Elak Perineum Terkoyak Ketika Meneran Semasa Bersalin

Perineum ialah otot sekeliling vagina, dan ia boleh terkoyak ketika meneran semasa melalui proses kelahiran (bersalin).

Perineum terkoyak adalah satu ketakutan bagi setiap ibu. Ramai ibu yang fobia dan mengalami trauma, yang kadangkala berpanjangan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Lebih menyedihkan bila ibu-ibu mula percaya mitos bahawa perineum terkoyak ketika bersalin itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan.

Ianya adalah mitos yang salah!

Maka adalah sangat penting untuk setiap bakal ibu supaya mengetahui cara-cara yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perineum terkoyak semasa bersalin.

Dari seawal-awal kehamilan lagi semua ibu perlu tahu cara-cara mengelakkan perineum terkoyak ketika bersalin, supaya proses kelahiran melakar pengalaman terindah buat ibu.

Dengan pengalaman terindah, ibu akan sentiasa ingin mengandung dan melahirkan anak, demi untuk merasai lagi pengalaman terindah ini.

Petua Menjadikan Otot Perineum Lembut, Kuat dan Elastik

1. Minum minyak kelapa dara dan minyak zaitun dari sebelum hamil lagi atau sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

2. Lakukan sapuan minyak zaitun di seluruh kawasan perut hingga ke kaki seawal kehamilan. Ia bertujuan supaya perut anda tidak merekah (strechmark), memiliki kulit halus dan lembut. Nak sapu seluruh badan pun boleh.

3. Suami buat urutan di sekeliling perinieum. Caranyanya ialah gunakan ibu jari kedua-dua belah jari yang telah disapu dengan minyak kelapa dara (VCO) dicampur dengan Essential Oil.

Lakukan urutan di sekeliling perinieum mengikut gerakan “U” iaitu ke kiri dan ke kanan selama mana yang anda selesa.

Tujuan urutan ini supaya otot perinieum anda lembut, kuat dan elastik. Lakukan setelah kandungan anda berusia 28 minggu ke atas.

4. Senaman kegel. Caranya ialah teknik ‘kemut’ seperti anda menahan kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian lepaskan bakinya.

Senaman ini boleh menjadikan otot pelvik anda kuat, lembut dan elastik.

Anda  boleh melakukannya di mana-mana saja tanpa sesiapa pun mengetahuinya.

5. Banyakkan pengambilan protein. Saya syorkan ESP, ia mudah disediakan setiap waktu di mana sahaja. Selain itu set kehamilan jangan dilupakan yer. Banyak manfaatnya.

Teknik Meneran Supaya Perineum Tidak Terkoyak

1. Dalam keadaan baring, pegang kedua-dua belah buku lali anda supaya anda ada tempat untuk berpaut. Teknik ini penting supaya punggung anda sentiasa rapat ke lantai. 

2. JANGAN angkat punggung

Sedia maklum, bersalin di hospital memerlukan anda baring terlentang di atas katil. Posisi ini adalah melawan graviti dan jika tersilap langkah, ia boleh menyebabkan perineum anda terkoyak.

Oleh itu, semasa bayi bersedia bergerak ke bawah,  jangan sesekali mengangkat punggung. Ibu boleh meminta suami supaya ingatkan anda takut-takut terlupa di saat-saat genting.

3. Kawal pernafasan

Peringkat Pertama

Semasa selviks mula mengembang, tumpuan mestilah difokuskan 100% kepada pernafasan, bukan meneran.

Caranya ialah dengan menarik nafas dalam perlahan-lahan melalui hidung dan melepaskannya perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi langkah ini setiap masa.

Dalam masa yang sama, bayangkan imej seperti matahari terbit atau pokok yang tinggi. Teknik ini akan memberi ketenangan jika diamalkan.

Anda akan dapat menguasai teknik ini sekiranya minda dan badan bekerjasama antara satu sama lain.

Peringkat Kedua

Peringkat ini diperlukan sebaik berlaku crowning, iaitu sebaik kepala bayi mula kelihatan.

Teknik ini dikenali sebagai teknik “pernafasan turun”. Caranya ialah bernafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya perlahan-lahan melalui hidung sambil memberi tumpuan ke bawah/ perut.

Tumpuan yang bagaimana? Tumpukan keseluruhan tubuh badan kita ke arah bawah/ perut. Ibarat dalam solat, mata kita tertumpu kepada tempat sujud.

JANGAN pandang sekeliling kerana ia boleh membuatkan anda hilang tumpuan. Hiraukan, pedulikan segala yang berlaku, ia bukan priority!

Ketika ini selviks terbuka sepenuhnya dan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke bawah.

JANGAN sesekali meneran. Yakinlah, bayi anda sangat pandai mencari jalan keluarnya sendiri.

Ketika proses ini, bayangkan imej pembukaan kelopak mawar yang sedang mekar penuh.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Elak Perineum Terkoyak Ketika Meneran Semasa Bersalin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *