Soleh.Net » Bicara Agama

Memahami makna Sunnah Rasulullah SAW
Daku memulakan penulisan ini dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan doa serta pengharapan yang besar semuga Allah SWT akan menunjuki diri ini ke jalanNya yang benar lagi lurus serta memberikan kekuatan kepada diriku ini untuk menghabiskan penulisan ini, Amin.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama bersyukurlah ke hadrat Allah SWT lantaran dengan limpah kurnia Allah SWT,  dianugerahkan untuk kita kekuatan hingga kita masih mampu untuk membaca dan menulis, masih mampu menghela nafas kita ini dan anugerah yang sangat besar adalah kerana kita masih mampu untuk menggunakan akal kita bagi mencari kebenaran yang hakiki.

Siang tadi, ketika saya berkesempatan untuk melawati Soleh.net, saya terpandang kepada suatu komen dari saudara kita yang bertanya mengenai kefahaman saya tentang Sunnah Rasulullah SAW. Maka kemudian saya menjawab kepadanya dengan memberikan suatu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang antara lain mafhumnya:-

“Sudah ku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sepeninggalan ku jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah ku.”

Dan untuk memberikan kupasan yang lebih mendalam lagi, saya juga bawakan ayat Al Quran dari surah Al Ahzab ayat ke 21 yang antara lain mafhumnya:-

“Sesungguhnya pada Rasulullah itu mempunyai ikutan yang baik (uswah hasanah) bagi kamu iaitu orang yang mengharapkan Allah SWT, mengharapkan pembalasan baik di hari akhirat dan mereka itu banyak mengingati Allah SWT”

Dengan mafhum ayat Al Quran dan Hadis yang saya bawakan ini, saya berharap ianya akan dapat memberikan jawaban dengan sendirinya kepada persoalan yang ditanyakan itu. Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu mempunyai ikutan yang baik, bermakna bahawa setiap apa yang ada pada diri Rasulullah samada dari akhlaknya, sifatnya, pribadinya malahan cara kehidupan Rasulullah itu sendiri samada semenjak dari sebelum baginda menerima wahyu atau setelah baginda menerima wahyu (dilantik sebagai Rasul) adalah merupakan Sunnah Rasulullah. Jika kita mengikutinya, maka insyaAllah, kita akan memperoleh pahala di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya sahabat dan saudaraku, kehidupan Rasulullah SAW itu sepenuhnya semenjak dari dilahirkan hinggalah baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah dibawah bimbingan Allah SWT dan Allah SWT tidak membiarkan baginda walaupun sesaat. Kerana itulah ketika ditanya Aisyah mengenai akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW maka Aisyah menjawab bahawa akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW itu adalah Al Quran. Lebih senang diertikan bahawa Rasulullah itu adalah merupakan Al Quran yang hidup untuk diteladani.

Dari cara baginda menyusu ketika bayi, cara baginda mencari petunjuk Allah SWT, cara baginda beribadah, bermuamalah, berkahwin, malahan cara baginda tidur, bangun, makan, minum, sehinggalah cara baginda ke tandas adalah merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Jika kita mengikutinya bererti kita memartabatkan Sunnah Rasulullah SAW.

Contohnya, ketika baginda masih bayi, ibu baginda telah kekeringan air susu untuk disusukan kepada baginda, hakikat sebenarnya, kekeringan air susu ibu baginda itu adalah merupakan ketentuan Allah SWT, supaya dengan itu Rasulullah dapat dicarikan ibu susuan bagi menggenapkan usia susuan untuk bayi iaitu selama 2 tahun sekurang-kurangnya. Maka untuk para isteri muslimah yang hendak mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, mestilah memberikan susuan kepada bayi mereka paling kurang selama dua tahun, jika sebelum itu siibu telah kekeringan susu badannya, janganlah diberikan susu lembu kerana ibu Rasulullah tidak berbuat demikian tetapi hendaklah dicari ibu yang menyusu untuk menyusukan bayinya itu.

Begitulah juga dengan perkahwinan Rasulullah SAW, sesungguhnya ketika Rasulullah SAW berkahwin untuk kali yang pertama iaitu dengan Khadijah r.a, baginda hanya mempunyai isteri seorang itu sahaja sehinggalah kembalinya kerahmatullah Khadijah r.a. Jadi para suami yang berhajat untuk mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, tidaklah boleh berkahwin lebih dari satu semasa isteri pertamanya masih ada hayat, apatah lagi untuk menceraikan isteri pertama semata-mata untuk berkahwin dengan perempuan yang lain.

Apapun wahai saudara dan sahabat-sahabatku, semuanya mestilah bermula dengan niat yang ada dalam diri kita. Contohnya jika kita memakai pakaian jubah kerana Rasulullah SAW memakai jubah, maka insyaAllah kita akan memperoleh pahala dari perbuatan kita itu tetapi jika kita memakai jubah itu untuk menunjuk-nunjuk dan riya’, tentulah hal sebaliknya pula yang akan kita dibalaskan.

Cuma jika saudara dan sahabat-sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai kaedah mengikut amalan Rasulullah SAW dalam cara kehidupan sehariannya ini, saya lebih suka untuk memberikan sesuatu yang lebih sederhana, contohnya jika kita berpakaian walaupun pakaian itu bukanlah pakaian cara Rasulullah SAW, cukuplah terlintas dalam sanubari kita bahawa kita berpakaian itu untuk menutup aurat kita kerana Rasulullah SAW juga berpakaian untuk menutup auratnya, insyaAllah perbuatan kita yang sedemikian itu juga akan memperoleh pahala mengikuti sunnah selagi tidak ada riya’ dan sifat suka menunjuk-nunjuk.

Begitu juga jika Rasulullah SAW dahulu berkenderaan menunggang unta atau kaldai, maka jika terlintas dalam hati kita bahawa kita berkenderaan itu kerana Rasulullah SAW dahulu juga berkenderaan maka insyaAllah, kita akan memperoleh pahala mengikuti Sunnah Rasulullah walaupun kenderaan yang kita naiki itu adalah keldai yang telinganya sepanjang 10 hasta dan boleh melompat antara bukit ke bukit (kenderaan akhir zaman seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW – kapal terbang).

Dalam permasalahan Sunnah Rasulullah SAW ini, sebenarnya saya lebih suka menekankan bukan kepada persoalan yang remeh seperti cara Rasulullah SAW berpakaian atau berkenderaan malahan juga samada solat cara begini atau cara begitu yang sepatutnya adalah cara Rasulullah SAW! kerana hal itu, bagi saya sebenarnya adalah merupakan hal-hal ringan dan sederhana. Permasalahan sebegini akan lebih membawa kemudharatan daripada kebaikannya sehingga ada antara kita yang sanggup kafir mengkafir kerananya pada hal cukuplah ketika kita menunaikan solat itu terlintas dalam sanubari kita, kita tunaikan solat itu adalah kerana Rasulullah SAW juga menunaikan solat. InsyaAllah selagi kita tidak meninggalkan rukun solat, tidak melanggari ketertibannya dan kita bersolat dengan ikhlas kerana Allah SWT  maka solat kita itu akan diterima oleh Allah SWT dan kita akan beroleh pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Hakikat yang sebenarnya wahai sahabat dan saudara-saudaraku, kita mempunyai Sunnah yang lebih besar yang perlu kita laksanakan.

Apakah Sunnah yang lebih besar itu? Iaitulah mengembalikan “Madrasah Rasulullah SAW” Penelitian perlu kita lakukan supaya dengan itu kita dapat melahirkan kembali Bilal bin Rabbah yang sanggup disiksa, dijemur ditengah teriknya panas gurun dengan batu-batu ditindis dibadannya, biarpun begitu besar siksaan itu, mulutnya masih menyebut “Ahad… Ahad”

Begitu juga dengan Sumaiyah dan isterinya yang dimuliakan sebagai syuhada yang pertama dari Madrasah Rasulullah SAW. Demikian juga dengan Hamzah dan para syuhada yang terkubur di medan Uhud yang setiap tahun akan diziarahi oleh baginda Rasulullah SAW.

Kenapa kita tinggalkan sunnah yang sedemikian agung ini? Yang dari sunnah ini lahir manusia yang hebat dan kental, yang dengannya Islam telah mampu sampai sehingga ke seluruh pelusuk dunia? Kearah memberikan kefahaman inilah saya berusaha untuk menulis dalam soleh.net ini semuga dengan rahmat Allah SWT dan dengan berkat doa dari sahabat dan saudara semua, saya akan terus diberikan kekuatan untuk menulis dan terus menulis dalam ruangan ini insyaAllah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah merupakan salah faham atau salah tafsir yang datang dari saya sendiri. Sama-samalah kita berdoa semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.

Wallah hu aqlam.

Salam dari saya

Manmanan.

Lawati saya di: http://manmanan.blogspot.com

Sunnah Rasulullah (bhg 6)
Assalamualaikum sekelian sahabat dan saudara yang mengikuti Soleh.net semuga Allah menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.

Ku mulakan tulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang datang dariNya, sekali lagi saya dapat menemui sahabat dan saudara-saudara sekelian. Maafkan saya kerana sebegitu lama tidak dapat mengikuti perkembangan Soleh.net dan tidak juga dapat menyalurkan sumbangan buah fikiran. Semuga Allah mengampuni saya di atas kelalaian ini.

Saudara dan sahabat yang dikasihi,

Sepanjang saya berdiam diri kerana kesibukan untuk memenuhi undangan dan tugasan, banyak juga saya menemui dengan sahabat dan saudara kita yang bertanyakan mengenai hal-hal bersangkutan dengan fahaman  yang mereka namakannya dengan  fahaman Wahabi. Banyak yang memprotes fahaman ini dan ada juga yang menyokongnya. Banyak juga saya menerima persoalan untuk saya menentukan samada fahaman ini benar atau salah? hanya yang mampu saya katakan adalah bahawa  Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi yang mengasaskan fahaman Wahabi ini bukanlah seorang yang berilmu rendah sebaliknya beliau adalah merupakan seorang ulama’ yang tersohor juga. Jika hendak dibandingkan antara saya dengan dia, tentu jaraknya terlalu jauh samada dari segi ilmunya atau amalannya. Jadi dengan itu, tidak mungkin saya dapat memberikan sebarang komentar mengenai Imam Muhammad Abdul Wahhab ini apatah lagi untuk menentukan bahawa fahaman ini benar atau salah.

Ada juga yang mengatakan bahawa beliau, iaitu Imam Muhammad Abdul Wahhab ini adalah merupakan ejen kepada kejatuhan sistem kekhalifahan Islam di muka bumi ini dan mereka meminta pandangan saya berhubung dengan perkara itu, maka jawaban saya ialah bahawa saya tidak lahir pada zaman dan ketika beliau melaksanakan misi daqwahnya, bagaimana saya dapat memberikan komentar mengenai perkara itu.

Disebabkan oleh saya begitu berlembut, maka ada juga beberapa saudara seIslam kita yang mendakwa bahawa saya ini adalah sebahagian dari Al Wahabi itu, maka saya menjawab bahawa sesungguhnya persaudaraan itu adalah jauh lebih penting dari kita mencari jalan untuk menambahkan kecelaruan yang telah sedia ada.

Sesungguhnya wahai sahabat dan saudaraku,

Rasulullah tidak pernah menganjur kepada perbalahan sesama kita tetapi menganjurkan jika berlaku sesuatu pertikaian, hendaklah kita kembali kepada Al Quran dan Sunnah Baginda. Ingatlah bahawa umat Islam itu bersaudara, cubit peha kanan akan terasa sakit seluruh anggota tubuhnya. Sesungguhnya persaudaraan sesama kita itu lebih penting dari nafsu kita untuk “menang” .

Semuga Allah SWT menunjukkan kita jalanNya yang benar lagi lurus dan membawa kita kepada “Taufik dan Hidayah”Nya. AMIN.

Sunnah Rasulullah (Bahagian 5)
Assalamualaikum,

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah saya dapat memberikan sumbangan yang seterusnya, Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini. Semuga tulisan yang sedikit ini mampu membuka pintu hidayah Allah SWT untuk kita semuanya.

Sahabat dan saudara seislam yang dikasihi,

Jika kita beriman kepada Allah SWT, maka kita mestilah mempunyai keyakinan yang benar, ikhlas dan bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah SWT itulah yang telah menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi antara keduanya. Dialah Allah yang menciptakan Adam dari tanah di mana Adam itu dijadikan berketurunan sehinggalah tiba kepada zaman yang kita hidup sekarang ini. Jika keyakinan kita menjadi padu, maka kita akan merasakan betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa terbatasnya diri kita ini. Dalam semua hal, kita hanyalah insan yang kerdil sahaja, insan yang lemah dan mempunyai keterbatasan dalam semua hal.

Marilah kita berlapang dada dan melihat dengan mata hati kita dengan ikhlas dan jujur betapa kita ini sebenarnya hanyalah merupakan suatu bentuk kejadian yang sangat lemah dan terbatas dalam semua hal. Untuk itu marilah kita perhatikan alam maya pada ini, lihat pada burung-burung yang berterbangan, penat berterbangan, mereka kembali ke sarang yang menjadi tempat tinggal mereka. Di antara sarang-sarang itu, terdapat sarang yang di dalamnya ada anak-anak mereka yang masih kecil atau baru menetas.

Perhatikan dengan jiwa yang terbuka pada anak-anak burung ini, menjerit-jerit meminta makanan dari ibu atau bapanya. Siibu atau bapa kepada anak-anak burung ini tanpa sebarang keluhan dan rasa penat akan keluar berusaha mencari makanan untuk anak-anak mereka di sarang. Pernahkah kita terfikir, jika kita ini menjadi burung – ke manakah kita akan keluar untuk mencari makanan untuk disuapkan kepada anak-anak yang sedang menjerit kelaparan di sarang? Tetapi burung-burung itu mempunyai nilai ‘tawakkal’ yang sungguh tinggi kepada Pencipta Alam dan mereka tidak pernah disia-siakan oleh Pengawas mereka. Pernahkah kita melihat anak-anak burung itu mati kelaparan? Pernahkah burung-burung ini mempertikaikan habitat kejadian mereka? Subhanallah.

Selepas sebulan berlalu, anak-anak yang dulunya kecil sudah membesar dan menjadi burung yang sedang belajar terbang dan mencari makanan. Sesudah itu, ibu bapanya akan melepaskan anak itu dari jagaan mereka untuk anak itu hidup sendiri. Jikalah ada anak-anak yang tidak mau hidup berdikari dengan sendiri, siibu dan sibapa burung ini akan menolak keluar anak-anak yang telah mampu berdikari dari sarang mereka dan anak-anak burung ini akan bekerja dengan sendiri membina sarang mereka dan mencari makanan tanpa sebarang bantahan, mereka meneruskan penghidupan mereka dengan tawadduk dan tawakkal. Bagaimana pula dengan kita? Sehingga kita berumur 20 tahun masih bergantung dengan ibu dan bapa? Masih tidak tahu dan tidak mahu berusaha? Masih tidak mengenal erti takwa dan tawakkal? Pun demikian, anak-anak manusia sanggup memberontak dan menderhaka kepada kedua ibu dan bapa mereka? MasyaAllah.

Ingatlah, sesungguhnya pada penciptaan burung-burung itu, ada petunjuk mengenai pengabdian diri kepada Allah SWT bagi mereka yang mahu berfikir!.

Sahabat dan saudaraku seislam,

Lihatlah seluruh alam maya ini, tanyalah pada diri kita, pernahkah matahari itu membantah pada ketentuan yang telah ditentukan oleh Pencipta Alam? Pernahkah bulan dan bintang-bintang membantah pada ketetapan Allah SWT? Apa akan berlaku jika mereka bersifat sepertimana manusia yang menolak ketetapan dan hukum Allah SWT? Bukankah akan berlaku kerosakan besar kepada alam maya ini jika mereka membantah ketetapan Allah SWT?

Lihat pula kepada gunung ganang dan pepohonan, apakah yang akan berlaku sekiranya gunung-gunung itu membantah ketetapan Allah SWT? Apakah yang akan berlaku jika pohon-pohon yang telah ditetapkan untuk membesar hanya disuatu tempat membantah Allah SWT dan ingin berjalan-jalan? Apakah yang akan berlaku jika air di laut ingin terbang keudara? Kenapa kita tidak mahu memikirkan semua ini?

Lihatlah pula di dalam tubuh kita sendiri, apa akan berlaku sekiranya darah yang mengalir dalam tubuh kita tidak mahu menurut ketetapan yang telah ditentukan untuknya? Apa akan berlaku sekiranya usus kita menolak ketetapan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepadanya? Apa akan berlaku sekiranya otak kita menolak ketetapan yang telah ditentukan kepadanya?

Lihatlah alam dan penciptaan tubuh badan kita, betapa sinonim perjalanannya. Mereka semua tunduk patuh pada ketetapan yang telah ditentukan untuk mereka, tanpa sebarang bantahan, tanpa sebarang rungutan! Dan kita sebagai manusia yang sebenarnya adalah  sebahagian dari anggota alam ini, kenapa kita hendak memisahkan diri dan menolak ketetapan Allah SWT kepada diri kita? Kenapa?

Sahabat dan saudara seislam ku,

Kita bermegah dengan kehidupan yang kita ada ini, kita bermegah dengan jawatan kita, keturunan kita dan kedudukan kita. Kerana kemegahan pada diri kita sendiri, kita sanggup menolak ketetapan Pencipta Alam dan kita hendak mencipta suatu ketetapan baru kepada diri kita! Kolot, kuno, ketinggalan zaman sentiasa bermain dibibir kita apabila kita di minta untuk melaksanakan hukum Allah SWT! Kenapa kita jadi begini wahai sahabat dan saudaraku? Kenapa kita sanggup menolak sesuatu yang telah ditentukan oleh Pencipta kita? Kenapa kita tidak mahu menerima ketetapan yang telah ditentukan untuk kita?

Kemegahan kita, kesombongan kita dan kehebatan yang kita rasa ada pada diri kita telah menolak kita jauh dari hidayah Allah SWT, Kemanakah akan kita bawa kemegahan, kesombongan dan kehebatan kita itu? Akhirnya kita tetap akan kembali menemui Dia yang Maha Berkuasa, Maha Megah, Maha Sombong dan Maha Hebat!, adakah kemegahan, kesombongan dan kehebatan kita akan berfaedah kepada diri kita ketika itu?

Larilah kamu dari maut jika kamu mampu tetapi pernahkah ada di antara manusia yang pernah berjaya lari dari maut? Dalam kita melalui kehidupan kita ini pernahkah kita temui  manusia yang dapat lari dari maut? Pada usia 20an, mungkin kita hanya mendengar seorang dua kawan-kawan kita yang menemui pengakhiran kehidupan mereka, pada usia 30an, lima enam orang, pada usia 40an, sepuluh sebelas orang, pada usia 50an berpuluh kawan kita mendahului kita, pada usia 60an, hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi kawan-kawan yang seangkatan dengan kita, pada usia 70an ke atas, boleh kita bilang dengan jari kita baki kawan-kawan kita yang meneruskan kehidupan. Dan kita pun hanya menunggu waktu dan ketikanya sahaja Malaikat Maut melawat kita! Ke manakah kehebatan, kemegahan dan kesombongan pada diri kita ini akan kita bawa?

Sesungguhnya, alam ini akan dihancurkan. Musnah dengan kemusnahan yang tidak akan tinggal sesuatupun kecuali debu yang berterbangan. Takkan ada gunanya kemegahan kita ketika itu, tidak akan ada gunanya kesombongan dan kehebatan kita ketika itu. Kita akan dihimpunkan kembali, dipersoalkan setiap apa sahaja yang kita lakukan pada penghidupan kita sekarang ini. Kenapa kita masih lagi dengan kesombongan kita wahai sahabat dan saudaraku? Kenapa!

Kenapa kita mengejar kemewahan dunia hingga kita lupa pada hari di mana kita akan dibangkitkan? Kenapa kita mengikuti mereka yang hendak merosakkan kita? Kenapa kita menolak mereka yang hendak mengajak kita kepada kebahagiaan ketika kita dibangkitkan semula? Kenapa wahai sahabat dan saudaraku?

Tanyailah diri kita dengan jiwa yang luhur, dengan hati kecil yang mengharap kepada Allah SWT. Hati kecil kita tidak akan menipu diri kita sendiri. Tanyailah dengan bersungguh-sungguh, tanyailah dengan penghayatan yang benar!.

Sedarlah dengan kesedaran yang jitu, marilah kita bertaubat dengan taubat nasuha, marilah kita meletakkan Allah di atas segala-galanya. Marilah kita kembali ke pangkal jalan, marilah kita bersama-sama mengharap hanya kepada Allah SWT!!!

Ketahuilah sahabat dan saudaraku, ketika kembali menemui Allah SWT, kita tidak akan membawa apa-apa kecuali apa yang kita usahakan sebagai persediaan bagi kita menemui Dia yang Maha Berkuasa. Jika hari ini kita lalai dari membuat persediaan, kelalaian itulah yang akan menghancurkan kita di hadapan Pemerintah Hari Akhirat.

Kearah untuk mencari petunjuk Allah SWT, marilah kita hayati ayat-ayat Allah SWT ini:-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apabila bumi bergoncang segoncang-goncangnya

Dan bumi mengeluarkan segala kandungannya

Dan berkatalah manusia: “kenapa bumi begini”

Pada hari itu bumi memberitakan pengkhabaran

Bahawa sesungguhnya Tuhannya telah mewahyukan kepadanya (untuk berbuat demikian itu)

Pada hari itu manusia keluar bercerai berai (berseorangan) supaya mereka dapat melihat amal perbuatannya

Barang siapa membuat kebaikan walaupun sebesar zarrah, akan dilihatkan kebaikan itu

Barang siapa membuat kejahatan walaupun sebesar zarrah, akan dilihat kejahatan itu.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Demi yang berlari terengah-engah (kuda perang)

Lalu mencetuskan api (dengan kuku kakinya)

Lalu menyerang di waktu subuh

Lalu menerbangkan debu-debu

Lalu sampai di tengah-tengah kumpulan musuh

Sesungguhnya manusia menyangkal nikmat Tuhannya

Sedangkan sesungguhnya dia menyaksikan (mengetahui) demikian itu

Sesungguhnya ia sangat bakhil (kerana mencintai hartanya)

Tidakkah dia tahu, apabila dibangkitkan apa-apa yang didalam kubur

Dan diperiksa apa-apa yang ada di dalam dada

Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Amat Mengetahui amalan mereka

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(Malapetaka) yang mengetuk hati

Apakah (malapetaka) yang mengetuk hati itu?

Tahukah engkau apakah (malapetaka) yang mengetuk hati itu?

Pada hari itu, manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran

Dan gunung-gunung seperti bulu yang digubar (diputar)

Adapun orang yang berat timbangannya (kebajikannya)

Maka dia dalam kehidupan yang diredhai

Adapun orang yang ringan timbangannya

Maka tempat diamnya dalam Haawiyah

Tahukah kamu apakah Haawiyah itu?

Ia adalah api yang sangat panas.

Semuga ayat-ayat Allah SWT ini akan dapat mengetuk pintu hati kita untuk menerima hidayah Allah SWT dan menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Yang baik itu sesungguhnya adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Jika ada sahabat dan saudara yang berhasrat menghubungi saya atau mendiskusikan sesuatu perkara yang tidak mahu dikongsikan secara umum bolehlah email kepada saya di alamat : manmanan@ymail.com

Sunnah Rasulullah (bhg 4)
Assalamualaikum,

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah saya dapat memberikan sumbangan yang seterusnya, Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini. Semuga tulisan yang sedikit ini mampu membuka pintu hidayah Allah SWT untuk kita semuanya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku seIslam,

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, marilah kita sama-sama mengulangkaji pada penulisan saya yang lalu, saya nyatakan bahawa jika kita inginkan hidayah Allah SWT, maka kita sewajarnya membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayah itu, jika kita menutup pintu hati kita, tentunya kita akan menjadi manusia yang sangat merugi. Ingatlah dengan ingatan yang bersungguh-sungguh pada ayat ini:

Jangan jadi mereka yang mengikuti dengan cara membuta tuli, jangan jadi mereka yang membenarkan tanpa ilmu pengetahuan dan jangan jadi mereka yang meletakkan kepentingan lain melebihi kepentingan penghambaan kepada Allah SWT

InsyaAllah dengan rahmat dan petunjuk Allah SWT, kita akan sama-sama memperoleh jalan yang benar lagi lurus dalam kehidupan kita.

Ketahuilah bahawa meletakkan kepentingan lain selain dari Allah SWT termasuklah juga meletakkan kepentingan diri, kepentingan jamaah, kepentingan kemasyarakatan, kepentingan kenegaraan, kepentingan pengajian, atau kepentingan ilmu pengetahuan. Hakikat yang sangat penting untuk kita hayati ialah bahawa kepentingan Allah itu wajib berada di atas segala kepentingan-kepentingan yang lain.

Jika kita tidak berbuat demikian, maka kita sebenarnya mengambil “ilah” lain selain dari Allah SWT dalam kehidupan kita. Mungkin persoalan sebegini jarang sangat diperkatakan, seberat manapun ia, terpaksa untuk saya kemukakan juga kerana jika kita tidak melapangkan dada, jika kita tidak membukakan akal dan fikiran, jika kita tidak menggunakan pendengaran dan pengelihatan kita untuk mencari petunjuk Allah SWT, semuanya akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna.

Sahabat dan saudaraku,

Ketika Muhammad sedang menyendiri di gua hira’, mencari petunjuk dan jalan yang benar,  tiba-tiba dia dipeluk oleh suatu makhluk Allah dengan pelukan yang kuat. Hal ini amat mengejut dan menakutkan baginda. Kemudian dia disuruh membaca lalu dijawabnya “aku tidak tahu membaca”, makhluk itu masih belum mahu melepaskan pelukannya dan masih menyuruh Muhammad membaca, kerana Muhammad seorang yang ummi, dia tetap juga menjawap “aku tidak tahu membaca” tetapi dia tetap disuruh membaca, disebabkan dia sendiri tidak tahu maka Muhammad tetap menjawap “tidak tahu”.

Lalu kemudian makhluk yang memeluknya itupun mengajarkan kepadanya:-

Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptakan

(Dia) telah menciptakan manusia dari segumpal darah

Bacalah, dan Tuhan kamu amat pemurah

Yang mengajar (menulis) dengan pena

Yang mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.  (surah Al-Alaq ayat 1 – 5)

Selepas itu, barulah makhluk itu melepaskan pelukannya, dan apabila terlepas sahaja pelukan itu, dengan ketakutan yang amat sangat, Muhammad berlari sekuat hati untuk kembali ke rumahnya. Ketika dia menemui isterinya, wajahnya menjadi pucat lesi, peluh memercik hingga membasahi jubah yang dipakainya, dalam keadaan begitu, dia meminta kepada isterinya: “selimutkan aku, selimutkan aku” dan Khadijah, isteri Muhammad menuruti kemahuan suaminya. Ketika menyelimuti tubuh suaminya, Khadijah dapat melihat tubuh suaminya itu begitu menggeletar, menampakkan bahawa suaminya telah menemui sesuatu yang sangat hebat dan amat menakutkannya..

Sebenarnya itulah petanda bahawa Muhammad tidak bercakap bohong atau mengada-adakan cerita mengenai wahyu yang diterimanya. Jika Muhammad berlakun, apa gunanya berlakun dihadapan isteri yang sangat setia kepadanya?, jika Muhammad berlakun, peluh tidak akan terpercik dari dahinya, jika Muhammad berlakun, tubuhnya tidak akan menggeletar kerana terlalu amat takut. Kerana dengan kejadian itulah , Khadijah mengakui beriman dengan apa yang dibawakan oleh Muhammad. Kerana dia tahu bahawa suaminya bukan seorang penakut tetapi keadaan Muhammad ketika itu diselubungi oleh rasa ketakutan yang amat sangat..

Lagi pula Muhammad bukan seorang yang suka berbohong, dia tidak pernah dan tidak tahu bagaimana untuk berbohong sehinggakan seluruh anggota masyarakat kaum Quraish mengetahui hal itu. Adakah kita sebagai pendukung Sunnah bersifat dengan sifat itu? Dengan ibu bapa kita, kita berbohong, dengan anak-anak kita, kita berbohong, dengan isteri atau suami kita, kita berbohong, dengan kaum keluarga kita, kita berbohong apatah lagi dengan anggota masyarakat. Bertanyalah pada diri kita, sunnah yang bagaimana yang hendak kita ikuti untuk sampai kepada syurga Allah SWT? Adakah sunnah pada pakaian Rasulullah atau sunnah pada peribadi Rasulullah?. Kerana sifat Al-Amin inilah ketika Muhammad bertanya kepada kaumnya, “jika aku khabarkan kepada kamu bahawa musuh sedang berada di luar kota, adakah kamu akan mempercayai cakapku?” maka kaumnya menjawap tanpa sebarang keraguan “kami akan mempercayainya!”.

Sesungguhnya, Muhammad ketika dia kembali ke rumahnya dengan wajah pucat lesi itu terus memasuki biliknya dan berselimut bagi mengurangkan rasa ketakutannya. Tetapi rupanya mahluk yang mendakapnya tadi masih mengikutinya dan mengikuti perkembangan yang berlaku kepada Muhammad. Ketika  ketakutan Muhammad mulai berkurangan, makhluk itupun muncul sekali lagi meneruskan pengajarannya:-

Wahai orang yang berselimut

Bangunlah! Berikan peringatan (kepada manusia)

Dan besarkanlah Tuhan kamu

Dan bersihkanlah pakaian kamu

Dan tinggalkanlah berhala

Jangan kamu memberi sesuatu dengan tujuan untuk meminta dengan lebih banyak

Dan untuk Tuhanmu, bersabarlah. (surah Al Muddassir 1 – 7)

Dengan penurunan ayat ini maka jelaslah tugasan yang sangat besar yang mesti dilaksanakan oleh Muhammad Rasulullah SAW. Inilah perintah pertama dari pencipta manusia,  Allah SWT.

Allah memerintahkan kepada Muhammad untuk bangun dan memberikan peringatan kepada seluruh manusia dan membesarkanNya,  membersihkan diri  dan meninggalkan berhala serta sebarang penyembahan yang sia-sia. Allah seterusnya memberikan peringatanNya yang pertama bahawa tugasan ini bukan untuk mendapat balasan dengan lebih banyak! Dan dalam menjalankan tugasan ini hendaklah banyak bersabar. Inilah sunnah terbesar yang wajib untuk kita mengikutinya,

Allah, Dia yang menciptakan kita dan Dia mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita. Dia mengetahui bagaimana mendidik kita dan bagaimana untuk mengajar kita. Dia mengetahui kehendak dan kemahuan kita, kemampuan kita dan kelemahan kita. Kerana itu marilah kita kembali kepada didikan Allah SWT melalui sunnah Rasulullah SAW, marilah kita kembali kepada teras yang pertama dalam  Islam dan ingatlah bahawa apa yang kita laksanakan ini bukanlah untuk memperoleh imbalan yang lebih dari apa yang kita usahakan dan dalam penghayatan ini kita wajib bersabar kerana cabaran dan dugaan yang bakal kita terima adalah sangat besar dan rumit.

Sahabat dan saudaraku,

Al Quran itu bukan hanya diturunkan untuk Muhammad SAW, tetapi Al Quran itu adalah untuk diguna pakai oleh setiap manusia yang beriman kepada Allah SWT. Sesungguhnya, apabila Muhammad yang kita kasihi menerima tugasan dari Allah SWT untuk menyampaikan peringatan Allah SWT kepada manusia, maka bagi setiap kita yang mengakui bahawa Allah SWT itu adalah Rabb dan Ilah kita, kewajipan kita juga adalah untuk menyampaikan peringatan Allah SWT. Sebagai pendiri sunnah di mana kita mengakui bahawa kita adalah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, inilah sunnah yang muktabar untuk kita ikutinya tetapi sunnah inilah yang kita tinggalkan.

Selepas sahaja turunnya ayat pertanggungjawaban dan pemberian tugasan ini, diikutilah dengan ayat-ayat lain yang banyak menerangkan mengenai siapakah Allah SWT, siapakah yang akan kita sembah dan kenapakah kita wajib menyembah Dia. Allah nyatakan bahawa Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi alam maya ini, Dialah yang menciptakan manusia yang bertamadun bermula dari Adam a.s, Dia akan hancurkan seluruh alam maya ini pada suatu ketika nanti dan Dia akan bina semula suatu alam yang lebih kekal abadi dan alam itu dinamakan sebagai Alam Akhirat.

Allah juga menyatakan bahawa setiap manusia akan dibangkitkan kembali di Akhirat dan akan dipersoalkan setiap apa yang mereka lakukan semasa hayat mereka di atas dunia sekarang ini, Manusia yang beriman kepada Allah, yang mempercayai bahawa mereka akan dibangkitkan kembali dan dihitung segala amalannya akan memasuki syurga Allah SWT dan sebaliknya mereka yang menolak Allah SWT sebagai pencipta sekelian alam akan dilontarkan ke dalam neraka. Lihatlah pada firman Allah SWT di dalam surah An Naba’ (perkhabaran).

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Tentang      apakah yang mereka itu tertanya-tanya (sesama mereka)?

tentang      perkhabaran yang besar (iaitu hari berbangkit)

yang mereka      itu bersalah-salahan (mempertikaikan) tentangnya (kebenaran ujudnya hari      itu)

Sesekali      jangan demikian, nanti mereka akan mengetahui

Sesungguhnya      sekali-kali jangan demikian, kelak mereka akan mengetahui (kebenaran hari      berbangkit itu)

Bukankah      Kami (Allah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan

Gunung-gunung      sebagai tiang-tiangnya

dan Kami      ciptakan kamu berpasang-pasangan

dan Kami      jadikan tidurmu sebagai istirehat

dan Kami      jadikan malam sebagai selimut

dan Kami      jadikan siang untuk mencari penghidupan

dan Kami      bangunkan di atas kamu (langit) tujuh yang kuat

dan Kami      adakan lampu yang terang benderang (matahari)

dan Kami      turunkan dari awan air yang mencurah (hujan)

supaya Kami      tumbuhkan dari air itu biji dan tanaman

dan kebun      yang berlapis-lapis

Sesungguhnya      hari keputusan (mahsyar) telah ditentukan waktunya

iaitu pada      hari ditiupkan sangkakala (seumpama terompet), lalu kamu datang      berbondong-bondong

lalu      dibukakan langit,  ia (langit) berpintu-pintu (pecah dan hancur)

dan      diperjalankan gunung-gunung lalu ia seperti bayangan air (hancur berkecai)

Sesungguhnya      neraka telah disediakan

untuk tempat      kembali bagi mereka yang durhaka (menolak ketuhanan Allah SWT)

mereka akan      tinggal didalamnya beberapa masa

mereka tidak      merasa sejuk dan tidak mendapat minuman

melainkan      (kecuali) air yang sangat panas dan nanah yang mengalir

sebagai      balasan yang setimpal dengan kesalahan mereka

kerana      mereka dahulu tidak berharap (mempercayai) akan (hari) perhitungan (hisab)

dan mereka      mendustakan ayat-ayat Kami dengan sebenar-benar pendustaan

Tiap-tiap      sesuatu telah kami catat dalam sebuah buku

maka      rasailah oleh kamu, tidaklah akan kami tambahi kecuali dengan siksaan juga

Sesungguhnya      orang-orang yang bertaqwa ada tempat kemenangan (untuk mereka)

(iaitu)      taman-taman dari kebun-kebun anggur

dan      perawan-perawan yang sebaya

dan piala      (gelas) yang dipenuhi

mereka tidak      mendengar didalamnya omong kosong dan tidak pula pendustaan

sebagai      balasan dari Tuhan kamu sebagai pemberian yang cukup

(iaitu)      Tuhan langit dan bumi dan apa-apa yang diantara keduanya, lagi Maha      Mengasihi, mereka tidak berkuasa berbicara padaNya.

(iaitu) pada      hari yang berdiri Ruh (Jibril) dan malaikat-malaikat berbaris-baris.      Mereka tidak bercakap-cakap kecuali orang yang diizinkan oleh Arrahman dan      mereka  berkata dengan kebenaran

itulah hari      yang sebenarnya (hari perhitungan dimana manusia mendapat hak mereka).      Barangsiapa menghendaki, hendaklah ia mengambil tempat kembali kepada      Tuhannya (bersedia untuk hari penentuan itu dengan amalan soleh)

Sesungguhnya      Kami memberikan peringatan kepada kamu dengan siksa yang hampir (dekat), pada      hari itu, manusia diperlihatkan (tentang) apa-apa yang dilakukan oleh      kedua tangannya dan orang-orang yang kafir berkata “aduhai kiranya, jadi      tanahlah aku”

Saya mendoakan semuga Allah akan terus memberikan kepada saya kelapangan masa bagi menunaikan tugasan menyampaikan ilmu yang diberikan Allah SWT kepada saya ini dan  semuga dengan belas kasihan Allah SWT, ditunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.. Amin.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari salah faham saya sendiri, Walla hu aqlam.

Sunnah Rasulullah (bhg 3)
Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT dan dengan kekuatan yang dianugerahkanNya, sekali lagi saya dapat mencapai ruang Soleh.net ini dalam usaha untuk menyambung kembali tajuk penulisan saya berhubung Sunnah Rasulullah SAW. Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku seIslam,

Di akhir penulisan saya yang lalu, saya kemukakan sedikit persoalan, sebenarnya saya berharap dengan persoalan sebegitu mampu menghasilkan rentetan untuk saya dapat mengenal pasti keadaan dan status sebenar mereka yang mengikuti penulisan saya ini. Bagaimanapun, saya masih belum menerima komentar yang membolehkan saya membuat penyelidikan itu. kerana itu saya meneruskan penulisan ini dengan gambaran umum sahaja.

Pada penulisan yang lalu, di akhirnya saya mengaitkan mengenai hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa bermulanya Islam itu dalam keadaan dagang/terasing/sendiri dan ia akan kembali kepada zaman keterasingannya dan Rasulullah menyatakan bahawa akan beruntunglah mereka yang mengambil Islam yang sebenarnya ketika zaman keterasingan itu terjadi.

Kerana kita ini sudah pun mengiktiraf diri kita ini sebagai Islam iaitu mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya kekuasaan itu adalah milik Allah SWT dan tidak ada sebarang kekuasaan lain yang mampu mengatasi kekuasaan Allah SWT, maka saya ingin membawa sahabat dan saudara semua, menyelami keadaan mereka yang mengenal Allah SWT ketika zaman bermulanya Islam (ghorib Islam yang pertama). Cubalah kita pejamkan mata dan tajamkan akal, letakkan diri kita duduk bersama-sama dengan mereka yang disebut oleh Al Quran sebagai Ahli Kitab sebelum Rasulullah menerima wahyu Allah SWT. Renungkan dengan jiwa yang bersih, adakah sama keadaan mereka dengan keadaan kita sekarang ini?

Jika kita dilahirkan di zaman itu, bapa kita ahli kitab, ibu kita ahli kitab dan kita otomatik adalah ahli kitab walaupun sebenarnya kita sendiri tidak pernah mengetahui apakah isi kitab – bukankah sama dengan kita sekarang ini, bapa kita Islam, ibu kita Islam dan otomatiknya kita adalah Islam walaupun kita hanya tahu membaca tetapi tak pernah tahu apakah isi kandungan Al Quran?

Jika kita diketika itu, bapa kita mengatakan bahawa kita mesti membuat begitu dan begini, ibu kita pula menegah kita membuat begitu dan begini dan kita pula dihantar ke gereja untuk mempelajari al kitab. Kita pun tunduk patuh dengan arahan itu dan kita pun mengenali tuhan dengan apa yang diajarkan kepada kita. Kita pegang hal itu dengan kuat sekuat-kuatnya, kita mengharap akan mendapat syurga Allah selepas kematian kita nanti. Kita akan menentang sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa pegangan kita itu tidak benar atau pegangan guru kita tidak benar. Jika pula ada di antara ahli kitab yang berfahaman tidak seperti fahamnya kita, kita akan menolak mentah-mentah mereka itu dan jika ada yang mengatakan kita ini salah, kita sanggup membunuh orang yang mengatakan kita ini tersalah walaupun pada hakikatnya orang yang mengatakan kita ini tersalah  itu sebenarnya betul? (seperti mana ahli kitab membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka). Adakah sama hal itu dengan keadaan kita sekarang ini? Cuba renungkan dengan ikhlas! Renung dengan kebenaran! Adakah sama antara kita dan mereka?

Jika kita diketika itu, kita menjalankan ibadah kita dengan taat, disuruh kita ke gereja kita akan ke gereja pada setiap hari ahad. Di suruh kita membaca kitab kita pun membaca kitab dan kita antara mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan amalan kita. Kemudian di suatu negeri yang kafir, yang tidak pernah mengenal tuhan, tidak tahu siapakah Allah, dari kalangan mereka yang banyak melakukan maksiat, membunuh anak perempuan, menjual perempuan-perempuan mereka dan duduknya mereka itu di suatu kawasan yang jauh dari ketamadunan, saling berperang dan berbunuhan. Di situ timbul seseorang yang mengakui membawa kebenaran dan menidakkan amalan kita selama ini. Rasanya apa yang akan kita katakan mengenai pembawa kebenaran itu? Adakah kita akan mengikuti, mempelajari atau menolak terus setiap patah perkataannya?

Jika kita dapat membayangkan keadaan itu, jika kita dapat membawa diri kita untuk berada sebagai seorang ahli kitab pada situasi yang sebegitu, renungkanlah apa paderi atau ketua paderi atau ulama kita akan perbuat semasa itu? Bagaimana  pula dengan masyarakat kita ketika itu? Apa pula pandangan umum? Apa pula tindakan yang akan dibuat oleh pemerintah ketika itu? Adakah jika situasi itu di bawa ke hari ini, situasinya akan sama? Bertanyalah pada diri kita dengan keikhlasan dan kesungguhan untuk mencari hidayah Allah SWT kerana sesungguhnya, kita sedang berhadapan dengan dugaan dan fitnah yang sangat besar di saat ini.

Sahabat dan saudaraku,

Sesungguhnya, pada saat itu (ahli kitab pada saat kedatangan Rasulullah), jika kita menolak apa yang di bawa oleh Muhammad tanpa sebarang pengetahuan, tentunya kita akan menjadi manusia yang sangat rugi. Jika kita meletakkan nafsu kita berada di atas akal kita dengan mengatakan bahawa Muhammad itu nabi yang palsu, tentunya kita akan menjadi penentang Allah SWT. Jika kita mendengar kata-kata ketua paderi kita tanpa sebarang usul periksa, tanpa sebarang keterangan dan pernyataan, tentunya kita juga akan menjadi manusia yang rugi. Sewajarnya jika kita dalam keadaan itu, kita sepatutnya memohon petunjuk dari Tuhan kita, menilai setiap apa yang dibawakan dengan ilmu dan dengan fikiran yang terbuka tanpa terikat dengan faham perkauman, faham “kita sahaja yang benar” atau faham “kita buat mengikut apa yang bapa kita buat”, tentunyalah kita akan dapat menerima Muhammad dan mengikuti apa yang disarankannya.

Ingatlah! Jangan jadi mereka yang mengikuti dengan cara membuta tuli, jangan jadi mereka yang membenarkan tanpa ilmu pengetahuan dan jangan jadi mereka yang meletakkan kepentingan lain melebihi kepentingan penghambaan kepada Allah SWT. Jika kita berbuat demikian, samalah kita dengan ahli kitab di zaman Rasulullah SAW. Perjuangan kita menjadi sia-sia, keikhlasan kita terbuang sebegitu sahaja dan kebenaran akhirnya menjauh dari kita. Sama-samalah kita memunajatkan doa, agar Allah memberikan hidayahNya dan membukakan jalan yang selama ini tertutup dihadapan kita.

InsyaAllah, pada penulisan akan datang, jika Allah SWT mengizinkan, kita akan mulai mengupas mengenai kebenaran Muhammad SAW, mengenai jalan sunnah yang sepatutnya kita lalui dan mengenai permasalahan besar yang sedang kita hadapi. Yang baik itu sesungguhnya adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah dari kesilapan diri saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Sambut salam dari saya: Manmanan.

Sunnah Rasulullah (bhg 2)
Ku mulai penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT. Pada penulisan yang lalu saya lontarkan mengenai suatu peristiwa yang menyebabkan saya memulakan penulisan di atas tajuk ini dan untuk kali ini insyaAllah saya akan menyambung di atas tajuk yang sama juga.

Sahabat dan saudara seIslam ku.

Sekiranya kita mengkaji sunnah Rasulullah SAW, maka kita tidak boleh lari daripada mengkaji sejarah Rasulullah SAW. Sejarah kehidupan baginda dari semenjak kelahirannya sehingga kepada kewafatannya. Jika kita buta dalam sejarah kehidupan Rasulullah, maka hakikat sebenarnya kita bukanlah pendukung sunnah yang sebenarnya. Jika kita tidak kenal Rasulullah, bagaimana kita boleh mengatakan bahawa kita adalah pejuang sunnah Rasulullah?

Lihat sahaja, bagaimanakah Rasulullah SAW menyendiri/berkhalwat, meninggalkan urusan dunianya, meninggalkan isteri dan perniagaannya hanya untuk bersendiri di dalam gua (mungkinkah kini dikenali dengan petapaan) untuk suatu tempoh yang agak lama? Persoalannya adalah kenapa Rasulullah berbuat demikian?  Bukankah dengan tindakan baginda itu bermakna baginda telah meninggalkan tugasan kepada masyarakatnya, keluarganya dan keperluan dirinya hanya untuk suatu hal yang belum diketahui?

Bagaimanakah jika pada waktu sekarang ini  seorang suami meninggalkan anak isterinya, meninggalkan hasil usaha atau pekerjaannya dan meninggalkan semua kepentingan pada kehidupannya untuk pergi memanjat gunung dan kemudian duduk bertapa berseorangan diri. Agak-agaknya, apa pandangan anda kepada orang yang sebegini? Apa pula pandangan masyarakat dan apa pula pandangan ahli keluarga?.  Jikalah sekiranya  orang yang bertapa itu memberi jawaban “saya mengikut sunnah Rasulullah SAW”, agak-agaknya apa pula kritikan yang dia akan terima dari masyarakat sekeliling? Terutama jika dia adalah seorang penjawat jawatan besar atau jawatan berkepentingan dalam masyarakat?

Tetapi tidak bagi Muhammad Rasulullah, desakan hatinya untuk mencari petunjuk dan kebenaran telah dikongsi bersama-sama dengan isterinya sehingga isterinya tidak membantah ketika dia membuat keputusan untuk menyendiri di gua hira’ malahan siisteri ini memasak dan kemudian menyuruh pembantu mereka menghantarkan makanan untuk si suami yang sedang mencari petunjuk dan kebenaran. Nampakkah saudara dan sahabat sekelian, bagaimana hal ini boleh berlaku?, semuanya kerana sifat Muhammad Rasulullah itu sendiri. Sifat itulah suatu sunnah yang sepatutnya diikuti, sifat benar, ikhlas, berlembut hati, pemaaf,  berkongsi rasa, tiada kepentingan diri, sentiasa sayang menyayangi dan sentiasa berusaha untuk mendapat petunjuk dan kebenaran.

Adakah sifat ini terbentuk dalam diri kita sebagai pendukung Sunnah? Buatlah analisa dengan jiwa yang benar dan ikhlas,  jangan menuding jari ke arah orang lain apabila kesalahan itu tercermin pada diri kita sendiri. Buatlah muhasabah dengan sebenar-benarnya, bertanyalah pada diri sendiri setakat mana kita ini melaksanakan sunnah itu atau hanya sekedar mengatakan itu salah, ini salah, itu tak betul dan ini tak betul sahaja.

Ingatlah wahai sahabat dan saudara seIslamku, sesungguhnya mengikuti sunnah itu bukan hanya sekadar mengikut cara Rasulullah berpakaian atau ada tidaknya hadis dalam sesuatu upacara/majlis yang dijalankan. Hakikatnya, yang lebih besar dari itu adalah mengikuti kaedah dan sistem yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Bagaimana dari waktu baginda dipeluk oleh Jibril dan disuruh membaca dengan nama Tuhan sekelian alam sehingga akhirnya Islam itu dapat didaulahkan dan kekhalifahan Islam itu menjulang kesegenap pelusuk bumi.

Diriwayatkan daripada Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah SAW: “Bermulanya Islam itu Ghorib (dagang/asing/bersendirian) dan ia akan kembali Ghorib. Maka beruntunglah orang-orang yang Ghoriba”.

Dari hadis di atas kita wajar memahaminya dengan mendalam. Ketika Rasulullah SAW diutuskan, adakah Islam itu berada dalam keadaan ghorib?, jika ya! Bagaimana dengan ahli kitab yang masih menyebut nama Allah SWT? Adakah mereka tatkala itu telah ditolak keimanannya sehingga dikatakan bahawa Islam itu bermula dengan ghorib? Rasulullah juga menegaskan bahawa “Islam itu akan kembali ghorib”,  adakah keimanan manusia ketika itu (ketika islam telah kembali ghorib itu) akan tertolak sebagaimana keimanan Ahli Kitab pada zaman Rasulullah SAW?

Maka beruntunglah orang-orang yang ghoribaa, tetapi bolehkah kita memperoleh atau menjadi pendukung/seorang ghorib ini jika kita tidak memahami apakah maknanya ghorib itu?. InsyaAllah,  dengan rahmat dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT, kita akan membahaskannya pada bahagian ke 3 nanti.

Yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu mungkin dari salah faham dan kelemahan diri saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Sambut salam dari saya, Manmanan.

Sunnah Rasulullah SAW (bhg 1)
Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT.

Sahabat dan saudara seislam,

Sebenarnya saya ingin meneruskan mengenai persoalan “syahadah”  kerana persoalan itu adalah merupakan pokok utama dalam penentuan Islamnya kita. Waktu terkini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan fitnah akhir zaman, amat pentinglah untuk kita kembali kepada persoalan pokok yang menjadi dasar kepada iman dan taqwanya kita,  Kepingin benar saya berkonsi suatu ilmu kearah bagaimana untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT sehingga kita dapat merasai bahawa Allah SWT sentiasa berada berhampiran dengan kita.

Bagaimanapun sahabat dan saudaraku, saya rasa ada sesuatu yang lebih penting untuk di perkatakan dan untuk kita bahaskan bersama kerana persoalan yang hendak saya kemukakan ini telah mulai mendesak dan meruncing. Ianya bermula apabila saya menziarahi seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu. Sahabat ini adalah dari kalangan mereka yang mengikut Mazhab As-Syafii. Disebabkan kebaikan dan sifat toleransinya, ramailah yang menghadiri majlis pengkebumiannya dan di antara sahabat-sahabat dan saudara maranya, ada juga yang menjemput pelajar dan penghuni pondok-pondok pengajian. Alhamdulillah, ketika solat jenazah, lebih dari 200 orang yang turut sama bersolat jenazah.

Sahabat ini pula mempunyai beberapa orang anak yang kesemuanya telah berumah tangga. Salah seorang dari anak perempuan sahabat ini telah berkahwin dengan seorang yang agak baik dari segi agamanya. Di masa hayat sahabat ini masih ada, pernah dia membawa menantunya itu menziarahi saya dan sememangnya menantu beliau yang seorang itu suka berbincang mengenai persoalan-persoalan agama sehinggakan selepas itu pun, menantu sahabat ini kerap juga datang menemui saya bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara-perkara yang diraguinya. Maka dari persoalan-persoalan yang ditimbulkannya itu, saya dapat membuat kesimpulan bahawa menantu sahabat ini adalah dari kalangan mereka yang kita kenalinya sebagai wahabi atau mereka yang banyak menilai kembali hadis-hadis dan menolak sama sekali perbuatan yang tidak dilandaskan sunnah ataupun apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Demikian itulah ketika menguruskan pengkebumian sahabat ini tadi, menantu sahabat ini tanpa menghiraukan siapa yang disekelilingnya telah membuat pengumuman mengenai tiadanya bacaan talqin,  bacaan tahlil dan juga bacaan quran dikuburan kerana katanya Rasulullah SAW tidak pernah membuat hal-hal yang sedemikian itu. Disebabkan oleh pengumuman itu dibuat tidak dengan persetujuan semua ahli keluarga terutama waris terdekat kepada sahabat ini, hampir saja berlaku pertengkaran selepas sahaja selesai menunaikan solat jenazah. Alhamdulillah, hal itu dapat ditenangkan.

Mungkin disebabkan rasa tak berpuas hati, hampir keseluruhan para jemaah yang hadir telah meninggalkan majlis itu dan yang tinggal hanya beberapa ahli keluarga terdekat yang menguruskan jenazah sahabat ini tadi. Bagaimanapun disebabkan sahabat ini tadi semasa hayatnya begitu baik,  beradap sopan serta banyak membantu pondok-pondok pengajian, maka beberapa pondok pengajian mengadakan juga majlis tahlil dan bacaan doa untuk arwah sahabat ini walaupun dirumahnya sendiri sunyi sepi tanpa bacaan quran, tahlil atau seumpamanya. Semasa melalui rumah sahabat ini tadi, terasa juga kesedihan saya, kerana selalunya selepas majlis kematian, maka anak-anak atau saudara terdekat akan membaca Al Quran untuk dihadiahkan kepada si mati sebagai bekalan beliau di alam barzakh tetapi rumah itu sepi kerana anak-anak beliau sendiri mula meninggalkan rumah itu kembali ke rumah mereka sendiri. Saya menghubungi salah seorang anak sahabat ini dan bertanyakan mengenai perkara itu, beliau hanya menjawab, “kami balik sebab kami tak nak berlaku pertengkaran adik beradik hanya disebabkan oleh seorang menantu.”

Demikianlah apa yang telah berlaku, hanya kerana ingin menegakkan kefahaman dan pegangan sehingga lupa pada pokok atau teras perjuangan. Kerana hendak menegakkan sunnah atau apa yang dinamakan sebagai ikutan Rasullullah, sehingga sanggup mengabaikan silaturrahim, sehingga sanggup merosakkan majlis dan sehingga sanggup menolak ikatan persaudaraan. Benarkan tindakan yang demikian itu?

Mungkin ada di antara sahabat atau saudara ku di sini yang mengamalkan fahaman wahabi ini, untuk kalian dan untuk panduan kita bersama, saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai persoalan ini supaya dengan itu, diharapkan tidak berlaku lagi peristiwa yang menimpa sahabat saya tadi kepada kita keseluruhannya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslamku,

‘Mengikut Sunnah’ bukan semestinya bererti kita wajar mengikuti setiap apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, tetapi cukuplah sekiranya kita mengikut Rasulullah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kerana Rasulullah itu adalah ikutan yang terbaik. Untuk kita memahami perkara ini, saya bawakan contoh: Rasulullah dahulu memakai jubah dan serban. Maka ada antara kita yang mengutamakan pemakaian jubah dan serban itu sebagai mengikuti sunnah Rasulullah. Ketika saya berkata kepada seorang sahabat yang mementingkan pemakaian jubah dan serban ini bahawa mereka yang memakai baju biasa dan seluar juga sebenarnya mengikut sunnah Rasullullah SAW, maka beliau dengan keras membantah saya dan mengatakan bahawa apa yang saya katakan itu sebagai suatu fitnah. Saya bertanya kepada sahabat itu tadi, “kenapa Rasulullah memakai Jubah?” Dia menjawab “sebab itu sememangnya pakaian Rasulullah,” saya bertanya lagi “kenapa Rasulullah memakai pakaian?” maka jawab beliau “untuk menutup aurat baginda”. Kata saya: “bukankah dengan cara berpakaian kami ini (yang tidak berjubah dan beserban) sebenarnya adalah juga mengikut sunnah kerana Rasulullah berpakaian untuk menutup aurat dan kami juga berpakaian untuk menutup aurat kami. Bukankah disitu letaknya persamaan?”

Masalah-masalah furuq sebenarnya permasalahan kecil yang tidak perlu dipetikaikan selagi ianya tidak membawa kepada kemusnahan akidah. Rasulullah SAW memperjelaskan dan menyelesaikan masalah akidah, masalah ketuhanan dan masalah hubungan antara manusia dan Penciptanya. Ahli kitab menjadi rosak kerana banyak mempertikaikan masalah kecil sehingga melupakan masalah besar dan disebabkan kerusakan itulah Allah menurunkan para nabi memberikan penjelasan kepada mereka. Tetapi mereka ini sombong dan membunuh para nabi yang diutuskan untuk menyelamatkan akidah mereka.

Sahabat dan saudara seislamku,

Di antara sunnah Rasulullah yang sangat besar adalah penyampaian daqwah yang berkesan. Kenapa kita tinggalkan sunnah yang besar ini semata-mata untuk mempertahankan pegangan kita yang entah diterima oleh Allah atau tidak?. Siapa diantara kita yang boleh memastikan bahawa solat  yang kita lakukan  telah diterima oleh Allah SWT dan solat yang dilakukan oleh saudara kita yang lain tidak diterima oleh Allah?

Jika kita sendiri masih terawang dalam mengharap rahmat Allah SWT mengapa kita begitu berani mengatakan solat saudara kita tidak betul? Kembalilah pada jalan Allah dan Rasulnya. Kembalilah kepada sunnah yang sebenar-benarnya dan jangan jadikan perkara kecil untuk meruntuhkan perkara besar.

InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT, saya akan menyambung kembali perbahasan ini seterusnya dalam penulisan yang akan datang. Yang baik itu adalah daripada Allah dan sebaliknya itu adalah dari salah faham saya sendiri. Wallah hu aqlam.

Marilah Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah
Assalamualaikum warahmatullah

Ku mulai penulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam

Ini adalah kali pertama saya menulis dalam ruangan di Soleh.Net ini, semuga dengan Rahmat dan Kekuatan yang dilimpahkan Allah SWT saya dapat meneruskan penulisan ini dengan sebaik yang mungkin dan semoga Allah SWT melimpahkan pengurniaanNya berupa kefahaman yang datang dari Allah SWT kepada kita semua.

Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya: Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.

Di atas kebenaran Muhammad Rasulullah SAW, sebagai memulakan tugasan ini, saya mengajak sahabat-sahabat dan saudara-saudara sekelian termasuk diri saya sendiri untuk kembali menghayati dua kalimah syahadah yang menjadi benteng ketahanan Iman kita. Sebutlah dengan jelas, sempurna, berendah diri sehingga menusuk ke dalam jiwa perkataan:

LA ILAAHA ILLALLAH,. MUHAMMADDAR RASULULLAH.

Tuntunlah jiwa kita untuk menghayati pengakuan ini, bahawa sesungguhnya, tidaklah ada ‘Ilah’ selain Allah SWT dan Muhammad itu adalah Utusan/Rasul Allah SWT.

Saudara-saudaraku,

Mungkin ada di antara kita yang bertanya, bukankah kita seringkali mengucapkan kalimah ini, paling kurang pun kita ucapkannya 9 kali dalam sehari semalam iaitu ketika kita membaca tahiyat awal dan akhir dalam solat kita. Malahan kadang-kadang ketika kita melafazkan kata-kata amarah kita pun kita lafazkan kalimat ini.

Sesungguhnya tidaklah saya berniat untuk memperlekehkan saudara-saudara semua dengan mengajak saudara-saudara melafazkan perkataan yang seringkali kita ucapkan. Cuma selalunya apa yang kita lafazkan itu tidak menusuk ke jiwa, tidak menggetarkan hati dan tidak di fahami dengan jelas. Kita melafazkannya bukan kerana penghayatan kita, sebaliknya kita lafazkannya sebagai suatu perkataan yang sama seperti kita melafazkan perkataan yang lain. Apatah lagi dalam kita membaca tahiyat awal dan akhir, semuanya berlalu sebegitu sahaja tanpa kegetaran dalam jiwa kita biar sedetik pun.

Sesungguhnya saudara-saudaraku,

Kalimah yang besar ini adalah kalimah yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT, Pencipta Langit dan Bumi serta sekelian yang berada dalamnya. Dengan kalimat ini, seorang kafir akan menjadi Muslim dan dengan kalimat ini juga, jiwa akan menjadi tenang, fikiran tidak bercelaru dan kehidupan menjadi bermakna.

Tetapi apa yang berlaku kepada kita hari ini adalah hampir sama dengan apa yang berlaku kepada ahli kitab sezaman dengan Rasulullah SAW.  Mereka sering mengatakan bahawa Allah itu adalah Tuhan mereka, tetapi kehidupan mereka jauh dari hidayah Allah SWT. Kerana itu saya kembali membawakan arahan Rasulullah SAW kepada Muaz dalam usahanya mencapai misi daqwahnya.

Bertanyalah pada diri kita sendiri, kekadang kita wiridkan kalimah besar ini sehingga beribu-ribu kali, kita sebutkan sehingga tergeleng-geleng kepala kita dalam wirid kita itu tapi kenapa kalimah besar ini tidak mampu menggugah jiwa kita untuk mencapai Iman?, meruntun naluri untuk mencapai Taqwa? Dan menggetar perasaan untuk menjadi mukmin yang benar? Sedemikian, apabila datang kepada kita iblis samada dari kalangan Jin atau Manusia mengajak kita kepada kerusakan, kita kemudian dengan mudah mengikutinya.

Sesungguhnya saudara-saudaraku,

Kalimah besar ini akan melindungi kita dari azab Neraka Allah SWT, kalimah besar ini akan mempertemukan kita dengan Junjungan Besar kita Muhammad SAW yang daripadanya nanti kita akan mendapat syafaat dan minuman ketika kedahagaan yang amat sangat di Mahsyar. Jika kalimah besar ini tidak dapat melindungi kita semasa kita hidup di dunia ini, maka bagaimanakah ia akan dapat mempertahankan kita di akhirat nanti?

Kerana yang sedemikian itu, hari ini saya sekali lagi mengajak saudara-saudara dan diri saya sendiri, marilah kita sama-sama menyebut kalimah ini dengan kesedaran, marilah kita menyebut kalimah ini dengan kefahaman, marilah kita menyebut kalimah ini dengan jiwa luhur, dengan ikhlas dan dengan penghayatan yang bersungguh-sungguh bahawa sesungguh tidak ada satu sembahan pun yang akan kita sembah samada sembahan itu dalam bentuk berhala, dalam bentuk manusia atau dalam bentuk material kecuali Allah SWT Pemerintah Sekelian Alam juga Hari Akhirat dan bersaksilah bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah, kerana Rasul itu adalah penyampai kebenaran.

Semuga keikhlasan kita ini akan mampu memandu kita kearah Iman yang benar dan semuga Allah SWT melindungi dan memelihara kita dari fitnah akhir zaman yang sedang berleluasa sekarang ini.

Amin.

Elakkan penyampaian dakwah yang melulu
Gambar sekadar hiasan

Definisi dakwah

Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus.

Tujuan dakwah

Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak.

Secara terperinci, seseorang itu berdakwah untuk mencari petunjuk, membentuk keimanan yang kukuh dalam diri, serta untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.

Kebiasaan perjalanan dakwah

Tujuan yang satu itu menyebabkan seseorang yang berniat murni itu berdakwah dengan bertubi-tubi, kepada sesiapa sahaja yang ditemui, tanpa mengira tempat dan waktu, serta minat orang yang didakwah itu terhadapnya.

Baginya yang penting dia dapat lakukan, untuk bekalan bagi dirinya. Tanpa disedari bekalan yang dikumpul akhirnya membawa kepada 2 keadaan, kekecewaan atau keangkuhan diri.

Kekecewaan

Perasaan kecewa berlaku apabila suatu masa dia merasai bahawa tahap keimanannya tidak bertambah, melainkan penat dan lelah sahaja.

Keadaan sebegini tidak begitu dibimbangi sekiranya berlaku ke atas seseorang. Dia mungkin perlu menukar teknik dakwahnya, supaya lebih berhasil, terutama terhadap dirinya sendiri.

Terus ke punca kegagalan dakwah

Keangkuhan diri

Manakala keangkuhan diri berlaku apabila dia merasakan imannya telah tepu dan tidak ada sesiapa yang lebih baik daripada dirinya. Keadaan ini amat membimbangkan sekiranya berlaku ke atas diri kita.

Apabila terselit keangkuhan di dalam jiwa, sukar untuk diperbetulkan. Nasihat orang lain tidak lagi diterima. Apabila musibah melanda dirinya, dirasakan dugaan daripada Allah. Manakala apabila musibah melanda orang lain, dikatakan bala yang menimpa orang-orang yang tidak beriman.

Apabila dirinya memperoleh rezeki yang melimpah ruah, dirasakan Allah menyayanginya. Apabila orang lain memperoleh rezeki yang melimpah ruah, dikatakan Allah sengaja mencuba orang tersebut.

Nauzubillah, ya Allah jauhilah aku daripada keadaan seperti ini, amin.

Punca kegagalan dakwah

Sekiranya dakwah yang dijalankan tidak memberi kekuatan tambahan terhadap keimanan kita kepada Allah s.w.t, cuba berikan suntikan baru terhadap proses dakwah yang kita jalankan.

Sekiranya dahulu (sebagai contoh) kita pantang terjumpa kawan lama. Selepas bersalaman dan bertanya khabar, terus memperkatakan kebesaran Allah. Cuba lihat semula proses yang kita lakukan.

Apakah tujuan kita? Apakah hasilnya? Adakah kawan anda tersebut seakan-akan tidak memberi respon? Atau respon yang diberikan sekadar menjaga hati anda? Atau menukar tajuk perbualan? Atau beredar dan menjauhkan diri mereka dari diri anda?

Lihat semula tujuan kita berdakwah. Tujuan kita adalah untuk mencari keimanan. Mencari keimanan adalah satu proses yang sukar. Kesabaran mesti dipupuk, kekuatan dalaman mesti dibaja, etika mesti dijaga, batas pergaulan mesti diteliti.

Itulah iman. Dengan melalui proses-proses tersebut, sinar keimanan akan hadir dengan sendiri, tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu dibuat-buat, tanpa perlu dicari-cari.

Ukurannya di dunia ini, semakin ramai orang mendengar dakwah kita, semakin baiklah kita. Semakin orang menjauhi kita, bermakna ada lah yang tak kena dengan diri kita.

Perlu diingat, dakwah bukan ceramah. Ceramah yang mantap memang sentiasa dibanjiri manusia. Tambahan pula yang ada unsur-unsur jenaka serta tidak membosankan.

Sebaliknya dakwah ini adalah suatu proses yang membosankan dari segi penyampaian, lurus dan melata.

Kerana, majlis ilmu yang dipenuhi gelak ketawa itu sebenarnya adalah kesukaan syaitan, dan tidak diberkati.

Wallahu a’lam.

Isu dan permasalahan mandi wajib
Antara fakta dan mitos. Di mana silapnya?

Lama saya bercuti. Sepanjang ‘percutian’, saya tidak putus-putus dihujani persoalan berkaitan isu-isu dan permasalahan mandi wajib.

Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:

Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;

Was-was dengan mandi wajib;

Antara wiladah dan nifas;

Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani;

Ukuran air 2 kolah;

Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;

Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;

Terlupa bahawa sedang mandi wajib;

Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;

Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang kadangkala tidak berkaitan dengan bab tersebut.

Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini.

Niat

Isu niat adalah antara yang paling sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan “Sahaja aku…” dalam berniat.

Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan. Baca entri “Antara niat dan lafaz” yang pernah saya tulis beberapa ketika yang lalu.

Pendek kata, maksud sebenar niat ialah perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa, atau nyanyuk, atau berkhayal.Â  Selain daripada itu, semuanya berniat.

Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.

Was-was

Ada yang tanya saya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?

Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.

Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.

Antara wiladah dan nifas

Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.

Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.

Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).

Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.

Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.

Bagaimana caranya? Angkat hadas besar dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain-lain sama sahaja.

Keperluan mandi wajib apabila memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani

Memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, tidak perlu mandi wajib.

Onani, sehingga mencapai klimaks, tidak kira jantina, wajib mandi baginya.

Perlu diingat, yang haram tetap haram. Onani tetap haram walau apa jua cara dan keadaan. Namun, mandi tetap wajib.

Ukuran air 2 kolah

Ada yang bertanya bagaimana mandi wajib jika tiada kolah, yang ada hanyalah baldi, cukup ker 2 kolah dengan baldi itu?

2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.

Sebaliknya, air mutlak akan menjadi air najis apabila tidak cukup ukuran tersebut. Hukum mandi wajib dengan air najis adalah tidak sah.

Oleh itu, mandi wajib menggunakan air paip secara terus adalah lebih memudahkan. Tidak perlu susah-susah guna baldi.

Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib

Dalam bab ini, terdapat 2 pendapat. Ada yang berpendapat begini:

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Namun pendapat ini diragui, atas sebab yang saya sebutkan dalam tajuk kecil “Antara wiladah dan nifas” di atas tadi.

Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab

Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab yang mewajibkan mandi.

Diulang, yang haram tetap haram. Kita bercakap isu tindakan atas sesuatu isu, bukan galakan untuk melakukan yang haram.

Persoalannya, berapa kali wajib mandi untuk 2 sebab? Adakah dalam satu sebab sekali mandi, 2 sebab dua kali mandi?

Tidak perlu, cukup hanya sekali untuk berapa banyak sebab pun.

Terlupa bahawa sedang mandi wajib

Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian,Â  saya mandi wajib. Sah ke?

Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.

Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib

Penuntut sekolah aliran agama memberitahu bahwa kita kena tunggu lebih kurang 5 jam baru boleh mandi wajib.

Siapa yang kata begitu sila angkat tangan, berikan nama dan nombor IC. Nak tengok sikit wajah insan yang berkata begitu.

Mana ada. Dari mana belajar ni? Ustaz mana yang ajar? Tidak ada hukum mengatakan kena tunggu 5 jam ker, 2 jam ker, setengah jam ker, lima minit ker, 2 saat ker.

Nak mandi, mandi jer. Tak payah ditunggu-tunggu.

Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan

Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan â€™showerâ€™ bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?

Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.

Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.

Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.

Penutup

Diharap entri ini dapat menjawab sedikit sebanyak keraguan yang timbul dalam diri masing-masing.

Segala perbincangan amatlah dialu-alukan. Wallahu a’lam.