Kulit Bayi Cantik Dengan ESP

Inginkan Kulit Bayi Cantik? Amalkan Soya...
Inginkan Kulit Bayi Cantik? Amalkan Soya…

Orang tua-tua pesan, kalau nak kulit bayi cantik, semasa hamil lagi si ibu kena minum soya.

Oleh itu, ramai ibu yang minum berkotak-kotak soya. Bagusnya si ibu, sanggup buat apa sahaja demi inginkan bayi yang dikandungkan itu mendapat kulit yang sihat, cantik dan gebu! 🙂

Namun begitu, tahukah anda bahawa soya kotak itu yang memutihkan kulit bayi itu sebenarnya boleh menyebabkan kulit bayi menjadi sensitif, alergik dan juga boleh mengundang kepada ekzema?

Kenapa ya? Bukankah soya tu bagus? Bukankah soya itu sumber protein dan zat utama dalam pembentukan sel?

Ini kerana soya kotak adalah minuman yang dihasilkan dari kacang soya yang diubahsuai genetiknya. Ia dipanggil Genetically Modified Organism (GMO).

Bagaimana Genetik Diubahsuai?

Dalam industri minuman, sama seperti industri lain, stok adalah nyawa. Tanpa stok yang konsisten, bisnes tak dapat pergi jauh.

Oleh yang demikian, bagaimana minuman soya dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, dalam masa yang singkat dan melibatkan kos yang paling minimum supaya perniagaan beroleh keuntungan?

Di sinilah fungsi GMO. Benih kacang soya dikacuk, disuntik nutrisi buatan dan ditanam di dalam air yang dipenuhi zat-zat dan khasiat-khasiat buatan untuk menghasilkan pokok yang mampu mengeluarkan kacang soya dalam kuantiti yang banyak dan cantik.

Hasilnya, kacang soya yang cantik dalam kuantiti yang sangat banyak. Tetapi khasiat sebenar kacang soya telah berubah, tidak lagi dapat memberikan khasiat yang asli.

Tidak salah minum soya GMO, cuma, yang ingin diketengahkan di sini ialah bagaimana mendapat kulit bayi cantik dengan minuman soya.

Analogi

Ayam Pedaging a.k.a Ayam Daging
Ayam Pedaging a.k.a Ayam Daging

Contoh paling dekat dengan kita ialah ayam daging. Cuba bandingkan dengan ayam kampung. Seekor ayam daging diternak selama 60 hari sebelum cukup besar dan gemuk untuk diproses manakala ayam kampung perlukan 6 hingga 8 bulan hanya untuk sedikit besar dengan kurus.

Kemudian semua orang akur dengan khasiat ayam kampung, kelazatannya, tekstur dagingnya, harganya, yang segalanya lebih daripada ayam daging.

Begitu juga dengan soya. Kerana tujuan komersial, soya bukan lagi soya yang asli. Mungkin lazat, tetapi khasiatnya tiada lagi.

Dapatkan Minuman Soya Non-GMO

Untuk mendapatkan soya yang mempunyai khasiat asli, cuba tanam benih kacang soya asli, besarkan dengan baik tanpa sebarang bahan kimia, tanam di tanah yang asli, siram dengan air yang semulajadi, bajakan dengan baja organik.

Cukup masa yang panjang, tuai kacang soya, basuh dengan air bersih, rendamkan semalaman, kisar sehingga lumat dan perah airnya.

Untuk mendapat kulit bayi cantik, ibu perlu amalkan minuman ini sedari awal kehamilan sehingga bersalin. Sanggupkah ibu-ibu sekalian?

Sanggupkah bapa-bapa menanam dengan konsisten dan penuh kesabaran?

Alternatif Minuman Soya Non-GMO

Jika rasa sukar, mari tiru pengalaman saya. Cubalah ESP dari Shaklee. Diperbuat dari kacang soya Non-GMO, 100% semulajadi, selamat dan berkesan!

ESP Soy Protein Isolate Powder
ESP Soy Protein Isolate Powder

Minum ESP sepanjang tempoh kehamilan, insya-Allah keinginan mendapat bayi kulit cantik akan menjadi kenyataan. Bukan sekadar cantik, malah anjal, gebu, lembab, putih, mulus dan lasak.

Atiqah Kulit Bayi Cantik!
Atiqah Kulit Bayi Cantik!

Kulit bayi cantik yang tidak sensitif terhadap persekitaran, cepat baik jika luka atau digigit serangga, tidak melecet dengan lampin, serta sukar mendapat sebarang jenis penyakit kulit.

Hubungi saya untuk harga istimewa, mahupun untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan kulit bayi cantik ini.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Kulit Bayi Cantik Dengan ESP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *