Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya (1)

Dua hari lepas saya berkongsi tips memilih bisnes. Berdasarkan tips tersebut, saya telah memilih Shaklee.

Namun begitu memilih sahaja tanpa tindakan YANG BETUL tidak akan menghasilkan output yang diinginkan.

Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya!
Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya!

Dalam bahagian 1 ini saya akan berkongsi tips menjadi pengedar Shaklee yang berjaya di peringkat awal.

Dalam bahagian 2 minggu hadapan saya akan terangkan pula tips menjadi pengedar Shaklee yang berjaya di tahap pemimpin.

Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya!

Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam Shaklee. Ada yang boleh berjaya sendiri dan ada yang memerlukan bantuan dari upline.

Dalam bisnes Shaklee, idea awalnya sama seperti bisnes lain. Sama seperti menjalankan perniagaan farmasi, sama seperti menjual keropok, sama seperti menjual rumah dan kereta, sama seperti menjual kacang di tepian jalan.

Apakah ideanya? Hanya satu, menyediakan keperluan pelanggan. Farmasi juga menyediakan keperluan pelanggannya, penjual keropok juga begitu. Tidak terkecuali penjual rumah dan kereta, sama seperti penjual kacang di tepian jalan.

Bagaimana ingin tahu apa yang pelanggan mahukan? Tak susah, pilih satu anda dua, atau pilih kedua-dua berikut:

  1. Kenali prospek anda, atau
  2. Buatkan prospek kenal anda.

Maksudnya Kena Cari Orang Ker?

Kena Cari Orang Ker?
Kena Cari Orang Ker?

Tidak, prospek telah pun wujud di sekeliling anda, terutama dalam lingkungan sosial anda. Tidak perlu dicari lagi.

Kenali Prospek

Kenali prospek bermaksud tahu apa yang prospek sebenarnya perlukan tanpa perlu mereka maklumkan kepada anda, kerana biasanya prospek pun tak tahu mereka memerlukan sesuatu yang kita jual.

Contoh, pakcik anda yang selalu ke surau. Cuba tawarkan ubat sakit lutut. Biasanya kalau dia tak ambil pun pasti ada jemaah suraunya yang memerlukan.

Pendek kata, selalu bayangkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh orang sekeliling anda. Ada rakan yang sakit darah tinggi? Ada sahabat yang anaknya tak lalu makan? Ada jiran yang sakit batu karang?

Atau mungkin bos anda ada masalah kolestrol? Anak buah yang selalu batuk-batuk dan selesema? Pekerja anda yang selalu MC?

Cuba tawarkan apa yang anda rasa mereka perlukan. Itulah teknik kenali prospek.

Ingat lagi maksud “bisnes”? Bisnes bukan tentang duit, tetapi tentang apa? Dah lupa ker?

Buatkan Prospek Kenal Anda

Buatkan prospek kenal pula bererti meletakkan tanda bahawa anda pengedar Shaklee. Sebagai contoh, meletakkan logo Shaklee Independent Distributor (SID) pada gambar profil Facebook anda.

Ada juga yang meletakkan signage SID di pagar rumah, tampal stiker di belakang kereta dan tiang-tiang elektrik, menggantung banner di tempat-tempat awam, meletakkan banting di kaki-kaki lima, dan pelbagai jenis kreativiti lagi.

Ini semua bertujuan memberi bayangan kepada orang sekitar bahawa anda ada boleh sediakan produk Shaklee kepada mereka.

Berikan Masa

Berikan Masa, Jangan Mudah Putus Asa, Permulaanlah Biasanya Paling Sukar!
Berikan Masa, Jangan Mudah Putus Asa, Permulaanlah Biasanya Paling Sukar!

Kedua-dua teknik ini memerlukan masa untuk berhasil. Anda cuma perlu lakukannya tanpa henti secara konsisten, lambat laun pasti ada yang tersangkut.

Yang menariknya, biasanya pelanggan yang anda peroleh dengan kedua-dua teknik ini akan membuat pesanan ulangan setiap bulan.

Berikan juga masa kepada diri sendiri untuk mengenali produk, selain mengasah kemahiran berinteraksi dan membuat jualan.

Insya-Allah berkat usaha, tak dapat sebulan pun dua tiga bulan, pasti akan mencecah transaksi antara RM9,000 hingga RM10,000 sebulan.

Amaun inilah tali pengukur kejayaan anda sebagai pengedar Shaklee di peringkat awal.

Bagi anda yang rasa mustahil, ingatlah, jika ditakdirkan anda berjaya, anda BUKAN orang pertama tetapi yang ke berapa juta yang telah berjaya melakukannya.

Tips Anda Dialu-Alukan

Sekiranya anda mempunyai sebarang tips yang boleh dikongsi bersama orang-orang baru, ringan-ringankanlah jari anda untuk menzahirkannya melalui saluran komen di bawah.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA yang lebih mendalam berkenaan tips menjadi pengedar Shaklee yang berjaya.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *