Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu Buat?


Bayi pramatang adalah bayi yang lahir kurang daripada 36 minggu dan memiliki tubuh yang ringan, dengan organ-organ dalaman yang belum matang dan memerlukan penjagaan rapi.

Bayi pramatang yang lahir dengan berat badan kurang daripada 1.7kg akan ditempatkan dalam inkubator.

Nadya: Sebelum & Selepas

Cabaran Menyusukan Bayi Pramatang

1. Saiz bayi yang kecil

Secara logik akalnya ibu akan terfikir, keadaan bayi yang kecil, dengan mulut yang kecil dan agak lembik, pastinya sukar untuk bayi menyusu dengan baik.

Sebenarnya ia hanyalah mainan perasaan ibu. Setiap manusia yang lahir, Allah s.w.t bekalkan skill (kemahiran) menghisap susu ibu seawal peringkat mula-mula kelahiran lagi.

Ia adalah salah satu daripada kemahiran survival (survival skill) kurniaan Ilahi secara semulajadi seperti bernafas, kunyah, telan, laras kepala bila tidak selesa dan sebagainya.

Semua skill ini Allah s.w.t kurniakan kepada manusia (dan haiwan) tanpa perlu dipelajari.

Malah sejak dalam perut ibu lagi bayi sudah pandai menghisap jarinya.

Oleh itu, betapa penting bagi seorang ibu untuk yakin bahawa bayi anda sememangnya pandai menghisap susu badan anda, walaupun dilahirkan pramatang! 🙂

2. Bayi berada di wad (inkubator) dan ibu berada di rumah

Jika bayi terpaksa ditinggalkan di wad (dalam inkubator) ibu perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama bayi.

Ibu perlu selalu pegang, bercakap dan jika dapat dukung bayi anda. Usaha-usaha ini sangat membantu tumbesaran dan melancarkan proses penyusuan bayi.

3. Bayi menangis seolah tidak mahu menyusu

Bayi yang dimasukkan tiub ke dalam anak tekak atas sebab-sebab perubatan yang tidak dapat dielakkan akan mengalami trauma.

Trauma ini boleh mengganggu penyusuan. Sebab itu bayi menangis semasa menyusu. Keadaan bayi seolah tidak mahu menyusu.

Bayi akan menghisap, kemudian lepas. Hisap lagi kemudian lepas lagi sambil menangis.

Bayi yang mengalami keadaan ini memerlukan masa untuk anak tekaknya sembuh.

Sekiranya bayi makan dan bernafas juga melalui tiub, pastikan yang dimakan oleh bayi itu ialah susu ibu itu sendiri.

Sebolehnya ibu sangat perlu mencuba untuk dukung bayi, walaupun dalam keadaan bertiub dan berwayar. Ia sangat penting untuk proses terapi bayi anda secara semulajadi.

Yang pasti ibu perlu kuat semangat, banyakkan sabar dan sentiasa mengambil inisiatif untuk tenangkan bayi. Jangan memaksa bayi terus menyusu, berikan masa kepada bayi anda.

4. Kerap muntah selepas menyusu

Oleh kerana organ-organ bayi pramatang ini ada yang belum cukup matang, maka besar kemungkinan bayi tidak dapat mencerna dengan baik susu yang diminumnya.

Sebaiknya ibu jangan mudah panik. Ia adalah normal dan ibu jangan risau. Berikan masa, lama-lama muntahnya akan berhenti dengan sendiri.

Tips Hadapi Cabaran Menyusu Bayi Pramatang

1. Elakkan ibu dan anak berpisah

Ibu kena faham, bayi perlukan masa untuk ‘jatuh cinta’ semula dengan ibunya setelah terpisah. Sebab itu penting bagi ibu untuk sebolehnya mengelakkan perpisahan dengan bayi.

Kalau bayi tak nak menyusu, jangan cepat putus asa. Letakkan bayi di atas payudara supaya bayi dapat ambil bau ibunya. Bayi sangat peka dan ingat akan bau ibunya. Lama-lama bayi akan tercari-cari.

2. Sentiasa berfikiran positif

Jika bayi pramatang tidak mahu menyusu, jangan cepat melabelkan “bayi tidak pandai isap”. Tanggapan negatif boleh menyebabkan ibu stres.

Bayi akan tahu bila ibu stres, dan ini akan menyebabkan bayi juga akan turut sama stres.

3. Bekalan susu ibu semasa di wad

Bayi pramatang perlu dibekalkan dengan susu ibu sepanjang bayi berada di wad.

Ibu perlu rajin mengepam. Bekalkan stok susu segar sahaja, kerana bayi  pramatang memerlukan susu yang segar berbanding dengan EBM (Express Breast Milk) yang telah disejuk bekukan.

4. Kaedah babywearing

Menggunakan kaedah babywearing (alat kendongan) sebagai usaha untuk menaikan berat badan bayi pramatang.

Ibu boleh meletakkan bayi dalam alat kendongan seperti wrap. Kemudian cuba susui bayi seperti dalam gambar di bawah.

Bayi akan rasa selamat, seolah-olah berada di dalam perut ibunya. Bayi akan lebih tenang dan selesa.

Kaedah babywearing untuk Nadya

Cubalah! 😀

5. Gunakan posisi mengiring

Selalu baringkan bayi dalam posisi mengiring dan tinggikan sedikit kedudukan kepala bayi.

Ini bagi mengelakkan bayi termuntah. Sebaiknya selepas menyusu, letakkan bayi di atas bahu selama 15 minit, kemudian baru tidurkan bayi dalam posisi mengiring.

Keperluan Nutrisi Bagi Ibu

Ibu yang melahirkan anak pramatang sangat penting mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi, di samping sentiasa memastikan kesihatan pada tahap yang paling optimum setiap masa.

Ibu memerlukan bekalan nutrisi untuk menghasilkan tenaga, di samping meningkatkan keupayaan menghasilkan bekalan susu yang penuh khasiat supaya bayi pramatang cepat naik berat badannya.

Cepat naik berat badan bayi, maka cepatlah boleh keluar dari hospital! 🙂

Perlu diingati juga, kepenatan bersalin dengan kelahiran pramatang ini jika tidak dikawal, boleh mengganggu emosi yang boleh menyebabkan ibu stres.

Oleh itu, ibu sangat-sangat disarankan untuk mengambil set bersalin dan menyusu Shaklee yang terdiri daripada B-Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Zinc Complex, Alfalfa Complex, Ostematrix, Vita Lea, dan ESP.

Melalui pengambilan set ini juga akan membantu menaikkan berat badan bayi pramatang dengan berkesan, cepat dan selamat.

Set Bersalin & Menyusu Shaklee RM577.25

Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

4 thoughts on “Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu Buat?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *