Perlukah Susu Lain Setelah 2 Tahun Menyusu Dengan Susu Ibu?

Apabila anak sudah bercerai susu samada sebab cukup penyusuan selama 2 tahun atau anak itu sendiri yang berhenti menyusu atas sebab-sebab tertentu, maka si ibu akan sibuk mencari susu lain untuk diberikan kepada si anak.

Perlukah susu lain untuk si anak yang sudah khatam menyusu?

Ramai ibu yang tidak memahami dan keliru tentang keperluan pemakanan bayi.

Mungkin disebabkan pengaruh iklan TV yang mencanang susu formula sangat berkhasiat untuk tumbesaran anak anda, maka si ibu mudah terpesona dengan hanya susu sahaja yang boleh menjadikan anak anda kuat, cukup zat, sihat, berisi, bijak dan sebagainya.

Sedangkan setelah anak khatam menyusu, makanan lain (yang bersifat real food) adalah jauh lebih penting berbanding susu formula.

Makanan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada tumbesaran anak yang lebih sempurna.

Dalam usia 2 tahun, anak tidak perlu semestinya bergantung sepenuhnya dengan susu sebagai makanan utamanya.

Anak 2 tahun perlukan pelpagai jenis makanan BUKAN hanya susu!

Pada 6 bulan pertama, bayi hanya diberi minum susu ibu sahaja tanpa perlu diberi walau setitis air kosong pun. Dalam susu ibu itu sendiri sudah pun mengandungi 87.5% air.

Air kosong

Sebaik sahaja umur bayi mencecah 6 bulan, bayi sudah boleh diperkenalkan dengan pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Makanan pejal boleh diperkenalkan secara berperingkat mengikut tahap umur bayi.

Namun keutamaan pada peringkat umur bayi 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu, dan kemudian baru diikuti dengan makanan. Untuk lebih terperinci sila rujuk artikel Panduan Pemakanan Bayi.

Ironinya, setelah usia anak meningkat ke 24 bulan (2 tahun) dan ke atas, keutamaan telah bertukar kepada makan pejal berbanding susu.

Dalam tempoh ini, anak hanya menyusu sekadar melepaskan rindu atau lebih kepada bermanja-manja sahaja. Malah tujuan kasih sayang, sebaiknya biar anak berhenti sendiri menyusu tanpa paksaan.

Anak 2 tahun tidak perlu diberikan susu formula!

1. Susu formula mengandungi banyak gula.

Ibu boleh cek kandungan gula yang tertera di belakang tin susu formula.

Tanpa disedari, anda telah memberikan purata 8 sudu gula tambahan sehari kepada anak anda. Silap-silap anak pula hairan, ibu ni nak bagi susu ker nak bagi gula?

Jumlah itu belum termasuk dengan pengambilan ais krim, gula-gula dan lain-lain makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada anak.

Antaranya kanak-kanak mudah mengantuk, kurang cerdas, terdorong menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal, melemahkan penglihatan dan pelbagai lagi.

2. Rasa susu formula tidak sehebat rasa susu ibu.

Susu formula tidak sesedap susu ibu!

Syarikat pengeluar hanya mampu memformulasikan susu formula dengan perisa vanila, strawberi dan coklat sahaja.

Tidak hairanlah anak susu ibu enggan minum susu formula kerana rasanya tidak mampu menandingi rasa susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa dan aroma original, iaitu benar-benar mengikut apa yang ibu makan.

Sebab itu rata-rata anak susu ibu tidak memilih makanan. Apa yang keluarganya makan, itulah yang dia akan makan.

Sebab itulah saya tidak kekok memperkenalkan makanan keluarga kepada anak apabila anak mula menjejaki usia 2 tahun.

3. Jangan hampakan naluri bercitarasa anak.

Bukan susu formula jenama ABC atau XYZ yang kita nak berbalah laki bini untuk menentukan mana yang lebih sesuai untuk anak 2 tahun.

Tetapi bantulah anak membuat eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan naluri citarasa yang telah wujud sejak azali lagi.

Perkenalkan makanan sebenar kepada anak

Makanan Sebenar!

Apabila anak sudah membesar, ibu bapa perlu memberi peluang kepada anak untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi.

Jika anak hanya diberikan susu sahaja, adalah satu kerugian untuk anak tersebut kerana tidak dapat merasa tekstur makanan sebenar.

Anak perlu merasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup dan nasi boleh dimamah.

Tidak seperti susu yang hanya dihisap melalui botol sahaja. Lama-kelamaan anak-anak lambat untuk belajar hidup berdikari.

Selain itu, anak yang diperkenalkan dengan makanan sebenar dapat mengenali pelbagai warna dengan lebih bervariasi, yang secara tak langsung membentuk minda yang lebih cepat matang.

Bandingkan, anak yang sentiasa temui warna hijau, kuning, oren, jingga, merah dan sebagainya, dengan susu formula yang hanya ada warna putih sahaja, atau warna pink sahaja, atau warna coklat sahaja.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Perlukah Susu Lain Setelah 2 Tahun Menyusu Dengan Susu Ibu?”

  1. Susu formula mmg byk gula.. Tp byk juga susu lain yg tak byk mengandungi gula… Even kita yg dewasa ni juga perlukan susu utk kalsium… Ibu2 mengandung juga digalakkan minum susu… Maknabya nutrien dan kalsium dlm susu dpt membantu menguatkan tulang… Sy sampai skrg amalkan minum susu utk tulang sy.. Harap anak2 juga dpt minum susu tulen hingga dewasa n tua… Tapi makanan n minuman yg bergula sy cuba elakkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *