Blackout? Freezer Tak Rapat? Selamatkan EBM Sebelum Cair!

Selamatkan EBM Sebelum Cair!
Selamatkan EBM Sebelum Cair!

Ya Allah! Astaghfirullah! Ya Allah ampunilah dosa-dosaku… itu sahaja yang mampu di luahkan oleh seorang yang bergelar ibu apabila blackout atau tiba-tiba tersedar freezer EBM tidak tertutup rapat.

Secara spontan terbayang EBM pasti akan cair! 🙁

Rasa lemah longlai tubuh badan dan anda sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.

Tips Selamatkan EBM Sebelum Cair

Wahai ibu… JANGAN cepat panik. Insya-Allah anda masih sempat untuk selamatkan EBM sebelum cair. Ibu perlu bertenang dan sentiasa berfikirkan yang baik-baik sahaja.

Sekiranya ibu tidak sanggup untuk memeriksanya, ayah kena mengambil alih tugas menjadi penyelamat EBM tersebut daripada membiarkan EBM itu terus cair dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Langkah-langkah yang perlu anda ambil apabila blackout ialah :

1. JANGAN sesekali buka freezer selagi tiada elektrik, walau sekadar ingin memeriksa sahaja. EBM akan tahan beku selama 2 jam sekiranya anda tidak membukanya.

2. Tengok keadaan samada sekejap atau lama blackout. Sekiranya anda rasa lama (melebihi 2 jam), anda perlu tinjau kawasan berhampiran, perhatikan mana-mana rumah atau kedai yang ada bekalan elektrik atau generator. Mohon jasa baik pemilik premis berkenaan untuk tumpangkan EBM anda buat sementara waktu.

3. Sekiranya tiada, anda perlukan cooler box atau sekurang-kurangnya kotak ikan polisterin sebagai tempat penyimpanan EBM kecemasan. Cara-cara mengendalikan penyimpanan EBM semasa blackout adalah sama seperti mengendalikan EBM semasa travel.

4. Sekiranya masih terdapat seakan-akan butir kristal pada EBM, bermakna EBM masih boleh dibekukan semula. Sekiranya tidak, EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.

Jika EBM tidak mampu dihabiskan dalam tempoh tersebut, terdapat beberapa cara EBM tersebut boleh digunakan untuk elakkan pembaziran.

Antaranya:

  • buat siram pokok bunga,
  • buat masker muka ibu sebelum tidur,
  • jadikan aiskrim untuk anak-anak lain,
  • buat puding, atau
  • berikan kepada bayi lain (menjadi anak susuan).

Oleh itu, janganlah bersedih jika anda tidak dapat selamatkan EBM sebelum cair.

Insya-Allah, diharap tidak menjadi kesusahan atau suasana panik dalam memastikan ibu dapat selamatkan EBM sebelum cair sekiranya berlaku blackout atau freezer tak rapat.

Ingatlah, rezeki anak adalah di tangan Allah s.w.t jua. Kita hanya merancang, namun Dialah sebaik-baik perancang.

Pernah Selamatkan EBM Sebelum Cair?

Jika anda mempunyai sebarang pengalaman, pernah selamatkan EBM sebelum cair, apa kata anda kongsikan di ruangan komen Facebook di bawah ini, insya-Allah bermanfaat untuk semua.

Sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen yang sama juga.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Blackout? Freezer Tak Rapat? Selamatkan EBM Sebelum Cair!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *