Rahim Lemah dan Selalu Keguguran: Pengalaman Dua Kali Cukup Bermakna

Sekian¬†lama menanti kehadiran cahaya mata, namun seringkali gagal disebabkan oleh rahim lemah. ūüôĀ

Baru sahaja dikhabarkan berita kehamilan, rupa-rupanya hanya dipinjamkan sekejap sahaja untuk merasai nikmat kurniaan itu. Kemudian disahkan mengalami keguguran pula.

Rahim lemah dan selalu keguguran

Hancur luluh hati si ibu.

Atasi Rahim Lemah dan Selalu Keguguran

Antara tips untuk mengatasi rahim lemah dan selalu keguguran ialah:

1.  Rehat

Banyakkan rehat pada trimester pertama kehamilan kerana kandungan belum cukup matang. Elakkan melakukan aktiviti lasak walaupun hanya kerja-kerja rumah yang asas seperti mop lantai, berkebun dan sebagainya.

2. Elak Travel

Elakkan travel dalam jarak jauh samada menaiki kenderaan darat atau udara. Sekiranya anda dikehendaki pergi atas urusan kerja, mohon surat pengecualian hadir daripada doktor.

Saya pernah mendapat surat pengecualian ini ketika mengandungkan anak pertama dahulu di mana doktor tidak membenarkan saya menaiki pesawat untuk ke Sarawak atas urusan kerja pada waktu itu, dan juga melarang memandu sendiri kereta ke masjid-masjid untuk mengajar (tugas hakiki).

Dalam tempoh trimester pertama ini, seorang pemandu jabatan telah ditugaskan untuk menghantar dan menjemput saya pergi dan balik untuk setiap sesi mengajar di masjid-masjid.

Bukan nak mengada-ngada tetapi demi keselamatan bayi dalam kandungan untuk ketiga kalinya,¬†yang¬†pada waktu¬†itu saya sudah dua kali mengalami keguguran, disyaki¬†akibat aktiviti harian biasa yang melibatkan¬†gegaran yang sangat kecil.¬†ūüôĀ

3. Kawal Hubungan Intim

Dalam trimester pertama ini juga elakkan air mani suami daripada memasuki ruang rahim kerana hormon air mani yang normal biasanya bertindak ‘membuka’ rahim untuk masuk mencari telur. Rahim yang sensitif akan mengakibatkan keguguran.

Sebolehnya kurangkan juga ‘bersama’ suami sehingga tamat trimester pertama, untuk elakkan gegaran pada rahim, yang juga boleh mengakibatkan keguguran, sama seperti perbandingan dengan aktiviti harian tadi.

Waktu sebegini sangat memerlukan tolak ansur dan pengorbanan yang kukuh antara suami isteri.

Doktor yang memeriksa kandungan saya mengadakan sesi penerangan eksklusif kepada saya dan suami berkenaan risiko ini, demi untuk memberi pemahaman yang betul tentang keguguran yang telah berlaku sebanyak dua kali itu.

4. Jangan Angkat Berat

Jangan sesekali mengangkat apa-apa yang berat. Angkat berat memberi tekanan berlebihan kepada perut yang sekaligus memberi tekanan juga kepada rahim.

Angkat bakul kain untuk dijemur, dukung anak yang berusia satu hingga dua tahun, juga merupakan aktiviti angkat berat.

5. Kurma

Makan kurma Ajwah (kurma nabi) 7 biji sehari setiap hari, kerana kurma tersebut sangat membantu dalam menguatkan rahim.

6. Surah Amalan

Amalkan juga surah Al- Hijr ayat 97, 98 dan 99 dan usapkan di perut anda seberapa kerap yang mungkin. Mohon pada Allah s.w.t supaya rahim anda kuat.

Doa kuatkan rahim dari surah Al-Hij'r ayat 97, 98 & 99.
Doa kuatkan rahim dari surah Al-Hij’r ayat 97, 98 & 99.

Terjemahannya:

Ayat 97: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98: Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99: Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

7. Suplemen

Amalkan minum ESP setiap hari sebelum makan pagi. ESP merupakan protien soya yang sangat membantu menguatkan rahim.

ESP Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00.
ESP Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00.

Bagi ibu yang pernah keguguran, ESP membantu mengelakkan keguguran berulang selain berupaya membentuk janin dengan sempurna dan sihat.

ESP bukan sahaja membuatkan kulit bayi cantik tetapi juga yang paling penting bebas alergi!

Amalan set kehamilan Shaklee yang lengkap juga adalah pilihan yang lebih baik.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *