Set Skin Care Untuk Kulit Kering

Kulit kering, muka kusam, tak sekata, kelihatan garis-garis halus di dahi, atas hidung dan dekat bibir. Bibir pun menggelupas jer. Sesekali kelihatan jeragat-jeragat halus mula kelihatan.

“Arghhhh…. Adakah aku sudah kelihatan tua sebelum usia sebenar? Oh tidak!”

Kulit kering, muka kusam, tidak sekata!
Kulit kering, muka kusam, tidak sekata!

Hampir setahun jugak saya mengalami masalah kulit muka kering ini. Saya perasan, kulit saya kering sejak saya mengandungkan anak kedua.

Saya fikir, ia adalah disebabkan oleh hormon semasa mengandung. Selepas bersalin, kulit saya masih kering, diikuti pula oleh jerawat di dahi. Memang saya sangat tidak selesa.

Saya bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan set skin Care yang berlambak-lambak di jual di pasaran sekarang. Setiap produk, saya akan kaji dahulu dari segi kelulusan KKM, bahan-bahannya dan tindak balas sesuatu produk itu terhadap kulit seseorang.

Saya paling tidak suka kesannya “menggelupas” sehingga menipiskan kulit muka. Saya juga tidak suka set skin care yang menukarkan kulit asal sehingga muka menjadi lebih putih daripada tangan.

Atas nasihat suami, saya telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan yang tersohor di Kuala Terengganu. Semasa sesi rawatan, beautician mengatakan jenis kulit muka saya ialah kering di dalam dan kering di luar.

Saya dinasihatkan supaya tidak menggunakan sebarang jenis pencuci muka jenis sabun ataupun berbuih. Menurutnya, jenis kulit kering perlukan pencuci muka jenis lotion sahaja.

Kajian Set Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Maka bermula dari situlah saya mula membuat kajian tentang set skin care untuk kulit kering yang sesuai dengan saya. Melalui kajian dan pemerhatian saya, set skin care untuk kulit kering daripada Shaklee adalah yang terbaik.

Oleh itu, saya tidak teragak-agak untuk mencuba Enfuselle dari Shaklee. Di sini saya senaraikan set-set skin care untuk kulit kering  dan sensitif daripada Enfuselle ini dan ia sesuai untuk mereka yang berusia 25 tahun ke atas.

Hydrating Cleansing Lotion
Hydrating Cleansing Lotion (177ml) RM177.00

Hydrating Cleansing Lotion bertindak sebagai pencuci muka dan leher, membuang segala kotoran dan bahan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit, memberikan tona kulit yang sekata dan PH yang seimbang. Urut-urutkan sahaja di muka dan leher anda. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hydrating Toner
Hydrating Toner (177ml) RM78.75

Hydrating Toner, sebaiknya gunakan jari jemari anda untuk menyapu toner di muka anda. Ia lebih berkesan daripada menggunakan kapas muka. (cara ini beautician yang ajar). Tunggu toner itu kering. kemudian tepuk jari jemari anda perlahan-lahan di muka. Ini bertujuan untuk memberi serapan kepada toner itu meresap ke dalam kulit muka anda.

Hydrating Moisturizer
Hydrating Moisturizer (48g) RM97.50

Hydrating Moisturizer memberikan kelembapan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembab bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Ia sesuai dipakai pada waktu siang dan malam.

Eye Treatment
Eye Treatment (14ml) RM52.50

Eye Treatment mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata anda. Ia juga dapat mengurangkan kemunculan garis-garis halus tersebut. Di samping itu juga, ia dapat menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Set skin care untuk kulit kering daripada Enfuselle ini sangat jimat dan berkesan. Saya telah menggunakannya hampir setahun dan ia ternyata dapat membantu mengatasi masalah kulit kering saya.

Di samping penjagaan luaran, saya juga turut mengamalkan vitamin-vitamin untuk rawatan dari dalaman yang terdiri daripada Vitamin C, B-Complex, GLA Complex dan juga ESP. Ternyata ia dapat memberi kelembapan kepada kulit saya secara semulajadi.

Kini, kulit saya sudah tidak kering lagi! 🙂

Sudi-sudilah untuk share pengalaman ini di media sosial, mudah-mudahan menjadi manfaat kepada orang lain yang mungkin memerlukan.

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

3 thoughts on “Set Skin Care Untuk Kulit Kering”

  1. Hydrating Cleansing Lotion (177ml) RM77.00
    Hydrating Toner (177ml) RM78.75
    Hydrating Moisturizer (48g) RM97.50
    Eye Treatment (14ml) RM52.50
    Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet) RM92.50
    B-Complex (120 tablet) RM53.75
    GLA Complex (50 sofgel) RM91.25
    ESP (850g) RM150.00
    Penghantaran RM10.00 (RM20.00 Sabah/Sarawak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *