Macamana Nak Kurus Dengan Benar-Benar Berkesan?

Macamana nak kurus? Siapa boleh bagitau saya?
Macamana nak kurus sebenarnya? Siapa boleh bagitau saya?

Bermacam-macam cara dah buat untuk kurus, dah habis beribu-ribu ringgit beli pelbagai macam ubat kurus termasuklah dari jenama yang tersohor tapi… macamana nak kurus?

Dalam banyak-banyak jenama produk nak kurus, Shaklee juga tidak terkecuali.

Bila ni nak kurus? Saya dah makan ikut aturan yang telah ditetapkan, dah minum air 3 liter sehari, dah tak ambil minuman berkafein, dah tak makan nasi seperti sebelum ini. Semua saya dah buat tapi berat badan tak turun pun?!

Bila dihujani persoalan ini, bukan sahaja customer yang stres, kita sebagai pengedar pun stres jugak kan?

Ya, saya tahu ramai di luar sana yang mengalami situasi begini setiap kali berdepan dengan customer yang mengambil set kurus Shaklee.

Jadi di sini, saya akan memperjelaskan permasalahan ini secara terperinci macamana sebenarnya nak kurus.

Entri ini sesuai untuk mereka yang sedang mencari suplemen kurus, sedang mengambil set kurus bajet Shaklee mahupun rakan-rakan pengedar Shaklee seperjuangan yang saya kasihi.

Bukan senang nak kurus, apatah lagi hanya bergantung kepada ‘ubat’ kurus semata-semata.

Sekiranya ada yang memberi jaminan bahawa ubat kurus keluaran syarikat tertentu dapat menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat, fikir sekali lagi.

Jika benar kesannya cepat maka ia belum tentu selamat untuk jangka masa panjang. Mungkin berisiko membawa padah di kemudian hari. Nak ke?

Jika ada yang beri jaminan ianya selamat dan berkesan (terutama pengedar Shaklee), jangan tertipu.

Set kurus Shaklee BUKAN ubat kurus! Sebab itu ada yang marah-marah apabila impian mereka untuk kurus dengan set kurus Shaklee tidak berhasil.

Baiklah, here’s the point. Untuk kurus anda perlu mahir empat perkara berikut:

  1. Cara perangi nafsu makan yang membuak
  2. Cara makan khasiat, bukan makan sampah
  3. Cara menukarkan makanan kepada tenaga
  4. Cara lalui semua di atas tanpa menyeksakan

Set minda – bukan hidup untuk makan atau makan untuk hidup, tetapi makan untuk dapatkan tenaga. Saya tahu anda tahu teori ini tetapi anda gagal setkan dalam minda dengan betul.

Set minda yang betul dapat membantu dengan banyak, cara anda memerangi nafsu makan yang membuak-buak.

Dalam set kurus Shaklee, terdapat Cinch. Cinch memberi kekenyangan dengan tenaga yang banyak. Dengan pengambilan Cinch, anda dapat perangi nafsu melalui keenakan rasanya dan rasa kekenyangan dari pengambilannya.

Anda juga dapat jauhi makan sampah dengan pengambilan Cinch yang penuh dengan nutrisi semata-mata.

Makanan akan bertukar kepada tenaga apabila wujud aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga.

Makanan akan bertukar kepada lemak yang membuncitkan perut apabila anda tidur selepas kekenyangan.

Sebab itu sangat penting memerangi nafsu makan. Selepas makan, jangan terus duduk atau baring. Untuk menjadikannya mudah untuk diamalkan, cari kerja-kerja ringan selepas makan.

Contohnya basuh pinggan, lap meja, sapu dan mop lantai, siram pokok bunga, cuci tandas, jemur kain atau angkat kain jemuran, bersihkan kipas siling, kemas bilik tidur, dan pelbagai kerja-kerja ringan yang boleh anda ‘cari’ jika anda korbankan sedikit kemalasan.

Set minda juga adalah kunci kepada kemahiran keempat, iaitu untuk melalui proses ini tanpa proses yang menyeksakan.

Anda makan untuk sihat, bukan makan untuk kenyang. Anda sihat untuk hidup, sebab anda tidak mahu hidup dalam sakit. Anda hidup untuk beramal, bukan untuk menurut hawa nafsu.

Anda korban cuma satu tapi dapat banyak manfaat. Anda korban makan (jaga makan), tapi anda dapat kesihatan tubuh, kecergasan badan, kecerdasan otak, bertenaga, peningkatan stamina, kulit cantik dan halus, tubuh harum, mulut tidak berbau, jauh dari penyakit walau di usia tua, dan bermacam-macam manfaat lagi.

Akhir kata, anda tentukan apa yang anda inginkan, bukan anda ditentukan oleh ‘ubat’ kurus anda yang tidak berkuasa itu.

Tahu Cara Lain Macamana Nak Kurus?

Jika anda mempunyai sebarang tips lain tentang macamana nak kurus dengan benar-benar berkesan, apa kata anda kongsikan di ruangan komen Facebook di bawah ini, insya-Allah bermanfaat untuk semua.

Sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen yang sama juga.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Macamana Nak Kurus Dengan Benar-Benar Berkesan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *