Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) Punca Sukar Hamil?

Anda sedang menjalani rawatan kesuburan? Dan doktor pakar sakit puan telah mengesahkan anda mengidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)?

PCOS

Sindrom ini biasanya dihidapi oleh wanita yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, berat badan berlebihan, lebihan hormon lelaki (androgen), diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Namun begitu, anda masih mempunyai peluang untuk hamil jika anda menjalani rawatan yang bersesuaian.

Sindrom PCOS ini lazimnya adalah punca kepada sukar hamil kerana ovari sesorang wanita itu akan lebih besar dan kelihatan sista kecil bertaburan di sekelilingnya seolah-olah seperti seuntai mutiara.

Seringkali wanita mengambil ringan sekiranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan berpanjangan, sedangkan ia merupakan salah satu punca sukar hamil.

Bagaimana Cara Merawat PCOS?

1. Diet – wanita yang mempunyai sindrom PCOS mesti mengawal cara pemakanannya supaya mendapat berat badan yang ideal. Anda disarankan mengambil makananan yang rendah karbohidrat, seperti yang diperolehi daripada sumber sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijian.

Untuk mendapatkan cara pemakanan yang betul, anda boleh rujuk pakar pemakanan (tanya doktor anda siapa pakar pemakanan berhampiran tempat anda).

Elakkan makan keju dan daging merah (seperti daging lembu). Untuk minuman pula, elakkan minuman berkafein seperti kopi.

2. Senaman – Anda mesti memaksa diri untuk bersenam supaya tubuh badan anda fit dan mempunyai bentuk yang sempurna. Sentiasa lakukan senaman ringan seperti melakukan kerja-kerja rumah, berkebun dan berjalan kaki.

Amalkan juga berjoging dan berenang supaya lemak-lemak di dalam badan anda cepat dibakar. Untuk menjayakan proses ini, anda boleh mengambil set kurus daripada Shaklee yang terdiri daripada:

  • Cinch Shakes – Mengenyangkan, membakar lemak, membina otot.
  • Herb Lax – Julat lembut yang bertindak sebagai detox. Amalkan 2 x sahaja dalam seminggu.
  • Omega Guard – Membakar lemak, mengempiskan perut.
  • Lecithin – Menguraikan lemak-lemak halus.
  • Cinch Tea – Meningkatkan metabolisme, memberi tenaga berpanjangan dan mementainkan berat badan anda.

3. Ubat – Pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Suntikan ini sesuai diambil oleh wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali sahaja.

4. Pengambil Set Kesuburan Shaklee bagi ikhtiar rawatan alternatif untuk wanita sukar hamil. Set ini terdiri daripada B Complex, GLA Complex, Alfalfa, Zinc, Vitamin E, ESP dan CoQHealth.

5. Pembedahan – Laparoscopic Ovarian Drilling ialah pembedahan yang mana ovari ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.

6. IVF – Jika masih tidak dapat mengandung selepas kesemua rawatan tadi dilakukan, pasangan perlu menimbangkan teknik rawatan IVF.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) Punca Sukar Hamil?”

  1. PCOS nie sudah menjadi terlalu lazim dan kerap didengari kan.
    Mungkin ramai tidak sedar dan perasan yang diri ada PCOS dan akan sedar apabila sudah berkahwin dan ingin mengandung kan.
    Ia akan menganggu kesuburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *