Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah

Sejak Disember 2013 lagi saya sudah behenti mengepam susu untuk Atiqah (anak ketiga saya), kerana Atiqah sudah tidak mahu minum Ekspress Breast Milk (EBM).

Atiqah sedang asyik dengan makanannya.

Maka tinggallah EBMnya dalam deep freezer. Saya pun terus tidak membuka deep freezer sebab tak sanggup tengok EBM yang banyak membazir macam tu jer.

Sebelum ni EBM Atiqah pernah cair akibat deep freezer tak tutup rapat. Dengan bersusah payah saya berusaha untuk kumpulkan semula stok EBM untuk Atiqah.

Tetapi kini Atiqah pula yang tak mahu minum EBM. Dia lebih suka direct feeding jer, maklumlah dah jarang sangat berjauhan dengan Atiqah ni… 🙂

Teknik Banyakkan Susu

Alhamdulillah rezeki Atiqah memang banyak. Saya mula mengumpul stok pada hari ke 7 selepas bersalin lagi, iaitu selepas habis penghasilan kolostrum.

Waktu dalam pantang sangat sesuai untuk membuat stok EBM kerana pada waktu itu penghasilan susu sangat banyak.

Tempoh dalam pantang adalah waktu yang terbaik untuk merangsang penghasilan susu, kerana di sinilah bermulanya konsep demand and supply.

Sekiranya anda tidak merangsang penghasilan susu dengan sebaiknya semasa dalam tempoh berpantang, susu anda mungkin akan ‘malu-malu’ untuk keluar selepas tamat tempoh berpantang.

Jika anda ‘rajin’ merangsang penghasilan susu, iaitu dengan menyusui anak anda sekerap mungkin, menggunakan pam dan memerah dengan tangan (marmet), keberangkalian untuk susu keluar dengan banyak selepas tempoh berpantang adalah tinggi.

Penggunaan Pam Menyusu

Saya menggunakan kedua-dua jenis pam elektrik dan manual, iaitu pam elektrik Spectra 3 dan pam manual Unimom Mezzo sejak dari anak pertama lagi.

Alhamdulillah saya serasi menggunakan kedua-dua pam tersebut. Malah sepanjang menggunakan Spectra 3 selama 5 tahun, saya tidak pernah hantar servis walau sekali pun. Spectra 3 saya masih tetap berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. 🙂

Apabila kita sudah bekerja keras mengumpul stok EBM sejak dari dalam pantang lagi, kita tidak akan terkejar-kejar untuk mengumpul stok semasa mula masuk kerja kerana stok EBM sentiasa ada backup.

Anda tidak perlu pam hari ini untuk bekalan untuk esok atau lusa kerana stok anda ada banyak.

Jangan Terlalu Taksub Mengumpul Stok

Walaupun demikian perlu diingatkan, tujuan kita stokkan susu badan adalah sebagai makanan kepada anak kita.

Kalau berpeti-peti sekali pun, dah tu asyik expired jer, tiadalah gunanya. Anda mesti kurangkan sesi mengempam.

Jangan sesekali membandingkan keperluan anak kita dengan keperluan anak orang lain. Setiap bayi adalah berbeza, walaupun adik beradik. Cuba sesuaikan mengikut individu.

Sama seperti saya, apabila Atiqah sudah tidak mahu minum EBM, saya terus tidak mengempam.  Saya yakin, setiap anak tidak sama kisah penyusuannya.

Prinsip saya, untuk mendapatkan susu yang benar-benar mencukupi adalah dengan memastikan tubuh badan saya sentiasa sihat. Untuk tubuh yang sihat, keperluan nutrisi mestilah cukup. Justeru saya memilih Set Menyusu Shaklee.

Set Menyusu Shaklee Adalah Rahsia Saya

Saya mengambil Set Menyusu Shaklee bukan untuk tambah susu, atau sebab susu saya kurang, tidak cukup susu atau inginkan susu yang banyak.

Tetapi saya inginkan nutrisi yang cukup untuk tubuh badan saya, yang mana tubuh badan yang sihat akan menghasilkan susu yang banyak dan sangat mencukupi keperluan anak.

Set Menyusu Shaklee RM543.50 / RM499.75 - Lihat penilaian dengan wang anda di bawah ini.
Set Menyusu Shaklee RM543.50 / RM499.75* – Lihat penilaian dengan wang anda di bawah ini.

* Sila tambah kos pos RM10 (Sem) / RM20 (SS)

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada:

ESP 850 gram RM150.00
Selain memberi tenaga ia membantu saya merawat gastrik yang saya hadapi sejak zaman sekolah lagi. Sebalang ESP tahan satu hingga dua bulan.

B-Complex 120 tablet RM53.75
Anti-stres. Biasalah bila banyak kerja, kadang-kadang jadi stres. Stres boleh menyebabkan susu badan merundum. Sebotol B-Complex tahan 4 bulan.

Sustained Release Vita-C Plus 180 tablet RM92.50
Sebagai antioksidan, menguatkan gigi dan mencantikkan kulit. Sebotol Sustained Release Vita-C Plus tahan 6 bulan.

Alfalfa Complex 700 tablet RM97.50 / 330 tablet RM53.75
Sebagai milk booster. Buat masa sekarang saya tak boleh ambil milk booster bagi mengelakkan lambakan susu badan. Sebotol Alfalfa Complex (L) tahan 8 bulan, sebotol Alfalfa Complex (S) tahan 4 bulan.

Ostematrix 120 kaplet RM61.00
Menggantikan sumber kalsium yang disalur keluar bersama susu badan, untuk menguatkan tulang, menghilangkan lenguh-lenguh, sakit pinggang dan melawaskan buang air besar. Sebotol Ostematrix tahan satu hingga dua bulan.

Vita Lea Iron Formula 120 tablet RM88.75
Sebagai multi vitamin, membekal vitamin dan zat besi untuk menghasilkan tenaga dan kecergasan yang cukup untuk ibu menyusu. Sebotol Vita Lea Iron Formula tahan dua hingga empat bulan.

Tonton video berikut:

Jimat, Bukan?

Dengan tempoh penggunaan yang sebegini lama, Set Menyusu Shaklee bukan sahaja jimat malah menjadi suatu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Set Menyusu Shaklee ini banyak membantu saya dalam menjayakan penyusuan untuk Atiqah. Mudah-mudahan saya dapat menyusukan Atiqah sehingga 2 tahun, malah lebih lagi sampai dia berhenti sendiri, insya-Allah. Ameen..

“Susu Saya Dah Banyak, Tak Perlu Suplemen”

Terdapat ibu-ibu yang terdetik sebegini. Namun begitu Set Menyusu Shaklee ini sebenarnya sangat banyak memberi kebaikan lain, bukan sekadar membantu dalam penghasilan susu sahaja.

Set Menyusu Shaklee juga dapat menguruskan badan, di samping memberikan tenaga yang segera atau tenaga tambahan untuk ibu melaksanakan kerja-kerja rumah mahupun tugas di pejabat.

Yang paling menarik, Set Menyusu Shaklee juga dapat mencantikkan kulit, membuatkan kulit jadi halus, rambut menjadi sihat, cantik dan berkilat!

Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Set Menyusu Shaklee: Kisah Penyusuan Unik Bersama Atiqah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *