RELAKTASI – Penyambungan Semula Penyusuan, Boleh Ker?

Relaktasi: Penyambungan Semula Penyusuan
Relaktasi: Penyambungan Semula Penyusuan

Seringkali saya diajukan soalan sebegini:

“baby saya dah 2 bulan stop menyusu. Tapi lepas baby saya minum susu formula, dia selalu jer tak sihat. Jadi, saya bercadang nak menyusu semula bayi saya. Boleh ke? susu macam dah tak berapa keluar jer ni :(“

Secara ringkasnya, insya-Allah boleh. Mari kita lihat kupasannya.

Apa yang penting ialah keinginan ibu dari hati. Keinginan hanya lahir dengan pemahaman yang betul.

Apa Maksud Relaktasi?

Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas ibu tidak menyusu selama beberapa minggu atau bulan, sehingga menyebabkan susu kering.

Oleh yang demikian, proses ini bukanlah suatu yang mudah. Susu ibu tidak akan terhasil hanya dengan sekali rangsangan. Ia memerlukan rangsangan yang kerap dan konsisten, serta kesabaran dan kestabilan emosi yang tinggi. Proses ini dinamakan Relaktasi.

Sebab itu penting untuk saya tegaskan, apa yang penting ialah KEINGINAN ibu itu sendiri. Mestilah dari hatinya yang tulus, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Faktor Kejayaan Proses Relaktasi

Ibu perlu yakin bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Untuk menjayakan relaktasi, beberapa faktor perlu ibu ketahui. Antaranya:

  1. Berbalik kepada fitrah
  2. Tempoh tidak menyusu
  3. Usaha berganda
  4. Sistematik
  5. Psikologi
  6. Sumber nutrisi

Berbalik Kepada Fitrah

Secara fitrah, wanita mempunyai pelbagai hormon, termasuk hormon oxytocin dan hormon prolaktin yang menghasilkan susu setiap kali ibu melahirkan anak.

Bagi wanita yang tidak hamil tetapi ingin menyusui anak (anak angkat), wanita itu boleh menyusu dengan mengambil pil hormon mengikut nasihat doktor seperti pil Domperidone, mahupun dengan pengambilan suplemen penghasilan susu ibu.

Hormon ini tidak ada pada lelaki. Ia merupakan suatu anugerah Allah s.w.t istimewa kepada golongan wanita.

Oleh itu yakinlah dari hati bahawa apa yang ibu ingin lakukan ini adalah bertepatan dengan fitrah seorang wanita bergelar ibu.

Tempoh Tidak Menyusu

Semakin lama tempoh ibu tidak menyusu, semakin lama proses rangsangan semula ini akan diperlukan, sebelum ibu mendapat susu sepertimana yang diinginkan.

Ibu yang berhenti menyusu selama satu tahun pastinya memerlukan tempoh rangsangan yang lebih lama berbanding ibu yang berhenti menyusu selama enam bulan.

Pastikan ibu membulatkan tekad sedari awal lagi, supaya ibu tidak berputus asa atau down.

Usaha Berganda

Usaha ini tidak boleh disamakan dengan situasi di awal kelahiran bayi. Pada waktu itu dengan adanya hormon oxytocin dan prolaktin, kadar penghasilan susu sangat tinggi.

Namun begitu, ibu jangan berasa susah hati kerana ibu masih berpotensi untuk menyusui anaknya semula.

Apa yang penting ialah tekad, sentiasa bersemangat, tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif. Sentiasa bayangkan susu akan keluar, dan bayi hendakkan susu itu.

Dalam masa yang sama, usaha perlulah berganda daripada biasa! đŸ™‚

Sistematik

Ibu perlu membuat jadual mengepam susu, supaya ada guideline bagi mengelakkan terlupa atau hilang arah. Kemudian cuba disiplin ikut jadual.

Untuk mengepam, sebaiknya gunakan pam elektrik kerana keperluan power pumping yang gigih amat perlu dalam situasi ini.

Walaupun susu tidak keluar atau keluar sedikit sahaja, ibu mesti teruskan juga di samping bergigir-gilir memberikan susu formula dan menyusu secara berganti-ganti.

Semasa beri susu formula, elakkan melalui botol susu, tetapi gunakan sudu atau cup (cawan). Ini bertujuan supaya bayi tidak terkeliru antara botol dan payudara ibu.

Sistem Bantuan Penyusuan (SNS) Medela
Sistem Penyusuan Tambahan (Supplemental Nursing System) dari Medela

Bagi ibu yang rasa perlu, boleh dapatkan Sistem Penyusuan Tambahan (SNS) dari Medela.

Psikologi

Ibu perlu menjaga emosi setiap masa. Cara yang paling mudah, sentiasa bergurau senda dengan bayi seperti dakap, cium dan buatkan bayi ketawa.

Sentuhan antara ibu dan anak sangat membantu dalam memujuk anak supaya menyusu semula, di samping menstabilkan emosi ibu.

Sambil bergurau senda, ibu boleh suakan puting payudara kepada bayi. JANGAN sesekali memaksa kerana ia tidak membantu.

Selain itu, ibu boleh cuba tawarkan bayi menyusu pada waktu malam semasa bayi terjaga nak minum susu. Sewaktu bayi sedang mamai potensi untuk lekapkan mulutnya pada puting payudara sangat tinggi.

Sumber Nutrisi

Ibu juga boleh mengambil suplemen untuk keperluan nutrisi yang cukup supaya tubuh si ibu dapat menghasilkan susu dengan cepat.

Tetapi haruslah diingat, suplemen hanyalah sekadar membantu dalam menjayakan proses relaktasi sahaja. Tanpa usaha dan doa daripada ibu sendiri, kejayaan adalah mustahil.

Hubungi saya untuk harga istimewa, mahupun untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan relaktasi.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *