Cara Uruskan EBM Semasa Travel

Semasa anak pertama dulu, saya selalu susah hati bila terima surat arahan hadir kursus. Apa yang saya rungsingkan ialah bagaimana nak uruskan EBM semasa travel.

Cara Uruskan EBM semasa Travel.
Cara Uruskan EBM semasa Travel.

Hari ini saya akan cerita bagaimana saya uruskan EBM semasa travel. Biasanya saya berkursus di Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 6 jam perjalanan dari Marang, Terengganu.

Kebiasaannya setiap kali kursus, saya memang bawa anak-anak saya bersama. Tapi untuk hari ini saya ubah sedikit cerita saya, andaikan saya tidak bawa anak-anak ke tempat kursus.

Ini kerana saya sering diajukan masalah ini oleh ibu yang tidak membawa anak ke tempat kursus.

Cara Uruskan EBM semasa Travel

Sebelum pergi ke tempat kursus, anda hendaklah sahkan dahulu dengan pihak hotel atau tempat penginapan kursus, samada bilik anda dilengkapi peti sejuk dengan ruang beku (freezer) atau tidak.

Maklumkan kepada mereka bahawa anda adalah ibu menyusu dan ingin menyimpan stok EBM anda sepanjang berada di situ.

Jika tiada peti sejuk dengan ruang beku, mohon kebenaran untuk tumpang ruang sejuk beku dapur mereka. Biasanya mereka akan “happy to serve you“.

Bawa bersama cooler box (atau kotak ikan polisterin juga memadai) dan satu kilogram garam memasak untuk digunakan sewaktu pulang dari tempat kursus nanti.

Dalam perjalanan ke tempat kursus, samada menaiki pesawat atau kereta, ibu boleh memerah susu ikut keperluan ibu. Ingat yer, JANGAN tunggu payudara berat dan bengkak baru nak pam.

Pam menggunakan pam jenis manual atau bateri. Sebaiknya semasa sesi mengempam, ibu menggunakan nursing cover atau selendang atau tudung labuh untuk melindungi daripada pandangan orang sekeliling.

EBM yang dipam itu hendaklah disimpan di dalam cooler bag dan mestilah diletakkan di tempat yang terlindung daripada kawasan panas matahari.

Biasanya saya letak di bahagian tepi kaki di bawah kerusi saya. Sekiranya menaiki kereta, sebaiknya penghawa dingin dihalakan juga ke arah cooler bag itu bagi memastikan keadaannya terpelihara.

Semasa saya berkursus di ILIM, saya pernah menyimpan EBM saya di dapur ILIM kerana bilik penginapan saya tidak disediakan peti sejuk.

Sekali lagi, anda jangan takut atau malu untuk meminta kebenaran, mereka biasanya sangat respect ibu yang memperjuangkan susu anaknya.

Semasa sesi berkursus, anda boleh lakukan aktiviti mengempam mengikut keperluan.

Pulang Dari Kursus

Selesai berkursus, anda perlu menggunakan cooler box untuk membawa pulang EBM tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  1. Letakkan surat khabar dalam cooler box kerana surat khabar berfungsi mengekalkan ais beku.
  2. Masukkan ais dalam cooler box, taburkan garam kerana garam berfungsi untuk memastikan ais kekal suhu beku.
  3. Kemudian susun EBM dan lapiskan dengan garam.
  4. Buat selang seli antara EBM dengan taburan garam sehinggalah cooler box penuh.
  5. Akhir sekali, tutup cooler box dan seal dengan cellotape yang tebal, atau letakkan tuala lembab di lapisan paling atas sebelah dalam, supaya haba tidak dapat keluar masuk melalui cooler box tersebut.
  6. Selesai – biasanya akan tahan sehingga 8 jam tanpa cair sedikit pun!

Mudah bukan? Tak susah pun nak tiru cara saya uruskan EBM semasa travel ni.

Anda Pernah Uruskan EBM Semasa Travel?

Jika anda mempunyai sebarang pengalaman uruskan EBM semasa travel, apa kata anda kongsikan di ruangan komen Facebook di bawah ini, insya-Allah bermanfaat untuk semua.

Sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen yang sama juga.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

3 thoughts on “Cara Uruskan EBM Semasa Travel”

  1. Saya kurang pasti cara menyimpan EBM seketika pulang ke kampung suami terletak di Kelantan.. Saya mmg memerlukan tip utk menghadapi masalah ini… Boleh saya dpt kn fon number utk memudahkan sy berinteraksi dengan puan.. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *