 hari habis sepeket lampin pakai buang 44 keping berharga RM27.90. 2 paket sebulan, guna seawal kelahiran sampai 3 tahun (36 bulan).

Jumlah anggaran ialah RM27.90 x 2 x 36 = RM2,008.80 tau! Itu baru seorang anak!! Kalau 3 orang, bukan RM6,026.40?!

Itu belum masuk musim berak cair di awal kelahiran!

Untuk makluman, CD anak ketiga yang saya gunakan sekarang ialah CD kakak sulungnya!

Ini bermakna CD itu sudah 5 tahun digunakan, selama 3 generasi! Dua jenis CD yang mula-mula saya beli dulu pun masih elok lagi!

RM800 untuk 3 anak, Jimat kan?

3. Pembelajaran

Anak lebih cepat belajar ke tandas kerana kurang selesa dengan basah CD berbanding lampin pakai buang yang sentiasa kering.

Alhamdulillah anak-anak saya 1 tahun setengah dah tak pakai lampin dah samada siang mahupun malam.

Berbanding penggunaan lampin pakai buang, ada yang sampai 4, 5 tahun masih menggunakannya.

4. Saiz Boleh Laras

CD dikeluarkan hanya dua saiz sahaja – newborn dan normal.Ā SaizĀ newbornĀ untuk 2 – 3 bulan pertama manakala saiz normal boleh dilaras saiznya mengikut keselesaan bayi, bermula bayi baru lahir sehinggalah ke umur 4 tahun (3kg – 16kg, mengikut berat anak).

Lampin pakai buang mengikut saiz bayi, golongan bapa akan mengalami kesukaran apabila mendapat SMS dari isteri meminta belikan lampin anak – tak tahu nak beli saiz apa!

5. Penggunaan

CD boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak selagi tidak koyak atau rosak.

Lampin pakai buang hanya diguna sekali, rosak atau tidak pasti dibuang.

6. Kebersihan (Hygiene)

CD boleh dicuci dengan mesin basuh automatik, dan paling bagus dijemur di bawah panas matahari terik.

Haa… bab cuci paling best! Kerana saya sudah menjumpai pencuci CD yang sangat bagus, jimat, semulajadi dan BERKESAN iaitu BASIC H2 daripada Shaklee.

Hanya guna setitik sahaja, terus tanggal segala kotoran. Bau hapak najis pun HILANG SERTA MERTA!!

Ibu-ibu bolehlah cuba, hanya RM38 sahaja untuk 16oz.

Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sampah di rumah kita, kebersihankah itu?

7. Ā Mesra Alam

CD bersifat mesra alam, kerana ia memelihara alam semesta. Bayangkan, kerana CD generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa kita menggunakan CD pada hari ini.

Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagiĀ sisa pepejal yang menjadi masalah sejak bertahun di negara kita.

Ayuh semua, kita bertukar kepada CD!

8. Fesyen

Rekaan CD yang pelbagai corak dan jenis menjadikannya comel untuk si manja, terus boleh keluar rumah selepas menyarungkan CD.

Bayi tidak perlu lagi menyarung panties untuk kelihatan comel!

Lampin pakai buang, ada tak yang tak perlu sarung panties? (Oops, satu idea bisnes yang hebat!)

9. Nilai

CD boleh dijual semula kerana ia mempunyai second-hand value.

Lampin pakai buang pula tiada sebarang nilai.

Kesimpulan Menggunakan Cloth Diapers

Best bukan? Marilah sama-sama kita berCD! šŸ™‚

CD yang anak saya gunakan (seperti gambar paling atas) pun murah sahaja, antara RM20 hingga RM45, jenama Bamboolite, Sun Baby dan Baby Land.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan cloth diapers (CD) ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan sebarang tips kesihatan. Langgani Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA!Ā Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

4 thoughts on “Cloth Diapers (Lampin Kain): Kelebihan & Perbandingan”

  1. Kak b, sy masih confuse tntg mcm mana cara nk mencuci CD..1 lg, mcm mana nk bgtahu pd pengasuh tntg cara handle CD..

    1. Hi miza..
      Cara basuh CD mudah ajer.. sekiranya bb popo, kita kena sembur najis tu dulu ngan air dlm lubang tandas. Sebaiknya paip kita tu jns yg air tajam tu. Biasanya lg cepat najis dpt hilang dr Cd. Atau pun miza boleh gune nappy liner jns yg hancur if kita flashkn dlm lubang tandas. So tandas x tersumbat. (Biasanya k.b gune nappy liner ni masa g kuar rumah@ travel). Sesuai jugak utk pengasuh gune. Jimat masa dia nk handle.

      Miza bgitahu pengasuh yg miza nk guna CD. better bg gune yg jns velcro (jns ni lbh mudah nk pakaikan sbb dia mcm nappy pakai buang) dia x perlu ejas button. Biasanya pengasuh x pndai nk ejas button @ miza boleh ajarkn if nk dia gune button. K.b lbh suke button sbb ia lebih kukuh. Bb x mudah dpt tarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *