Istimewanya Shaklee: 5 Sebab Saya Masih Di Sini!

Shaklee adalah satu jenama yang tidak asing. Sudah berusia, iaitu sejak 1956. Istimewanya Shaklee bagi saya apabila ia terus unggul sampai ke hari ini.

Istimewanya Shaklee

Produk pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee juga masih kekal hingga ke hari ini, iaitu Vitalized Minerals dan kini dikenali sebagai Vita-Lea Iron Formula.

Vita Lea Iron Formula merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia. Istimewa kan? Mari kita lihat apa lagi istimewanya Shaklee di mata hati saya yang baru setahun berkecimpung dengan biz Shaklee.

1. Sudah Lama di Pasaran

Saya tergerak hati nak tulis entri istimewanya Shaklee pada malam ini kerana petang tadi saya menerima WhatsApp dari seseorang yang saya tidak kenali, dia mempelawa saya join bisnes dotdotdot (bukan nama sebenar).

Saya menyambut baik pelawaannya kerana memberi ‘peluang’ kepadanya untuk terangkan tentang keistimewaan bisnesnya itu.

Pada mulanya saya bertanya tentang produk. Adakah produk telah menjalani ujian klinikal? Sudah berapa lamakah produk itu berada dalam pasaran? Halalkah dan badan mana yang mengeluarkan status halalnya?

Malangnya dia tidak menjawab soalan-soalan saya, sebaliknya hanya syok mengira income yang bakal saya dapat jika saya join.

Istimewanya Shaklee

2. Shaklee Dikenali Kerana Produknya

Saya mengenali Shaklee melalui produknya. Vitamin yang mula-mula saya ambil ialah Vita Lea Iron Formula yang saya dapatkan dari klinik berhampiran rumah saya.

Individu yang memperkenalkan Vita Lea kepada saya ialah seorang doktor, BUKAN sebarangan. Yang mengujakan doktor itu tidak pernah bercerita langsung mengenai marketing plan semasa saya diberi Vita Lea Iron Formula tersebut! ^_^

Berbeza dengan cara marketing company dotdotdot tu, besar-besarkan marketing plan daripada produk. Nak jelaskan pasal produk pun tak tahu.

Istimewanya Shaklee

3. Tiada Modal dan Tidak Perlu Simpan Stok

Sepanjang saya buat bisnes Shaklee, saya tidak pernah dipaksa untuk membuat stok atau kena keluarkan modal pun. Semuanya terpulang pada kemampuan saya sendiri.

Shaklee tidak meletakkan pembelian pakej sebagai syarat daftar. Yuran keahlian ialah RM65 sahaja untuk seumur hidup. Tidak perlu mengeluarkan modal RM270, RM1625 dan RM5405 seperti yang ditawarkan oleh company dotdotdot itu.

Jika ada customer yang nak beli barang, saya akan orderkan, Shaklee akan poskan kepada customer saya. Mudah dan istimewanya Shaklee, kan?

4. Tidak Pernah PM Orang Secara Rambang

Biasanya pelanggan yang datang serah diri kepada saya untuk saya daftarkan keahliannya setelah dia teruja dengan produk Shaklee (majoriti downlines saya adalah customer saya).

Berbeza dengan company dotdotdot itu yang katanya telah mendapat no handphone saya daripada group Shaklee (dia dimaklumkan nombor handphone saya itu adalah nombor handphone Distributor Shaklee yang tidak aktif!)

See…. adakah mereka ini menyimpan nombor-nombor handphone distributor-distributor Shaklee untuk dijadikan sasaran bisnes mereka?

Upline saya tidak pernah ajar buat begitu, malah sekiranya dah nampak dia sedang buat bisnes MLM lain, lebih-lebih lagi dia dah Leader, BODOHlah saya jika saya ajak dia join Shaklee under saya.

Istimewanya Shaklee

5. Tidak Perlu Guna Testimoni Orang Lain

Sepanjang saya buat Shaklee, saya hanya menggunakan testimoni-testimoni daripada diri sendiri jer. Ini kerana produk Shaklee TIDAK memerlukan model pun, distributor adalah modelnya.

Diri sendiri, anak-anak, mak ayah boleh dijadikan testimoni kerana Shaklee sesuai untuk seisi keluarga.

Istimewanya Shaklee

Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak untuk menilai samada kita nak bersama dengan mereka yang hidup dalam copy paste semata atau nak hidup dengan mereka yang sentiasa BERUSAHA untuk menaikan taraf hidup dengan ILMU berkenaan produk, BUKAN sekadar marketing plan sahaja.

Nak Rasa Istimewanya Shaklee?

Ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *