Wujudkah Pesakit Kanser yang Kembali Sihat Tanpa Kimoterapi?

Saya & Kimoterapi

Biar saya jelaskan apa yang terjadi sebaik saya ‘memberi jawapan’ tidak melakukan kimoterapi? Sebaik memberitahu pihak hospital akan keputusan saya, ternyata saya langsung tidak dilayan untuk bertemu dengan doktor pakar bagi mendengar pandangan doktor berkaitan laporan CT Scan. Sebaik menerima layanan yang sebegitu ‘mesra’ dari mereka, saya sedikit terkilan.

Saya bercakap sendirian ketika itu.

“Saya baru sahaja disahkan mengidap KANSER dan menolak kimoterapi atas sebab ‘mahu mencari’ rawatan alternatif.”

Tiba-tiba saya disisihkan terus. At least, berilah saya maklumat dahulu sebelum ‘menolak’ saya. Ini langsung tidak dipelawa untuk bertemu. What an attitude?!

sesi kimoterapi

Ketika itu, saya sudah faham satu perkara. Saya faham bahawa kebanyakan DOKTOR dan HOSPITAL tidak akan memberikan sebarang bantuan dari segi moral, maklumat dan panduan dalam apa jua hal untuk pesakit berubat di LUAR.

Dalam erti kata lain, jika saya mahu merujuk ‘rawatan alternatif’ atau ‘diet pemakanan’ pesakit kanser, kebanyakan DOKTOR dan HOSPITAL akan mengabaikan persoalan saya jika saya tidak mengambil kimoterapi.

Asasnya, mereka terpaksa menolak untuk membantu anda jika anda menolak untuk menerima kimoterapi.

“You tolak I, maka I tolak U.”

(Oh ya, perhatikan ayat saya… KEBANYAKAN doktor, bukan SEMUA doktor begitu. Ada juga doktor yang bersikap mesra dan sangat suppportive.)

Cuma, saya berharap adalah lebih bagus jika lebih ramai doktor dan hospital yang bersikap lebih mesra dan supportive.

Kan bagus jika mereka bersikap seperti seorang doktor PAKAR berbangsa cina yang baru saya kenali ini. Saya rahsiakan identiti beliau, yang pasti beliau bekerja di Hospital Besar Kota Bharu.

Selepas saya memberitahu keadaan diri saya kepadanya, saya sangka dia juga akan menyuruh saya membuat kimo. Rupanya tidak.

Dia beritahu,

“kalau ubai tak buat kimo pun it’s ok, saya sedia berikan awak sebanyak maklumat yang perlu untuk awak harungi kehidupan di luar sana. Jaga diri awak baik-baik.”

Kan lebih baik begitu. Kemudian saya bertanya mengapa doktor berkata begitu. Beliau sendiri memberitahu bahawa beliau ada ketumbuhan folip dalam usus (kanser usus) dan tidak melakukan kimo.

Beliau hanya melaksanakan dua perkara. Pertama menjaga diet pemakanan dan kedua sentiasa mengekalkan cari hidup positif.

Suntikan B17

Baiklah, saya ingin memberitahu pembaca berkaitan rawatan SUNTIKAN B17.

RAWATAN AWAL LEATRILE B17 (Suntikan B17) MENERUSI SEORANG SAUDARA SAYA IAITU TUAN HAJI WAHAB.

Setelah saya memilih untuk tidak menjalani kimoterapi, maka saya telah membebankan diri sendiri dengan dua persoalan utama.

Wujudkah pesakit kanser yang kembali sihat tanpa kimoterapi? Jika wujud, di mana mereka dan bagaimana mereka merawat kanser tersebut?

Bermulalah perjalanan pertama saya mencari jawapan. Saya memberitahu beberapa rakan sepejabat dan mereka berusaha membantu saya.

Di sini pentingnya berkongsi ‘situasi penyakit’ kepada rakan-rakan yang baik. Jangan tanggung sendirian dan merahsiakan dari orang yang kita rasakan mampu membantu.

Ternyata, memang wujud pesakit kanser yang kembali sihat tanpa kimoterapi. Perhatikan ayat saya “KEMBALI SIHAT” dan saya tidak nyatakan “SEMBUH SEPENUHNYA”.

(Untuk perhatian pembaca, sel kanser sentiasa wujud dalam diri semua orang. Ia tidak boleh dibuang sepenuhnya. Jika seseorang itu kembali sihat dari gangguan serangan kanser… bermakna dia sudah normal walaupun belum pulih sepenuhnya.)

Perawat B17 Tuan Haji Wahab

RA Al-Ikhwan Marketing B17 Management Team

Saya diperkenalkan oleh rakan sekerja saya dengan seorang perawat yang dikenali sebagai Tuan Haji Wahab. Setelah bertemu dan berkenalan dengan beliau, rupanya beliau adalah salah seorang dari ahli keluarga jauh saya.

Sewaktu saya menemui Tuan Haji Wahab, keadaan saya agak kritikal. Setelah menjalani pembedahan biopsi di hospital, kesan biopsi menjadikan kanser saya sangat agresif.

Memang diakui oleh kebanyakan doktor, seorang pesakit yang mengidap kanser yang melakukan pembedahan biopsi akan menjadikan kansernya agresif dan merebak dengan lebih teruk.

Kerana itu ada sebahagian doktor yang yakin seseorang mengidap kanser melalui CT Scan dan pemeriksaan lain, biasanya mereka tidak menggalakkan BIOPSI kerana kesannya akan menjadi lebih BURUK.

Justeru, saya menasihati pembaca yang ingin menjalani biopsi atas apa sahaja tujuan – anda perlu menanggung risiko buruk jika anda disahkan pengidap kanser. Namun, jika ia bukan kanser maka anda tidak akan mengalami kesan sampingan yang teruk.

Baik, perawat saya iaitu Tuan Haji Wahab adalah orang PERTAMA yang membantu saya melalui waktu PALING SUKAR dalam hidup.

Saya yang diibaratkan seperti orang buta yang tidak tahu jalan keluar, langsung mendapat harapan sebaik menemui beliau. Saya ingin jelaskan bahawa Tuan Haji Wahab adalah pengidap empat kanser, iaitu kanser perut, kanser payudara, kanser otak dan kanser rektum.

Beliau mula dijangkiti kanser dari tahun 80-an dengan mendapat kanser usus. Setelah menjalani rawatan di hospital, kanser itu menjangkiti payudara beliau. Akhirnya, beliau mencari alternatif rawatan sendiri. Dari situ, beliau mengamalkan vitamin B17.

Untuk makluman, selepas beliau mengamalkan rawatan B17 dan menjaga diet pemakanan termasuk melazimi jus kanser, beliau masih belum sembuh 100% dari kansernya.

Namun, keadaan beliau stabil dan sihat, serta mampu menjalani kehidupan dengan baik. Malah beliau mampu membantu pesakit kanser lain menerusi rawatannya.

Lihat! Memang ada orang yang mampu menghadapi kanser tanpa kimoterapi. Selama lebih 20 tahun mengidap kanser, beliau masih hidup dan aktif bekerja. Ini bukan cerita dongeng, malah ini satu fakta.

Untuk mengetahui kos dan perincian berkaitan rawatan. Saya mencadangkan tuan puan menghubungi beliau sendiri menerusi Facebook dan merujuk blog beliau:

www.facebook.com/pages/RA-Al-Ikhwan-Marketing-at-B17-Supplement-for-Cancer/148421898593518

b17remedikanser.blogspot.com/p/blog-page_1.html

Rawatan Suntikan B17 Tidak Murah

Saya tidak menafikan ada banyak orang yang ingin membantu pesakit kanser yang mempunyai DUIT. Malah, orang sakit selalunya akan bersedia melaburkan wang sebanyak mana yang boleh.

Justeru, saya ingatkan bahawa rawatan ini menelan belanja yang mahal dan perlu kepada penilaian demi penilaian. Hati-hati jika memilih perawat.

Setakat perbandingan secara peribadi, kos rawatan yang ditetapkan oleh Tuan Haji Wahab adalah jauh lebih rendah berbanding kos di pusat rawatan alternatif lain.

Malah Tuan Haji Wahab menggunakan khidmat jururawat dan juga Pembantu Doktor yang bertauliah serta bersijil, bukan orang sebarangan yang diizinkan melakukan suntikan tersebut.

Ini bermakna, proses dibuat dengan menepati piawaian perundangan.

Justeru, jika mahu melakukan rawatan suntikan B17, ia wajar terutamanya bagi pesakit kanser yang mengidap kanser yang agresif. Ia akan mampu menjadikan kanser kembali pasif dan memberi peluang untuk tubuh badan kembali pulih secara beransur-ansur.

Suntikan adalah lebih cepat kesannya daripada makan kapsul atau serbuk. Suntikan akan terus masuk ke dalam darah tanpa perlu melalui proses pencernaan. Ia sangat efektif, cepat dan berkesan.

Bagi yang ingin menghubungi beliau, boleh dapatkan nombor telefon di blog beliau. Klik link di atas untuk mendapat maklumat penuh dan berhubung dengan beliau sendiri.

Sekian, wassalam.

Komentar

comments

Published by

A. Ubaidillah bin Alias

Memegang ijazah Usuluddin (Hons), Syukbah Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dengan Siti Hawa bte Faisal, mempunyai dua cahaya mata, Khadijah Mukhlisah & Amin Mukhlis. Bekerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri (N41). Pernah berkhidmat sebagai guru Al-Quran di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat. Pernah menerbitkan buku menerusi PTS Millennia Publications and Distributors, KarnaDya Solutions dan Kemilau Publika. Fasilitator Belia dan Sukarelawan Antarabangsa Rakan Muda. Penceramah dan Motivator Remaja dan juga seorang Blogger. Lihat profil terperinci di blog ustazcinta.com.

2 thoughts on “Wujudkah Pesakit Kanser yang Kembali Sihat Tanpa Kimoterapi?”

  1. As Salam,

    saya baru sahaja kehilangan abang (7/3/15) kesan dari rawatan kimoterapi,,arwah mengidap Kanser darah (Acute Leukemia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *