Sepantas Mana Celcom 4G LTE Sekitar Kuala Terengganu?

Saya tertanya-tanya bila mendapat SMS promosi daripada Celcom berkenaan 4G LTE yang dikatakan mempunyai kelajuan 10 kali ganda kelajuan 3G.

Berapakah exactly 10 kali ganda itu? Adakah Celcom tidak berani untuk claim sebarang figure untuk menyatakan kelajuan yang mereka miliki?

Mulakan ujian 4G LTE sekarang!

Sebelum ini pun sudah beberapa kali saya kurang berpuas hati dengan kelajuan (speed) internet Celcom dibandingkan dengan TM Streamyx.

Saya fikir, Celcom sekali lagi ingin bermain-main dengan speed, malah nama 4G LTE pun mungkin sengaja diberikan untuk tujuan pemasaran.

Namun sangkaan saya salah. 

Sewaktu mula menggunakan telefon 4G LTE compatible, saya langsung tidak menghiraukan status 4G LTE tersebut. Bagi saya tiada istimewanya 4G LTE ini, hanya sebuah nama baru.

Daripada saranan seorang sahabat, saya telah menukar simkad asal kepada simkad 4G LTE, kemudian mengaktifkan feature tersebut dengan menghantar SMS “ON 4GLTE” ke 28882 dan kemudian “4GLTE YES” selepas mendapat maklumbalas.

Kemudian saya lupakan tentang 4G LTE dan guna telefon pintar seperti biasa.

Kebetulan sewaktu ingin membuat pindahan dana melalui CIMB Clicks, saya terperasan satu kelajuan luar biasa pada telefon pintar saya. Saya fikir ia mungkin suatu kebetulan, sehinggalah selepas beberapa kali penggunaan.

Saya mula bertanya kembali kepada sahabat yang mula-mula menyarankan 4G LTE tadi. Berapa sebenarnya exact kelajuan 4G LTE?

Jawabnya, mungkin 1.5mpbs.. Mustahil kerana saya dapat rasakan kelajuannya jauh melebihi kelajuan Streamyx 8mbps harian saya (Unifi belum ada sekitar Kuala Terengganu & Marang setakat hari ini).

Selepas beberapa rujukan dari risalah promosi Celcom, saya membuat kesimpulan awal, kelajuan 4G LTE ialah sekitar 20mbps, yang bagi saya sangat mengujakan.

Celcom 4G LTE Berkelajuan 20Mbps?

Melalui kesimpulan tadi, saya mula membuat beberapa ujian melalui Ookla (speedtest.net). Ini hasil awal yang saya dapat, sangat mengagumkan!

4G LTE test 1

16mbps! 2 kali ganda lebih pantas dari Streamyx harian saya. Cuma yang menghairankan, kadar upload lebih tinggi daripada download.

Lantas saya membuat beberapa ujian lagi. Ternyata hasilnya tidak lari jauh tetapi masih memberangsangkan.

4G LTE test 2

Dalam kepuasan itu saya meneruskan urusan harian saya seperti biasa.

Masih Rasa Kurang Puas Hati

Saya masih tertanya, kerana kelajuan yang sangat luar biasa saya masih tidak percaya kelajuan 4G LTE sekitar 15mbps.

Menjelang tengahari, terasa ingin dapatkan sekali lagi kepastian. Dan kali ini saya benar-benar teruja dan setuju dengan keputusan yang dipaparkan.

4G LTE test 3

62mbps!! Hampir 8 kali ganda Streamyx 8mbps kebanggaan saya! Patut pun kelajuan browsing saya hampir tidak dapat saya gambarkan. Seolah-oleh baru niat sahaja dah siap loading.

Anda Patut Rasai Pengalaman Ini!

Semalam pun saya cuba lagi beberapa kali ujian kelajuan dengan diikuti perbandingan dengan Streamyx pada pagi ini.

4G LTE test 4

Kelajuan 4G LTE sangat solid berbanding 3G sebelumnya. Saya pun kurang pasti, adakah disebabkan masih kurang penggunaan di sekitar Kuala Terengganu?

UPDATE: Ini pula ujian 2 hari kemudian (16/7/2014)…

4G LTE test 5

Captured in action – Sangat-sangat outmetered!

Nota: Jangan terkeliru dengan “Hosted by: Yes 4G” di atas. Talian yang digunakan ialah Celcom 4G LTE tetapi ujian kelajuan dibuat ke atas server Yes 4G (yang diambil secara rawak).

Bagaimana nasib 4G LTE selepas setahun? Mungkinkah padat sehingga menjadi lembab? Wallahu a’lam, saya pun tak pasti. Biarlah masa yang memberi jawapan.

Apa pun setakat hari ini saya sangat berpuas hati, terima kasih kepada pihak Celcom yang bekerja keras dalam memuaskan hati pengguna, dan diharap penambahbaikan sebegini tetap diteruskan tanpa henti.

Bagaimana 4G LTE di Tempat Anda?

Ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Sepantas Mana Celcom 4G LTE Sekitar Kuala Terengganu?”

  1. Gong Badak sepatutnya dapat, simkad 4G tak? Fon 4G compatible tak? Dah sms ON 4GLTE ke 28882 untuk aktifkan 4G?

    Area KT yg sy dah try – area dataran parking depan Maybank & CIMB, Jalan Sultan Omar (area Menara Yayasan & balai polis IPK), Kuala Ibai, Chendering & Jalan Pasir Panjang.

  2. Hari tu saya balik ke kampung saya di Ipoh, tak sangka iPhone saya dapat detect 4G. Banyak tempat pulak tu. bukan di satu tempat saje. Kampung saya pun dapat detect 4G 3 atau 4 bar di Tambun. So far speed pun terbaik dalam 20 Mbps ke atas. (Y)

  3. kat bando laju r speed celcom lte nie..dekat padang midin walaupon signal penuh(5 bar), speed download x sapa 5Mbps..tapi speed upload sapa 25Mbps…berat nanang celcom…wt report pon x jd mnde…

  4. Sye dh htr on 4glte tpi celcom bls
    “Sorry, the keyword u’ve entered is invalid. Pls try again. TQ! Maaf, kata kunci yg anda masukkan tidak sah. Sila cuba sekali lagi. Tkasih”
    Celcome dh tukar keyword ke?

    1. Celcom dah aplikasikan kod SMS baru untuk langganan internet. Tak perlu lagi aktifkan 4G, terus taip NET5 atau NET10 atau NET28 atau NET38, tuan akan terus mendapat kelajuan tertinggi mengikut keupayaan telefon, simkad dan talian di lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *