Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Arkib penulis

Adrenaline di manakah kamu?

Sekian lama kutinggalkan blog ini, dengan alasan kesibukanku yang tidak pernah pudar. Aku pun tidak tahu di manakah titik noktahnya kesibukan duniawi itu. Apa yang aku dan kamu semua tahu, Soleh.Net sudah lama tidak kubelai. Hari ini aku cuba mencari adrenaline untuk mula mem-boost-kan penulisanku yang telah lama terhenti. Aku rasa mulai dari sekarang aku [...]

Misi mencari pengganti pentadbiran Soleh.Net

Salam semua, Ada satu pengumuman penting—Saya terpaksa berundur dari Soleh.Net, kerana tidak sempat mengemaskini blog ini secara konsisten. Memandangkan Soleh.Net masih ditaja selama 1 tahun lagi, sukacita ingin  saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung perjuangan Soleh.Net secara PERCUMA. Selama 3 tahun Soleh.Net berada di awangan blog & internet, dan pernah mencapai Alexa ranking ke-80,000 [...]

Prokrastinasi terlampau

Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi … hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku. Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya. Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu [...]

Elakkan penyampaian dakwah yang melulu

Definisi dakwah Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus. Tujuan dakwah Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak. Secara terperinci, seseorang [...]

Isu dan permasalahan mandi wajib

Lama saya bercuti. Sepanjang ‘percutian’, saya tidak putus-putus dihujani persoalan berkaitan isu-isu dan permasalahan mandi wajib. Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah: Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala; Was-was dengan mandi wajib; Antara wiladah dan nifas; Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam [...]

Muka 2 dari 5512345...102030...Terakhir »