Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Arkib kategori ‘Bicara Agama’

Anggapan salah terhadap puasa bagi musafir

Ramai yang menganggap apabila bermusafir diharuskan berbuka. Ini kerana kita diajar di sekolah bahawasanya musafir boleh berbuka, tetapi tidak diajar kaedah dan perincian tentang puasa bagi musafir.
Pertama, sebelum masuk bab puasa, nak tanya tentang marhalah dulu. 2 marhalah bersamaan dengan berapa kilometer? Terdapat banyak kitab agama yang mempunyai banyak pendapat. Antaranya 81km, 84km, 86km, 90km, [...]

Kelebihan solat berjemaah

Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

Fardhu ain pada solat Jumaat;
Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
Sunat [...]

Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat

Sebelum membuka bicara, belum terlewat kiranya untuk aku mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.
Dalam kesempatan ini juga izinkan diriku memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini.
Beberapa hari yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang panduan untuk memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
Sesudah memulakan solat yang sekian lama ditinggalkan, eloklah kiranya kita memikirkan cara [...]

Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang [...]

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat.
Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.

Muka 3 dari 7«12345»...Terakhir »