Soleh.Net

Hukum meninggalkan solat
Beberapa ketika yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang pengenalan ibadah solat.

Dalam topik tersebut, kita telah mengupas tentang pengertian dan kefardhuan solat, kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam (bahagian 1 dan bahagian 2), serta hikmah solat.

Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.

Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

Rebutlah peluang pada kelebihan Nisfu Sya’baan
Hari nisfu sya’baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008.

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu sya’baan:

Selepas solat maghrib, buat solat sunat nisfu sya’baan 2 rakaat. Rakaat pertama baca al-Fatihah & surah al-Qadr sekali. Rakaat kedua baca al-Fatihah & surah Al-Ikhlas tiga kali;

Membaca Yaasin tiga kali selepas solat Maghribnya. Selepas Yaasin pertama mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah.  Selepas Yaasin kedua mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah. Selepas Yaasin ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam serta mati di  dalam iman dan  pohonlah segala yang baik. Kemudian baca istighfar sebelas kali dan selawat sebelas kali.    Baca doa nisfu Sya’aban (biasanya terdapat di dalam buku Yaasin);

Baca surah ikhlas 1000 kali; dan

Berpuasa pada siangnya (Ahad).

Antara kelebihan bulan sya’baan ialah:

Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;

Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:

adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,  adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya  kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.

Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya’baan. Antara yang termasyhur ialah:

Malam Dimustajabkan Doa;

Malam Pembahagian Takdir;

Malam Rahmat;

Malam Berkat;

Malam Pengampunan (Taubat);

Malam Penebusan;

Malam Syafaat;

Malam Penulisan;

Malam Keagungan dan Kemuliaan;

Malam Rezeki;

Malam Hari Raya Para Malaikat; dan

Malam Penghidupan.

Jadi marilah sama-sama kita memeriahkan lagi bulan sya’baan ini dengan amal ibadah yang lebih dari kebiasaannya.

Jalanlah lupa untuk ambil kesempatan untuk berpuasa pada 15 sya’baan nanti iaitu pada hari Ahad 17 Ogos 2008 ini, kerana kita tidak tahu samada kita masih berkesempatan lagi atau pun tidak untuk bertemu dengan nisfu sya’baan pada tahu hadapan.

Jangan lupa juga untuk sebarkan kepada saudara mara dan rakan taulan. Moga-moga beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.

Wallahua’alam

Tips murah rezeki dan dijauhkan kesulitan
Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang  lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat  diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam.

Cara istinjak najis pertengahan yang sudah kering
Beberapa hari yang lalu aku menerima sekeping email dari seorang pembaca Soleh.Net yang menarik minat aku untuk berkongsi dengan pembaca budiman yang lain.

Soalannya berbunyi begini:

Saya hendak tahu tentang bagaimana penyucian najis pertengahan (air kencing dewasa) yang sudah kering…

(Terima kasih saudara Raja Muhamad Nadzmi Raja Zainal Abidin)

Saudara,

Cara menyucikan najis pertengahan adalah sama tidak kira basah atau kering, iaitu dengan menghilangkan warna, bau dan rasa.

Cara menghilangkan tersebut boleh dilakukan dengan membasuh dengan air yang mengalir. Boleh juga menggunakan sabun supaya hilang baunya.

Justeru tiada bezanya kaedah penyucian najis pertengahan sama ada basah atau kering.

Cuma beza antara najis kering dan basah, najis yang kering sekiranya disentuh (sengaja atau tidak) dengan anggota badan atau objek yang juga kering, TIDAK akan menjadikan yang menyentuh itu dicemari najis.

Sebaliknya najis yang basah dan/atau anggota badan atau objek yang basah, apabila bersentuhan akan menyebabkan kedua-duanya dicemari najis.

Sekian, wallahu a’lam.

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk
Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.

Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

Tulus

Rendah diri

Setia

Berfikiran positif

Perwatakan ceria

Bertanggungjawab

Percaya kepada diri sendiri

Pemaaf

Mudah berkira

Empati

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Ketahui hikmah solat untuk tingkat khusyuk, kerajinan
Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksakannya.

Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga.

Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan.

Hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:

Mengingati Tuhan, pencipta alam;

Menghalang perbuatan keji dan mungkar;

Melahirkan ketenangan jiwa;

Mendidik akhlak mulia;

Menyucikan zahir dan batin;

Mengekalkan kesihatan tubuh badan;

Melatih disiplin diri;

Melahirkan semangat bersatu padu;

Meningkatkan taraf ekonomi;

Mendapat ilmu politik Islam; dan

Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan.

Mengingati Tuhan, pencipta alam

Ibadah solat akan mengingatkan seorang hamba kepada penciptanya, Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,

Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Ingatan kepada Allah ini akan menimbulkan perasaan takut dan tunduk taat kepada-Nya dan juga akan menimbulkan perasaan mengagung dan membesarkan-Nya dengan sepenuh hati tanpa ada tandingan lagi.

Menghalang perbuatan keji dan mungkar

Solat juga menjadi penghalang kepada perlakuan-perlakuan buruk dan keji. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud,

Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari angara keji dan perbuatan durjana, dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedah dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahi apa yang kamu kerjakan.

Dengan mengadap Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam akan menimbulkan rasa kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah serta merasa gerun dan takut terhadap kemurkaan-Nya. Hal ini sudah cukup untuk menjadi pengawal kepada segala kejahatan dan pencegah semua jenis kemungkaran.

Melahirkan ketenangan jiwa

Selain itu, ibadah ini mampu melahirkan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, hati yang tabah, damai lagi pemurah. Firman Allah dalam surah Al-Maarij ayat 19 hingga 23 yang bermaksud,

Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat keluh kesah (lagi kikir). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat berkeluh kesah, dan apabila dia beroleh kesenangan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang bersolat, yang adalah mereka itu terus berkekalan melaksanakan solat mereka itu.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

Dijadikan penyenang mata (hati)ku dalam solat

(Hadith Riwayat Ahmad, an-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Anas bin Malik).

Mendidik akhlak mulia

Perbuatan dan bacaan dalam solat mampu mendidik dan mengasuh seseorang untuk berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan santun, baik tutur kata, dan menjaga maruah diri.

Akhlak sebegini secara tidak langsung memberi rasa malu kepada seseorang itu untuk mendedah aurat di khalayak ramai.

Dengan demikian akan menghasilkan insan yang berperibadi lurus, merendah diri, tidak angkuh, tidak sombong, mesra, harmoni, taat dan mempunyai sifat-sifat mulia yang lain.

Menyucikan zahir dan batin

Solat melatih diri seseorang supaya sentiasa besih zahir dan batin. Suci dari kekotoran luaran dan suci dari kekotoran dalaman seperti khianat, riak, ujub (sombong) dan lain-lain lagi.

Kemurnian jiwa raga itu adalah diperolehi daripada pembersihan hati dari syirik khafi dan jali serta kewajipan bersuci dari hadas dan najis.

Mengekalkan kesihatan tubuh badan

Ibadah solat mementingkan penjagaan kebersihan. Ibadah ini juga menghasilkan pergerakan tubuh badan.

Gabungan kebersihan dan pergerakan boleh membantu mengekalkan kesihatan, melancarkan perjalanan darah, dan juga menggerakkan serta menyegarkan urat saraf. Hal ini dapat memberi kecergasan kepada tubuh badan.

Melatih disiplin diri

Ibadah solat melatih kehidupan yang berdisiplin dan mengikut peraturan melalui penjagaan waktu solat, berbaris dalam saf dan kewajipan mengikut imam;

Melahirkan semangat bersatu padu

Melalui solat berjemaah dan solat Jumaat, semangat perpaduan, bekerjasama dan mahabbah dapat ditanam dan dipupuk.

Semangat sebegini menjadi pemangkin kepada kelahiran sesebuah masyarakat yang kuat, maju, bahagia dan damai.

Meningkatkan taraf ekonomi

Secara tidak langsung, solat juga akan mengheret umat Islam supaya berkecimpung dalam kegiatan-kegiatan ekonomi.

Dalam mendirikan ibadah solat, kita diwajibkan menutup aurat. Kita menutup aurat dengan menggunakan pakaian.

Penghasilan pakaian memerlukan kepada penanaman kapas, penyediaan peralatan-peralatan pertanian, kilang-kilang memproses kapas, dan sebagainya untuk dijadikan kain.

Untuk meningkatkan penghasilan pakaian misalnya, memerlukan emahiran, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Begitu juga akan halnya dengan peluang pekerjaan, peluang usahawan, yang mana sama-sama menjadi aset kepada kemakmuran rakyat, kestabilan ekonomi umat Islam, serta keutuhan negara.

Mendapat ilmu politik Islam

Melalui kewajipan berjemaah dalam solat, umat Islam telah diajar sistem politik pemerintahan Islam.

Dalam solat berjemaah, makmum diwajibkan mengikut imam serta menegurnya apabila terlupa atau tersalah.

Dalam sebuah negara pula rakyat diwajibkan mentaati pemerintah tanpa boleh menderhakainya selagi tidak melanggar perintah Allah.

Menurut didikan berjemaah rakyat hendaklah menegur dan mengkritik secara membina terhadap pemerintah apabila terdapat penyelewengan atau kesilapan di dalam pemerintahannya.

Sementara di pihak pemerintah pula wajib menerima teguran dengan bijaksana daripada rakyat, tidak boleh bersifat diktator dan kuku besi.

Sekiranya hikmah solat diamalkan oleh kedua-dua belah pihak, saya percaya tidak akan timbul sebarang tentangan, pemberontakan dan huru hara.

Dengan demikian barulah akan tercapailah hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang disebut oleh Allah dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud,

Negara yang baik dan (direstui oleh) Tuhan yang Maha Pengampun.

Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan

Solat adalah tanda kesyukuran dan tanda keimanan kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

Setiap sesuatu itu ada tandanya, dan tanda iman itu ialah solat.

Kesimpulan

Banyak lagi hikmah-hikmah yang terkandung dalam ibadah solat, sama ada yang dapat kita ketahui atau pun tidak.

Cukuplah dengan apa yang telah disebutkan itu untuk menjadi rangsangan kepada kita agar mencintai ibadah solat.

Penutup

Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak mengerti, tidak memahami dan tidak berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati dan merealisasikan hikmah ini dalam kehidupan.

Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud,

Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari solatnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua

(Hadith riwayat an-Nasai).

Sabdanya lagi yang bermaksud,

Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar, (bererti) dia bukan bertambah (dekat) dengan Allah melainkan dia semakin bertambah jauh (daripada Allah)

(Hadith riwayat Ali bin Mabad dan juga at-Tabrani).

Itulah di antara hikmah-hikmah dan rahsia-rahsia solat. Semoga dengan mengetahui dan mengerti  hikmah dan rahsia solat, akan membuatkan kita bertambah cinta terhadap ibadah ini dengan taufiq, hidayah dan inayah Allah s.w.t, dan seterusnya akan menjadikan kita khusyuk dalam menunaikannya.

Dengan itu insya-Allah kita akan termasuk dalam golongan yang telah disebutkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud,

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka

(Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2).

Dan juga satu lagi firman-Nya yang bermaksud,

Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

(Surah An-Nisa’ ayat 103).

Rujukan: Kitab Fiqh Solah

Wallahu a’lam.

3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah
Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.

Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.

Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat seperti batu.

Namun, terdapat 3 keadaan istinjak dimana menggunakan batu adalah tidak dibolehkan. Keadaan ini ialah:

Najis cair yang meleleh;

Keluar sesuatu benda yang sempurna sifatnya; dan

Lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena batang zakar.

Penerangan Terperinci

Terdapat 3 keadaan di mana istinjak dengan batu tidak dibolehkan. Ini bermakna istinjak menggunakan batu bagi ketiga-tiga keadaan ini adalah tidak menyucikan.

Akibat daripada tidak menyucikan ini, bermakna jika cara ini digunakan juga, ibadah solat seseorang itu adalah tidak sah, kerana dia tidak suci daripada najis.

Ini juga bermakna, dalam 3 keadaan ini, seseorang itu mesti mendapatkan air mutlak untuk beristinjak. Air mutlak bermaksud air yang suci lagi menyucikan.

Air yang suci lagi menyucikan (selain daripada air laut) ialah air yang kita sanggup untuk minum.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu punca air itu (seperti air perigi lama) kita tidak tergamak untuk meminumnya, mungkin kerana baunya yang busuk atau pun warnanya yang keruh, air itu tidak dikira sebagai air mutlak.

Baiklah, berbalik kepada topik asal.

Keadaan pertama ialah najis cair yang meleleh. Keadaan seperti ini adalah seperti cirit birit. Cirit birit yang (sebagai contoh) meleleh ke kawasan dubur dan seterusnya ke kawasan peha, mestilah dicuci dengan air mutlak.

Secara logiknya, mustahil untuk kita mengesat batu ke seluruh kawasan peha itu, dengan harapan kesan-kesan najis cair itu akan terhapus daripadanya. Mungkin menyakitkan!

Keadaan kedua pula ialah apabila terkeluar sesuatu yang sempurna sifatnya dari dubur. Sebagai contoh, terkeluar cacing yang hidup, atau pun terkeluar sebiji buah yang sempurna sifatnya, atau pun nasi yang tidak hadam, dan sebagainya.

Keadaan ketiga ialah orang lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena pada batang zakar. Sekiranya najis tersebut hanya mengenai kepala zakar tersebut, ia dimaafkan dan tidak termasuk dalam 3 keadaan ini.

Perbandingan logik akal bagi keadaan kedua dan ketiga juga boleh disamakan dengan keadaan yang pertama tadi.

Fakta tambahan bab istinjak

Seandainya najis keluar dalam keadaan keras, tidak terkena pada dubur, seseorang itu tidak perlu istinjak. Boleh terus bangun, pakai seluar dan pergi kerja. Walau pun kedengaran lucu, begitulah yang dinyatakan dari kitab yang dirujuk (lihat di bawah).

Selain daripada mengambil batu untuk dikesatkan pada dubur atau qubul, seseorang itu juga boleh mengambil dubur atau qubul itu sendiri untuk dikesatkan pada permukaan bahan istinjak itu, seperti dinding, batu besar, tiang, dan sebagainya.

Proses istinjak menggunakan batu tidak diwajibkan dikesat 3 kali. Walau sekali kesat pun, seandainya diyakini bersih, tidak perlu lagi diulang untuk kali kedua.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Kitab Bahrul Mazi

Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?
“Lucky Draw” atau dalam bahasa Melayunya “cabutan bertuah” adalah sesuatu yang tidak asing bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.

Setiap hari di mana-mana saluran media massa seperti TV, radio, Internet, akhbar, dan sebagainya, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang menggunakan cabutan bertuah sebagai mekanisma.

Pertandingan seperti ini biasanya amat mudah untuk disertai, iaitu hanya dengan menghubungi nombor telefon tertera, di samping menjanjikan hadiah berupa wang tunai yang kadangkala mencecah sehingga jutaan ringgit.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah hukumnya menyertai peraduan seumpama itu?

Dari Dr. As-Sheikh Yusof Abdullah Al-Qardhawi dan Prof. Dr. Ali As-Salus serta Sheikh Muhammad Salleh Al-Munjid menyatakan bahawa Islam tidak melarang manusia untuk mencari wang di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya, selagi ia menurut segala sunnah Allah di alam maya dan di dalam masyarakat.

Perkataan “di dalam rangkaian sebab-sebab dan punca-puncanya” bermaksud di antara satu sama lain. Sebagai contoh, antara aku dan kamu, antara syarikat A dan syarikat B, antara Melayu dan Cina, antara Malaysia dan Amerika, dan sebagainya. Islam tidak pernah melarang manusia mencari duit antara satu sama lain.

Perkataan “menurut segala sunnah Allah” itu pula bermaksud prinsip asas di mana manusia mendapatkan duit dengan usaha yang dilakukannya, sama ada titik peluh, hasil pemikiran, kesungguhan badan dan usaha yang berterusan siang dan malam, sehingga mencapai cita-citanya.

Perjudian dan penipuan pula adalah dua cara mendapatkan duit yang diharamkan di dalam Islam. Persoalannya, bagaimana kita hendak mengetahui sama ada sesuatu pertandingan itu suatu perjudian atau sebaliknya? Adakah cabutan bertuah ini merupakan satu penipuan atau tidak?

Begini caranya. Jika sekiranya terdapat sesuatu bayaran terhadap pertandingan tersebut, di mana kesemua atau sebahagian daripada nilai bayaran tadi dimasukkan ke dalam nilai hadiah yang ditawarkan, maka jelas bahawa pertandingan itu adalah suatu perjudian.

Jika sekiranya bayaran dikenakan, akan tetapi kesemua bayaran tersebut adalah untuk kegunaan urusan pertandingan, tidak termasuk ke dalam nilai hadiah, maka jelas bahawa pertandingan itu bukan suatu perjudian.

Jika tiada bayaran dikenakan, tetapi wang tunai menjadi hadiahnya, jelas ia bukan suatu perjudian. Akan tetapi, adakah masih wujud pertandingan seperti itu di zaman “no-money-no-talk” ini?

Itulah yang menghairankan aku sekarang ini. Kenapa Encik Mer De Noms dari MoolahKing.com menganjurkan pertandingan seperti ini? Beliau telah menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang!

Bagaimana pemenang dipilih? Katanya, dipilih melalui cabutan bertuah dari Random.org.

Syaratnya pula bagaimana? Senang sahaja. Pertandingan ini terbuka kepada semua blogger, di mana seseorang blogger itu mestilah:

Menulis satu post tentang pertandingan tersebut;

Meletakkan link moolahking.com dalam post tersebut;

Meninggalkan komen di blog tersebut;

Membuat sedikit ayat-ayat manis dan power supaya insya-Allah menang (tidak diwajibkan).

Persoalan aku: Apakah yang terniat di dalam hatinya sehingga berhasrat menjadikan pertandingan ini suatu kenyataan? Adakah hanya semata-mata ingin menaikkan PR-nya? Atau ingin mempopularkan blognya? Atau ingin menaikkan ranking blognya di Alexa.com? Atau saja-saja mencari pengalaman dalam menganjurkan pertandingan dalam blog?

Walau apa pun sebabnya, aku rekomen korang semua supaya mari sama-sama kita mempokaikan pemilik blog itu. Kita lihat siapa yang kena, siapa yang tak kena, siapa yang tipu, siapa yang kena tipu, dan siapa yang menang?

Kalau malas nak sertai, tolonglah doa-doakan aku agar menang dalam pertandingan mencuba nasib ini. Pertandingan ini tidak melibatkan sebarang duit untuk menyertainya, tetapi menjanjikan wang tunai sebagai hadiahnya. Oleh itu, hukumnya harus, tidak termasuk dalam perjudian.

Wallahu a’lam.

Kemaskini: Mungkin bukan rezeki aku hari ini. Mer De Noms baru sahaja menamatkan pertandingannya tepat pukul 10 malam semalam. Pemenang sudah pun diumumkan. Tahniah  Mindfreakx, Life 4 Hire, dan Cik !x0r@! Itulah padahnya bila kita lambat bertindak.

Sadisnya aku…

Perisian Q10 tingkatkan tumpuan menaip, tulis blog
Aku di sini sedang mencuba satu produk baru berupa sebuah perisian komputer yang diberi nama Q10.

Apa yang menarik di sini ialah ia memberi kita kecepatan dan kecekapan dalam berblog.

Tidak melampau kiranya aku katakan ia mempercepatkan dan mempercekapkan penulisanku 4 kali ganda berbanding biasa. Dahsyat kan?

Rahsianya, perisian ini apabila di-run-kan, ia bertindak menggelapkan keseluruhan skrin dan menyahkan segala gangguan lain di PC kita terutama IM seperti YM, Skype, dan sebagainya.

Ia bertujuan untuk membantu kita supaya khusyuk dan tawadhuk dalam penulisan.

Jadi setiap kali kita run-kan perisian Q10 ini, kita tidak akan diganggu, sehinggalah penulisan kita siap sepenuhnya.

Untuk memastikan kita tidak melalut membabi buta, perisian ini dilengkapi dengan penggera (alarm) supaya kita terjaga dari “keghairahan” menulis.

Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan bunyi mesin taip yang membuatkan kita rasa macam best jer semasa menulis.

Baru 2 minit tadi aku muat turun versi asas, dah banyak aku tulis. Laju kan?

Selain versi asas, ada disediakan versi ‘spell-checker‘ untuk penulis berbahasa Inggeris.

Senang cerita, aku memang rekomen sangat-sangat kepada semua para blogger kita terutama Affuan yang banyak sangat nak kena maintain blog, agar menggunakan perisian yang cukup ringan dan penuh makna ini.

Aku pasti Mr Ah Fa dan Ixora serta Nono (yang kata blog aku bersawang) tentu suka dengan perisian ini.

Tak tau cara nak guna? Senang jer, mulakan dengan run-kan perisian Q10 ni, baca bismillah dan mula menaip.

Takyah pikir apa-apa lagi. Bila dah siap baru tekan F1 untuk bantuan. Di situ akan diberi tips and guides tentang bagaimana cara nak guna perisian ni.

Apa pun, semua command yang diberi adalah standard command. Tak payah nak pening-peningkan kepala.

Zuriaf (ping keji skali!), bila lagi ko nak ajak CikF=) guna perisian ini? Encik SK mesti jeles dengan aku.

5 minit, dah siap pun post aku. Jadi apa kata kalau aku bagi tajuk post ini: “Q10 jimatkan masa aku!” Oook lah tuu!

Wallahu a’lam.

Sikap kerani awam di kaunter selalu menyakitkan hati
Dah cukup lama aku tak menulis. Masaku kini amat terhad. Atau, aku sendiri yang tak pandai nak urus masa?

Mungkin juga, aku kekurangan idea untuk mengarang kisah-kisah masyarakat. Malah aku juga kekurangan mood untuk berbicara melalui penulisanku kini.

Untuk mengembalikan semula mood pembicaraanku dalam Soleh.Net, izinkan aku berbicara sedikit tentang kakitangan kerajaan.

Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sama ada pihak atasan, mahu pun bawahan, mahu pun pihak sahabat handai yang berkaitan dengan topik hari ini.

Tapi hatiku selalu tertanya, mengapa penjawat awam, terutamanya yang berpangkat pembantu tadbir atau lebih dikenali sebagai kerani, yang biasanya kita berurusan dengan mereka di kaunter, selalu menyakiti hati dan perasaan pelanggannya (rakyat)?

Semalam, seorang pemuda memasuki pejabat agama untuk menghantar gambar berukuran paspot untuk buat kad kahwin. Gambar yang dibawanya tidak dapat diterima, sebab kedudukannya menyerong macam gambar orang kenamaan.

Oleh kerana pemuda itu sukar untuk ke pejabat agama atas faktor jarak, dia meminta izin untuk mengirim gambar lain melalui email.

Kerani kaunter dengan muka berkerut itu menghubungi pihak OMPD (tukang proses kad kahwin) untuk bertanyakan hal tersebut.

*OMPD: bahasa pasarnya tukang masuk data dalam komputer lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Tak boleh, sebab nak scan!” jawab OMPD tersebut kepada kerani dengan angkuhnya.

Kerani tadi pula membalas keangkuhan itu dengan menjawab kepada pelanggan tadi dengan angkuhnya juga.

“Kalau dalam email, takleh nak scan!” katanya lagi.

Alahai bodohnya. Malu aku yang jadi saksi kat belakang ni. Pemuda tadi air mukanya dah lain macam. Macam nak marah pun ada, macam malu pun ada, macam satu penyesalan berkunjung ke pejabat agama pun ada.

Bukankah tujuan scan tu adalah semata-mata untuk dimasukkan ke dalam komputer? Bukankah email itu dah sememangnya berada di dalam komputer? Kan sama tu… Bezanya, ia lebih menjimatkan masa, tenaga, dan minyak (petrol) semua pihak. Hangin aku mendengarnya!

Diorang ni nak kata kursus, memang banyak. Hari-hari cerita hal komputer, ICT, teknologi, dan sebagainya. Masing-masing tak padan langsung nak berlagak tunjuk hebat.

Kalau degil nak scan juga (wahai OMPD), print jer lah attachment gambar tu dari email, pastu scan balik.

Kalau tak leh terima kertas A4 biasa, beli glossy paper yang high standard punya tu, Kodak Paper™ ker.

Kemudian print cantik-cantik dan kemudian scan balik untuk dimasukkan ke dalam komputer.

Kata bodoh, marah. Tapi itulah hakikatnya, dah bodoh sombong pulak tu. Geram aku dibuatnya. Sakit hati aku!

Wahai OMPD, masuklah sekolah memandu semula, buat sedikit penyelarasan developmental.

Agak-agak diorang ni bawak kereta, eksiden tak? Eee bahaya nyer. Takut aku, teringat kat pemandu drag yang meninggal dunia akibat kemalangan kelmarin.

Belum habis lagi cerita aku hari ni. Sikit sahaja lagi. Sabar yer, teruskan pembacaan.

Belum sempat aku keluar dari pejabat agama tersebut, masuk pula seorang lagi pemuda, dengan ibu dan bapanya, yang datang dari jauh, melebihi 2 marhalah.

Datang ke pejabat tersebut semata-mata kerana mendapat tahu bahawa di situ ada peluang untuk selesaikan masalah mereka (berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini).

Mereka meminta bantuan pejabat agama supaya pemuda itu dapat berkahwin dengan gadis pilihannya yang dihalang orang tua gadis tersebut.

Kerani tadi terus jawab, “mana boleh, kita tak boleh tolong.”

Sakit telinga aku. Kalau iyer pun, jawablah dengan sopan sikit. Gunalah perkataan encik.

Yang aku hairan, kalau pejabat agama tak boleh tolong, nak pergi ke pejabat mana lagi? Namanya pun pejabat Qadhi, tempat urusan perkahwinan dan pernikahan.

Pakcik tu pun bagi tau, “tolonglah, mereka dah masing-masing sama-sama nak antara satu sama lain. Kami sebagai orang tua sebelah lelaki dah setuju. Sebelah perempuan pun semua dah setuju, kecuali ayahnya. Macam mana nak buat? Tak kan nak suruh kahwin kat siam kot? Kalau boleh, benda baik ni nak buat cara baik..” katanya sayu.

“Yang itu kami tak nak ambik risiko,” balas kerani pangkat SPM tu penuh angkuh. Bukan nak hina SPM, tapi kalau dah perangai tu buruk, jangan kata SPM, yang ada PhD pun orang benci.

Pakcik tu balas lagi, “kan hari tu ada masuk paper pasal orang sini dikahwinkan oleh tuan Qadhi pejabat agama, kerana tak dapat dinikahkan sebab berlainan parti?”

Jawab kerani, “politik lain laa…..” dengan penuh kebodohannya.

Apakah point kamu wahai kerani kaunter yang kurang bijaksana? Sedarkah kamu dengan apa yang kamu katakan itu? Tidak ada kena mengena langsung.

Nasib baik lah aku ni tidak seberani Affuan. Kalau tak, mesti aku dah sound direct dengan menggunakan mulut yang disertakan dengan tangan yang dibantu oleh selipar atau kasut yang kupakai pada masa itu.

Akhir kata, harapan aku kepada kakitangan kerajaan, jalankan tugas dengan hati yang mulia dan ikhlas. Berbudilah sepertimana yang kamu inginkan orang lain berbudi kepada kamu.

Makan gaji buta itu tiada keberkatan.

Wallahu a’lam.