Petua Tambah Susu Bagi Ibu Menyusu Yang Berkerjaya

Petua tambah susu

Setiap ibu pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anaknya, lebih-lebih lagi yang melibatkan darah daging si anak.

Oleh itu, susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk diberikan kepada anak dari awal kelahiran sehingga anak berusia 2 tahun atau lebih.

Apabila ibu memilih untuk menyusui anak, semestinya ibu tersebut perlu mempunyai keperluan nutrisi yang cukup untuk menghasilkan susu yang penuh khasiat untuk anak.

Namun begitu, adakalanya ibu mengalami masalah susu drop. Masalah ini biasa terjadi apabila ibu mula masuk bekerja setelah lama cuti bersalin.

Oleh itu, saya kongsikan beberapa petua tambah susu untuk rujukan ibu.

Petua Tambah Susu

1. Mula membuat stok Express Breast Milk (EBM) sebaik sahaja kolostrum berakhir iaitu 3 hingga 7 hari selepas bersalin. Waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk merangsang penghasilan susu.

2. Gunakan kaedah power pumping. Pam pada waktu antara tengah malam hingga ke waktu pagi sebelum subuh.

3. Semasa mengepam elakkan memandang storage bottle untuk elak gangguan emosi. Perasaan tidak sabar akan membantutkan penghasilan susu.

Sentiasa bersabar kerana ia kunci kepada petua tambah susu ini.

4. Tampal gambar anak di breastpump dan sentiasa memandang gambar tersebut semasa mengepam.

Cuba bayangkan anda sedang menyusuinya. Anda pasti tidak sedar susu tiba-tiba sahaja telah melimpah keluar dari storage bottle! 🙂

5. Sentiasa bertenang. Kalau tengah marah, JANGAN pam. Istighfar dahulu, ambil wudhu’ dan solat. Tunggu marah reda baru pam.

Begitu juga kalau tengah gopoh, JANGAN pam. Tunggu biar lapang dulu baru pam. Emosi yang tergopoh gapah boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Emosi adalah perkara terpenting dalam petua tambah susu.

6. Banyakkan makan buah kurma kerana kurma kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A, C dan pelbagai khasiat lagi. Saya memilih kurma Ajwah kerana kurma ini banyak khasiatnya.

Sabda nabi s.a.w:

“Barangsiapa makan 7 biji kuma Al-Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak terkena racun mahupun sihir. “

Hadis riwayat Imam Bukhari.

7. Makan habbatus sauda juga merupakan petua tambah susu yang popular. Boleh didapati dalam bentuk kapsul untuk ditelan atau dalam bentuk biji-biji kecil untuk dimasukkan ke dalam masakan.

8. Makan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk manis, termasuk juga ulam-ulaman dalam nasi kerabu. Sebaiknya dimakan mentah macam tu jer.

9. Makan oat, keju dan juga susu. Boleh pelbagaikan cara penyediaan, samada nak makan begitu sahaja atau nak buat makanan lain seperti puding dan sebagainya.

10.  Amalkan set menyusu Shaklee. Selain sebagai petua tambah susu, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan ibu dan anak.

Video testimoni berikut mungkin membantu anda:

11. Minum air 3 liter sehari. Amalan minum air yang cukup untuk keperluan tubuh dapat mengasilkan pengeluaran susu badan yang banyak.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran seperti yang dipaparkan di atas.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

** Daftar ahli untuk mendapat lebih penjimatan setiap pembelian produk Shaklee selepas ini. Hubungi saya untuk pendaftaran yer!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Petua Tambah Susu Bagi Ibu Menyusu Yang Berkerjaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *