Pengurusan Menaikkan Berat Badan

Sebelum ini kita telah bincang tentang cara makan dan teknik senaman yang boleh menaikkan berat badan.

Namun masih tinggal satu perkara lagi yang harus diberi perhatian untuk memastikan usaha menaikkan berat badan berjalan dengan benar-benar berkesan, iaitu pengurusan menaikkan berat badan.

Pengurusan menaikkan berat badan.
Pengurusan menaikkan berat badan.

Dalam bab pengurusan menaikkan berat badan ini, penekanan adalah lebih kepada perkara-perkara tambahan yang perlu anda tahu dan lakukan selepas memulakan pemakanan dan senaman.

Pengurusan Menaikkan Berat Badan

Berat badan TIDAK naik dengan hanya satu sesi makan banyak.

Anda perlu tahu bahawa cara badan mengedarkan lemak sebahagian besarnya adalah ditentukan oleh genetik, dan tidak boleh diubah secara pemakanan sahaja.

Jika anda mempunyai berat yang lebih di bahagian perut tetapi anda ingin memberatkan bahagian punggung, cara terbaik ialah bina otot punggung, bukan dengan makan lebih banyak.

Jumpa doktor.

Jika anda tidak boleh menambah berat badan walaupun mengikut langkah-langkah di atas, setkan temujanji dengan doktor anda.

Jumpa doktor adalah salah satu pengurusan menaikkan berat badan.
Jumpa doktor adalah salah satu pengurusan menaikkan berat badan.

Anda mungkin mempunyai beberapa faktor perubatan lain yang menghalang badan anda daripada menyerap lemak dan pembinaan otot.

Timbang berat anda pada masa yang sama setiap hari.

Berat badan boleh turun dan naik sepanjang hari. Oleh itu, cuba tetapkan satu masa untuk menimbang.

Timbang berat badan setiap hari pada waktu yang sama.
Timbang berat badan setiap hari pada waktu yang sama.

 

Sebagai contoh, jika anda menimbang berat badan anda pada jam 8 pagi, pastikan setiap hari anda menimbang berat badan anda pada jam 8 pagi juga.

Kebanyakan yang saya perhatikan, ramai yang lebih suka menimbang pada waktu pagi, iaitu sebelum bersarapan.

Elakkan makan berlebihan.

Makan berlebihan yang bersilih ganti dengan puasa yang tidak konsisten telah terbukti mempunyai kesan negatif ke atas glukosa dan paras insulin dalam tubuh badan.

Secara tidak langsung juga boleh merosakkan proses metabolik dalam jangka masa panjang.

Jangan makan terlalu banyak.
Jangan makan terlalu banyak.

 

Sebaiknya makan dengan konsisten. Sedikit tetapi acap adalah lebih baik daripada pengambilan kalori yang tinggi dalam satu hidangan sehari.

Insya-Allah anda akan dapat mengumpulkan kalori yang banyak dengan menjarakkan pengambilan kalori sepanjang hari.

Tips Tambahan

  • Minum banyak air. Kekal terhidrat adalah sangat penting untuk tubuh badan anda, terutama ketika badan anda sedang mengalami perubahan.
  • Sentiasa cuba yang terbaik untuk makan secara sihat, walaupun anda ingin menambahkan berat badan, berhati-hati dengan apa yang anda makan.
  • Jangan bina kumpulan otot yang sama setiap hari secara berturut-turut, kerana otot berkembang hanya ketika berehat. Oleh itu cuba bergilir dengan membina kumpulan otot berlainan setiap hari.
  • Pastikan anda mengetahui secara kasar jumlah kalori yang anda ambil setiap hari dan berapa banyak yang anda bakar semasa membuat latihan angkat berat.
  • Semasa latihan angkat berat cuba lakukan antara 6 hingga 8 ulangan sebanyak 5 set. Di antara setiap set rehat sehingga 3 minit sahaja, di samping minum air yang banyak sebelum dan selepas setiap senaman.
  • Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti depresi atau diabetes, ia mungkin menjejaskan keupayaan anda untuk mendapatkan berat badan.
  • Makan makanan yang lebih menggemukkan dan makan jumlah kalori yang lebih daripada yang sepatutnya anda makan.

Peringatan Mesra

  • Makan terlalu banyak makanan yang sejenis adalah sangat tidak sihat. Pastikan anda mengimbangi pengambilan makanan anda dengan daging, bijirin dan sayur-sayuran.
  • Makan terlampau banyak boleh menyebabkan kembung, sakit perut atau kekejangan.
  • Menaikkan berat badan dengan terlalu cepat boleh menyebabkan stretch mark (selulit atau kulit merekah) dan juga kerosakan kulit lain.

Kongsikan Kaedah Anda Di Sini

Jika anda mempunyai sebarang tips atau petua yang berkesan bagi anda, apa kata anda kongsikan di ruangan komen di bawah ini, supaya kita semua beroleh manfaat daripadanya.

Sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui kotak komen Facebook di bawah.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Pengurusan Menaikkan Berat Badan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *