Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai ibu-ibu yang bimbang susu akan merundum ketika berpuasa. Ramai ibu yang mula ‘bekerja kuat’ untuk mengumpul stok Express Breast Milk (EBM) mulai sekarang.

Ada juga di atara ibu-ibu yang sedang mencari milk booster pelbagai jenama untuk memastikan susu maintain. Berikut saya kongsikan bagaimana saya memperolehi susu maintain dan meriah walaupun sedang berpuasa.

Petua Susu Maintain Walau Berpuasa

1. Bersedia untuk menyambut Ramadhan. Setkan dalam minda dan hati bahawa Ramadhan adalah bulan yang mulia, lain dari bulan yang lain. Oleh kerana berkatnya Ramadhan, susu anda juga lain daripada bulan yang lain iaitu lebih banyak dari biasa.

2. Banyakkan amalan rohani seperti mengaji, bertadarrus, berzikir, bersedekah, istighfar,  berselawat, bertahajjud, solat taubat dan solat hajat sepanjang bulan Ramadhan.

3. Selalu membaca surah Al-Kauthar

Ayat susu maintain - surah al-Kauthar
Selesai membaca, sapu dileher dan payudara. Niatkan supaya dengan izin Allah,  hilang rasa dahaga dan susu maintain sentiasa banyak dan tidak kering.

4. Amalkan makan 3, 5 atau 7 biji kurma semasa berbuka puasa. Begitu juga semasa menutup sahur. JANGAN sudahi sahur anda dengan minum air kosong, minuman lain ataupun gosok gigi. Sudahi sahur anda dengan makan 3, 5 atau 7 biji kurma juga untuk memastikan susu maintain.

Rasa manis kurma itu akan membuatkan anda sentiasa bertenaga, tidak gastrik, tidak lapar, malah susu badan juga sentiasa meriah! 🙂 Saya sarankan anda memilih kurma ajwah kerana ia lebih berkhasiat.

5. Lakukan power pumping antara waktu tengah malam sekitar jam 12 malam hingga ke jam 6 pagi kerana ketika itu penghasilan susu lebih banyak.

Sebelum melakukan sesi power pumping, untuk pastikan susu maintain anda digalakkan mengambil milk booster seperti Alfalfa Complex terlebih dahulu.

Alfalfa Complex 700 Tablet RM97.50 / 330 Tablet RM53.75 sahaja.
Alfalfa Complex 700 Tablet RM97.50 / 330 Tablet RM53.75 sahaja.

Semasa sesi power pumping, anda boleh selangi dengan minum air supaya tubuh anda sentiasa dehidrasi.

6.  Minum air sebanyak 3 liter sehari. Cara untuk cukupkan 3 liter pada bulan Ramadhan, anda boleh minum sedikit demi sedikit iaitu semasa berbuka, sebelum bertarawih, semasa bertarawih (bawa bekal air di tempat solat), balik tarawih, sebelum tidur, semasa bangun tengah malam untuk bertahajjud atau power pumping, sebelum sahur dan selepas sahur (sebelum kurma sebagai penutup).

7. Minum Performance Drink semasa berbuka dan sahur bagi mengekalkan bendalir dalam tubuh anda sepanjang seharian anda berpuasa.

Apabila tubuh anda sentiasa mempunyai bendalir, maka tubuh anda akan sentiasa dapat menghasilkan susu badan yang banyak dan cukup untuk keperluan anak anda.

Disarankan sesudah makan nasi ketika sahur, anda minum Performance Drink bersama Energing Soy Protein (ESP) dan Meal Shakes.

pd-esp-ms

Apakah kelebihan 3 set ini dalam mendapatkan susu maintain dan meriah walaupun berpuasa?

ESP Soy Protein 850 gram RM150.00
Mengenyangkan, memekatkan susu dan menghasilkan susu yang lebih berkualiti.

Meal Shakes 544 gram RM113.75
Menyediakan keperluan nutrisi yang cukup untuk tubuh anda. Ia mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral.

Performance Drink 539 gram RM82.50
Minuman isotonik yang bertindak memberi tenaga sepanjang hari dan menghidratkan tubuh.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Susu Maintain dan Meriah Walaupun Sedang Berpuasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *