Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Arkib kategori ‘Ibadah’

Mengenali ibadah korban

Dek kesibukan tugasan, entri ini terlewat ditulis untuk musim korban kali ini. Harap-harap boleh disimpan di dalam dada sebagai ilmu untuk rujukan di hari muka. Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di [...]

Antara niat dan lafaz

Ustaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat? Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu? Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya? Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai [...]

Jenis-jenis air untuk bersuci

Dari bab perkara yang wajib diketahui sebelum solat, selepas topik definisi bersuci (bhg II). Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.

Definisi bersuci (bhg II)

Sambungan daripada bahagian I. Pembahagian-pembahagian jenis bersuci Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu: Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat; Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.

Definisi bersuci (bhg I)

Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi. Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain. Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

Muka 1 dari 212