Panduan Memilih Bisnes: Apa Maksud “Bisnes”?

Panduan Memilih Bisnes: Membuka Butik & Restoran Sering Menjadi Impian Ramai
Panduan Memilih Bisnes: Membuka Butik & Restoran Sering Menjadi Impian Ramai

Hampir semua orang yang apabila ditanya tentang minat dalam bisnes, mereka akan jawab “ya”. Jarang kita jumpa jawapan “saya tak minat bisnes” dalam kehidupan normal kita seharian.

Namun jika ditanya bisnes apa, majoriti akan jawab “tidak pasti”, “belum tahu” atau “apa-apa sahaja”. Jarang yang jawab spesifik kepada apa yang mampu mereka kotakan.

Tiada Sasaran Jelas

Majoriti jawapan yang ada cumalah jawapan atas angin. Sebagai contoh, seorang doktor menjawab, “saya nak buka restoran.”¬†Seorang pelanggan apabila ditanya semasa membeli belah di sebuah butik pakaian menjawab, “saya nak buka butik.” Rakan saya pula menjawab, “aku nak buat produk sendiri.”

Mengapa saya katakan jawapan atas angin? Kerana jawapan-jawapan ini tidak membawa motif lain, melainkan syok tengok duit keluar masuk sambil membayangkan duit itu duit mereka.

Sebenarnya tidak ada istilah “minat berbisnes”. Percaya atau tidak, mari kita rungkaikan dalam entri panduan memilih bisnes ini.

Maksud Perkataan Bisnes

Maksud “bisnes” itu sendiri sudah tidak membenarkan seseorang itu minat dalam bisnes. Apa maksud bisnes? Menjual? Berjual beli? Berniaga? MLM? Cari orang? Semuanya kurang tepat.

Cuba tanya diri anda, adakah anda minat bisnes? Jika anda jawab ya, cuba tanya dengan ayat lain:

  1. Anda minat menjual?
  2. Anda minat cari orang?

Bila tanya bisnes, kata minat. Bila tanya menjual, cari orang, tak minat. Jadi, “bisnes” itu apa sebenarnya?

Bisnes maksudnya berurusan. Anda minat berurusan? Wujudkah orang minat untuk berurusan? Berurusan apa? Macam tergantung jer ayat tu.

Nampak tak? Bisnes tidak boleh diletakkan minat. Tiada istilah “minat berbisnes”, kerana tiada istilah “minat berurusan”.

Yang ada ialah minat terhadap sesuatu. Yang anda nampak orang kira duit itu ialah aktiviti dalam bisnes, atau aktiviti dalam berurusan. Ia baru satu daripada ratusan aktiviti yang dilaksanakan dalam berurusan.

Apa Sebenarnya Minat Anda?

Jika anda minat mengira duit, sila mohon jawatan juruwang.

Jika anda minat baju-baju cantik, sila beli semua baju dalam butik pakaian yang anda minat kemudian gantung di dalam bilik anda seperti yang anda tergila-gilakan dalam butik tadi.

Jika anda mengimpikan untuk mempunyai kilang-kilang pemprosesan produk anda sendiri, teruskanlah untuk bermimpi mengira untung!

Panduan Memilih Bisnes

Panduan memilih bisnes bererti panduan memilih urusan.

Untuk memilih urusan, anda tidak perlu berfikir jauh. Apa yang anda hidup dengannya setiap hari adalah urusan anda.

Apa yang kurang dalam urusan seharian anda? Apa yang tak kena? Apa yang boleh dipermudahkan? Apa yang orang lain akan suka apabila anda sediakan?

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “bisnes” – memenuhi kehendak & keperluan diri sendiri & orang lain.

Anda cuma perlu pilih satu urusan dalam banyak-banyak urusan hidup anda setiap hari, untuk dijadikan urusan yang diutamakan.

Ilustrasi Panduan Memilih Bisnes

Sebagai contoh, anda suka makan keropok. Ada satu produk keropok yang anda sangat suka.

Kemudian anda perasan ada sesuatu yang tak kena pada keropok itu, yang anda boleh perbaiki.

Mungkin gerai keropok itu terlalu jauh dari anda, sehingga menimbulkan masalah untuk anda merasa keropok itu setiap hari.

Mungkin keropok itu bungkusannya tidak cantik, dan anda ada idea yang sangat hebat yang mampu meningkatkan selera anda terhadap keropok itu.

Mungkin peniaga itu menjual keropok sahaja, tiada pisang goreng. Atau, keropok dengan pisang goreng sahaja, tiada air minuman.

Peluang Dalam Kelemahan

Walau apa pun kelemahannya, di situlah wujudnya peluang anda untuk berbisnes. Ingat, bisnes BUKAN tentang duit, tetapi tentang urusan memenuhi kehendak & keperluan diri sendiri & orang lain.

Cari satu urusan dalam hidup anda yang boleh anda utamakan berbanding urusan lain.

Dua pilihan, membuat usahasama atau usahakan perniagaan lain. Pilihan ini bergantung kepada kekuatan yang anda miliki dan juga situasi yang anda hadapi.

Berfikir dan bertindaklah dengan bijaksana. Sekali ‘terjun’ tiada lagi berpatah balik.

Apa pun, tak perlu saya membebel panjang, yang penting asas mesti kukuh, maksud mesti jelas, sasaran mesti tepat!

Ikuti kupasan saya esok, bahagian kedua dalam strategi memilih bisnes, faktor-faktor utama yang harus dipertimbangkan.

Komentar Anda Dialu-Alukan

Ringan-ringankanlah jari anda untuk berdiskusi tentang panduan memilih bisnes ini melalui saluran komen di bawah.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan panduan memilih bisnes.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Panduan Memilih Bisnes: Apa Maksud “Bisnes”?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *