Orthokeratology Alternatif Yang Baik Kepada LASIK

Sebelum membuat LASIK, adalah sangat penting untuk anda ketahui dan fahami dahulu solusi alternatif ini.

Orthokeratology (atau ortho-K) mungkin agak kedengaran baru di Malaysia, berbanding LASIK yang jauh lebih popular apabila bercakap tentang rawatan mata.

Solusi Orthokeratology

Orthokeratology merupakan satu teknologi terapi biasan kornea mata, di mana seseorang hanya perlu memakai sejenis kanta lekap (contact lens) khas sebelum tidur dan menanggalkannya semula sebaik bangun dari tidur.

Sepanjang tidur kanta lekap tersebut akan bertindak membentuk semula kornea mata membentuk ke arah penglihatan normal.

Sebaik bangun dari tidur, kornea mata akan berada pada tahap penglihatan normal di mana seseorang itu tidak memerlukan sebarang alat bantuan penglihatan (cermin mata atau kanta lekap) sepanjang hari.

Bentuk kornea yang dibentuk itu akan bertahan selama beberapa lama, bergantung kepada individu, samada sepanjang 24 jam berikutnya atau di antaranya atau pun lebih.

Perbandingan: Orthokeratology vs LASIK

Yang paling utama – Orthokeratology bersifat tidak kekal dan boleh diundur semula jika dirasakan tidak berhasil manakala LASIK tidak boleh diundur semula. Tiada istilah berpatah balik bagi LASIK.

Kos pembedahan LASIK pula adalah kira-kira dua hingga tiga kali ganda berbanding kos ortho-K.

Apakah Kekurangan Orthokeratology?

Bagaimanapun, kanta lekap orthokeratology perlu diganti setelah tamat tempoh (kira-kira sekitar 18 bulan hingga 2 tahun). Ia juga memerlukan solution khas yang lebih mahal berbanding solution kanta lekap biasa.

Hasil pembacaan saya juga mendapati ada kemungkinan solusi orthokeratology ini hanya untuk myopia (rabun dekat) sahaja. Namun ada juga yang menyatakan ia boleh digunakan untuk kedua-dua rabun dekat dan rabun jauh.

Apakah Pula Bahaya LASIK?

Survey Pengguna LASIK.
Survey Pengguna LASIK.

Hasil daripada kajian saya secara peribadi, terdapat dua risiko utama dalam melaksanakan pembedahan LASIK.

Pertama, bentuk semulajadi kornea yang bukan berbentuk rata seperti telur tetapi lebih kepada bentuk ubi kentang, akan menjadi licin dan rata seperti telur apabila ‘dipotong’ menggunakan laser.

Risikonya, hasil yang anda akan rasai mungkin tidak seindah khabar. Mengadaptasi gaya baru mentafsir imej ke minda mungkin memakan masa dan memberi tekanan emosi.

Namun, isu bentuk kornea yang tidak rata ini nampaknya sudah pun mempunyai solusinya, iaitu ‘potongan’ mengikut bentuk kornea melalui kaedah imbas gelombang (wave scan).

Kedua, sel lensa juga bersifat seperti sel-sel lain dalam tubuh badan manusia. Apabila ‘tercedera’ akibat dipotong, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa sel tersebut akan tumbuh semula.

Malah ada juga yang akan tumbuh lebih tinggi (atau lebih tebal) berbanding keadaan asal. Kajian telah membuktikan bahawa kira-kira 55% daripada konsumer LASIK dalam masa yang sama masih meneruskan penggunaan cermin mata atau kanta lekap.

Keadaan ini amat menakutkan, paling tidak pun untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan untuk terpaksa memakai cermin mata atau kanta lekap dengan power yang lebih tinggi adalah tidak mustahil.

Sedangkan sebahagian besar tujuan seseorang membuat LASIK adalah semata-mata untuk bebas dari sebarang alat bantuan penglihatan, bukan?

Siapa Saya Untuk Menentang LASIK?

Saya tidak menentang, bukan itu niat saya. Mohon maaf andai ada yang tersalah faham. Cuma nasihat saya, berfikirlah sejenak, kajilah dengan mendalam.

Saya juga tidak arif untuk bercakap panjang tentang bab ini. Tetapi inilah yang sedang saya lalui. Sudah sekian lama saya mengimpikan LASIK, namun pencarian saya masih belum berakhir.

Saya masih mendambakan jawapan. Insya-Allah saya akan teruskan mencari apakah yang terbaik untuk diri saya.

Anda Ada Pandangan Yang Ingin Dikongsi?

Jika anda mempunyai sebarang pandangan, pengalaman mahupun kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Orthokeratology Alternatif Yang Baik Kepada LASIK”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *