Kelas Antenatal Amani Birth

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini (19, 20 & 21 Februari 2015) saya dan suami telah menghadiri kelas Amani Birth yang dikelolai oleh Childbirth Educator (CBE) dan Doula Izyan Liyana yang lebih dikenali sebagai Liyana Helmy.

Kelas Amani Birth
Abaikan muka saya yang pucat sebab baru lepas bersalin pada malam terakhir kelas Amani Birth!

Apa itu Doula?

Bahasa ringkasnya cikgu yang mana mengajar ibu atau bakal ibu tentang kelahiran. Bermula dari mengandung, kemudian bersalin dan seterusnya berpantang. 🙂

Ramai yang keliru sehingga tersilap anggap bahawa doula ialah bidan. Doula tidak boleh menyambut kelahiran bayi seperti bidan. Malah doula sangat jauh untuk dikategorikan sebagai bidan.

Doula adalah sebagai pendamping atau pemberi semangat kepada ibu untuk bersalin. Sesiapa sahaja boleh menjadi doula termasuk kawan, adik beradik, jiran dan sebagainya.

Apa yang penting, ibu tersebut rasa selesa dengan kehadiran doula tersebut. Suami atau ibu kepada ibu yang nak bersalin boleh menyambut kelahiran bayi, tetapi tidak bagi doula.

Apa itu Amani Birth?

Amani Birth adalah satu jenama (brand), sama seperti hypnobirthing, yang merujuk kepada kelahiran yang semulajadi (natural).

Cuma bezanya, Amani Birth menekankan konsep islamik, iaitu kelahiran sebagai ibadah kepada Allah s.w.t, menyerahkan sepenuh kebergantungan kepada Allah s.w.t setelah pasangan suami isteri itu berusaha melengkapkan diri dengan ilmu tentang kelahiran.

20 Prinsip Amani Birth

Dalam pada itu, adalah menjadi tanggungjawab bakal ibu serta suami untuk memastikan bakal ibu sentiasa menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam, serta mengawal emosi.

Penjagaan ini dapat mengurangkan risiko komplikasi sepanjang kehamilan, ketika proses bersalin dan selepas bersalin (dalam pantang), selain bertindak memastikan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat.

Apa Istimewanya Amani Birth?

Rata-rata yang menghadiri kelas bersama saya ingin mencari ilmu supaya dapat melahirkan anak secara gentle atau natural, iaitu kelahiran secara semulajadi mengikut fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada setiap wanita.

Fitrah yang dimaksudkan termasuklah tanpa VE (cek bukaan jalan) dan tanpa melibatkan alat bantuan seperti IV drip, epidural, episiotomy, forcep, vacuum dan juga pembedahan.

Secara ringkasnya, pasangan suami isteri mempelajari langkah-langkah yang perlu diambil sewaktu berlakunya proses kelahiran. Yang paling penting ialah masing-masing tahu bila waktu itu tiba, dan bila waktu itu belum tiba.

Tujuan pembelajaran ini ialah supaya masing-masing sentiasa dalam keadaan bersedia, tidak panik, tidak cemas dan tahu bertindak jika berlakunya kelahiran sebelum sempat tiba di hospital, termasuklah semasa berada di rumah, di dalam kereta, atau di dalam hutan sekalipun.

Pentingnya untuk tahu bahawa waktu itu belum tiba ialah supaya ibu tidak terpaksa terlantar di hospital pada masa dan dalam keadaan yang tidak perlu. Setiap satu proses kelahiran bagi setiap wanita adalah unik, menjadikan angka 9 bulan 10 hari tidak boleh dijadikan ukuran yang tepat sama sekali.

Apa Yang BUKAN Amani Birth?

Amani Birth tidak pernah melarang ibu bersalin di hospital, Amani Birth tidak pernah memaksa ibu bersalin di luar hospital, sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tanpa usul periksa.

Amani Birth menekankan bahawa proses kelahiran ialah suatu yang cukup indah, di mana ia adalah pilihan setiap individu untuk bersalin di mana-mana sahaja yang dia rasa selesa baginya.

Bagi saya sendiri, saya tidak pernah menolak untuk bersalin di hospital, kerana saya tahu hak saya, saya tahu cara menggunakan hak yang ada pada saya, dan yang paling penting suami saya tahu cara menggunakan haknya sewaktu di hospital.

Alhamdulillah hasilnya ketiga-tiga puteri kami telah pun melalui proses kelahiran yang semulajadi, dengan kerjasama yang baik antara kami dengan pihak hospital, termasuk doktor dan juga bidan hospital.

Menghadiri kelas Amani Birth bukan sahaja telah membuka mata saya terhadap realiti yang berlaku terhadap ibu-ibu lain, malah menambah keyakinan saya untuk membantu ibu-ibu untuk sama-sama merasai keindahan proses kelahiran, dengan cara yang betul, melalui proses yang betul, dengan kerjasama yang betul.

Berapa Yuran Amani Birth?

Yuran tak mahal jika dibandingkan dengan ilmu yang kita akan perolehi. RM800 sahaja untuk sepasang suami isteri. Yuran ini termasuk modul (buku) dan makan 4 kali sehari.

Modul Amani Birth ini merangkumi bermula semasa hamil, bersalin dan berpantang. Menu pemakanan ibu hamil untuk elak GDM, tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah juga ada di dalam modul ini.

Sebagai rujukan awal sila rujuk link berikut:
http://www.drbrewerpregnancydiet.com/id11.html

Kelas Amani Birth diadakan selama tiga hari berturut-turut dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang. Lama kan? Tapi kami sangat berpuas hati. Cikgu Liyana dan kawan-kawan sekelas juga sangat supporting dan cepat mesra.

Kelas Amani Birth 19 - 21 Februari 2015

Rata-rata yang hadir pernah bersalin secara pembedahan dan ada juga yang akan baru hamil kali pertama. Selepas kelas pun kami masih lagi berhubung mesra antara satu sama lain.

Masing-masing tidak putus-putus menyumbang motivasi dan kata-kata semangat untuk sama-sama membina keyakinan diri supaya masing-masing dapat melahirkan anak secara semulajadi. Support group tidak pernah pudar, memang hebat! 😀

Jom sertai Kelas Antenatal Amani Birth, ia sangat berbaloi!

Share Itu Prihatin!

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *