Hati Kotor / Penyakit Hati: Tanda, Punca & Cara Ubati

Hati kotor atau hati yang berpenyakit sukar untuk disedari, apatah lagi untuk dirawati. Rahsia untuk menyedari hati kotor ialah jangan semak orang lain, tetapi semak diri sendiri.

Sebaik semak diri nescaya tiada masa nak semak orang lain. Di tahap mana anda sekarang?

Hati kotor atau penyakit hati sukar dipulihkan apabila kronik

Kenapa perlu semak diri? Tiada niat lain, tiada tujuan lain, melainkan untuk berusaha supaya mudah-mudahan selamat di Akhirat nanti.

Tanda-Tanda Hati Kotor

Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita mengidap penyakit hati kotor, jika kita semak atau muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana tidak mahu memeriksa diri.

Cara paling mudah ialah dengan melihat rutin harian, yang biasa berlaku dan jarang tak berlaku. Secara ringkas, antaranya:

1. Sukar bangun subuh setiap hari secara konsisten, kalau bangun pun hanya pada hari-hari tertentu, atau atas kepentingan dan urusan tertentu.

2. Sukar menghadirkan diri berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

3. Sering berfikiran kotor dan negatif, hati merasa susah dengan kesenangan orang lain, selalu melihat sesuatu perkara dengan pandangan negatif.

Apatah lagi mempunyai hasad dengki dan iri hati yang membuak-buak.

4. Sering teringat-ingat (atau rindu) dengan maksiat yang pernah dilakukan dulu, terasa indah seolah-olah ingin kembali semula.

5. Sentiasa merasa diri betul dan orang lain sentiasa salah.

6. Selalu tak cukup duit, hutang sukar berkurang malah semakin membukit.

Punca Hati Kotor

1. Selalu terlibat dengan maksiat yang dirasakan ‘ringan‘, seperti melihat gambar lucah dalam WhatsApp, melihat awek dalam Facebook, share sesuatu yang tak pasti sehingga menjadi fitnah di Twitter, WeChat keburukan rakan sehingga terjadinya mengumpat tanpa disedari, dan sebagainya.

2. Meng-open-kan maksiatberat‘ seperti menjadi rakan yang supporting bila senyum tengok rakan bawa awek naik motor, membenarkan anak perempuan bawa balik kawan lelaki asal tak mengandung, dan sebagainya.

3. Mengambil ringan tentang dosa yang menjadi kebiasaan seperti budaya bersalaman bukan muhrim, adik tidak bertudung depan abang ipar, bersanding di majlis perkahwinan takut orang kata pelik tak bersanding, dan sebagainya.

4. Ambil ringan tentang pembangunan akhlaq seperti makan atau minum sambil berdiri atau berjalan, bersetubuh tanpa berselimut, dan sebagainya.

5. Tidak menjaga pandangan mata seperti melihat najis, melihat aurat, melihat maksiat dan sebagainya.

6. Tidak memelihara pergaulan dengan masyarakat termasuklah berkawan rapat dengan orang yang sama minat atau hobi tetapi tidak sensitif terhadap agama, ‘merestui’ hubungan bernafsu syahwat (pakwe makse) kononnya open, malah ada juga yang ‘merestui’ nafsu sejenis dengan merasakan OK atau tidak menjadi masalah bagi diri mereka sendiri.

Cara Atasi Hati Kotor

1. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Setiap apa yang dah menjadi tabiat atau budaya, jika dapat tahu ianya salah, walau sesukar mana pun, betulkanlah.

Sebagai contoh, merokok. Dulu tak tahu sekarang dah tahu hukumnya haram. Berat tak berat, sukar tak sukar, betulkanlah. Hentikan tabiat haram itu.

Biasakan membuat perkara yang betul walaupun sukar atau dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Contoh, mengelak untuk lepak dengan jiran sebab takut akan dosa mengumpat, tapi jiran-jiran pula duk mengumpat dia kata dia sombong dan sebagainya.

Maka biasakanlah yang betul, insya-Allah hati kotor itu akan bersih juga akhirnya.

2. Buat apa yang boleh dahulu.

Gunakan apa yang ada sebagai peluang, jangan tunggu peluang datang. Contoh, pergi umrah nanti nak bersihkan hati kotor yang semakin berkarat ini.

Jangan! Bersihkan hati mulai sekarang, bila dah sampai sana kuatkan usaha yang telah pun disemai, bukan baru nak cuba.

Jangan tunggu sesuatu baru nak mula. Contoh, lepas kahwin nanti aku akan jaga solat 5 waktu.

Jangan! Jangan jaga nanti dah lepas kahwin, tetapi jaga solat mulai sekarang, selepas kahwin nanti dipertingkatkan lagi kualiti solat itu sendiri.

3. Bersungguh dalam beribadat.

Kalau sebelum ini kita sudah pun solat lima waktu sehari semalam tanpa tinggal, tapi penyakit hati kotor masih membelenggu, cuba perbaiki setiap ibadat.

Kalau dulu solat tak tahu makna, lepas ni solatlah dengan kefahaman. Jika dulu bersedekah asyik seringgit jer, lepas ni sentiasa tingkatkan dan buang rasa sayang dan takut duit habis.

4. ‘Wujudkan’ Tuhan di hadapan sedang melihat kita.

Khusyuk adalah rahsia nikmat dalam solat. Untuk mendapat khusyuk hati mesti suci bersih dahulu. Jadi bagaimana bila hati masih kotor?

Cuba ‘wujudkan’ Allah di hadapan kita. Bayangkan Allah s.w.t sedang melihat kita.

Walaupun kita sudah maklum bahawa Allah s.w.t memang ada di hadapan kita tapi kita tidak pernah endahkan, cuba belajar untuk rasai wujudnya Pencipta Agung.

5. Lawan saat nafsu memuncak nak buat maksiat.

Sewaktu hati kotor masih bersama, akan hadir saat di mana kerinduan memuncak, syaitan dan nafsu menyerang tanpa belas kasihan.

Di saat itu pula maksiat ada di depan mata. Cuba lawan untuk sekali ini, anda pasti akan rasai kenikmatannya apabila anda menang melawan syaitan dan nafsu.

Masa itulah anda akan rasai magik yang benar-benar berlaku, dan anda bercita-cita untuk lawan nafsu dan syaitan untuk kali yang kedua.

6. Kepentingan ibadat sunat yang istiqamah, bukan sekali buat tapi panjang/lama.

Ibadat sunat sangat berperanan mengubat hati kotor, termasuk wirid selepas solat, berzikir, bertahmid dan bertasbih, berdoa umum atau khusus, bersolat sunat rawatib selain solat dhuha dan tahajud, serta bersedeqah.

Wirid dalam solat biarlah pendek asal sentiasa buat. Bukannya sekali buat panjang berjela, kemudian bila ada kesibukan tak buat langsung.

Begitu juga solat sunat dhuha sebagai contoh. Biarlah solat itu tak sempurna sangat pun asal dibuat hampir setiap hari sampai bila-bila.

Jika bersedeqah itu seringgit, janganlah terus naikkan RM50 lepas tu langsung tak sedekah. Ingat, yang penting konsisten. Naikkan RM5 dalam suatu jangkamasa, kemudian naik lagi kepada RM10 dalam suatu jangkamasa dengan penuh konsisten.

Lama kelamaan barulah dapat rasai nikmat bersedeqah RM50 setiap hari tanpa rasa sayang dan takut duit habis. Maka bersihlah hati orang yang tidak sayang dalam bersedeqah.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

** Daftar ahli untuk mendapat lebih penjimatan setiap pembelian produk Shaklee selepas ini. Rujuk artikel Cara Menjadi Ahli Shaklee untuk keterangan lanjut!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582 (call/SMS/WhatsApp)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

5 thoughts on “Hati Kotor / Penyakit Hati: Tanda, Punca & Cara Ubati”

  1. penting untuk renew iman supaya sentiada updated. sama macam road tax, Aps, OS suma pakat ada update sokmo supaya ianya sentiasa “on purpose” tak terpesong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *