Soleh.Net » Ibadah

Mengenali ibadah korban
Ketahui umur dan jenis haiwan yang boleh dibuat korban â€” Gambar hiasan

Dek kesibukan tugasan, entri ini terlewat ditulis untuk musim korban kali ini. Harap-harap boleh disimpan di dalam dada sebagai ilmu untuk rujukan di hari muka.

Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:

Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.

Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.

Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:

Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;

Buta sebelah mata atau kedua-duanya;

Gila atau berpenyakit;

Berkudis walaupun sedikit;

Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan

Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:

Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.

Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.

Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.

Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.

Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.

Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

Sudahkah anda menunaikan ibadah korban? Wallahu a’lam.

Antara niat dan lafaz
Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat

Ustaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat?

Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu?

Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya?

Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai yang masih keliru dan kurang arif tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.

Topik niat adalah sesuatu yang sukar diajar dalam bentuk teori. Dari seawal tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kita dididik dengan niat sebegini:

Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat kerana Allah ta’ala

Tambah cikgu lagi, niat itu adalah rukun dan jika tidak berkata begitu di dalam hati sebelum solat maka tidak berniat namanya, maka tidak sah solat.

Kesinambungan dari itu, maka ramailah yang terikut-ikut sebijik seperti yang dididik. Tertinggal satu perkataan dalam niat, dibatalkan solat. Terlebih sebut pun, dibatalnya solat. Maka terhasillah satu lagi penyakit, iaitu was-was!

Bagi memberi kefahaman sebenar, izinkan saya memberi dua contoh yang boleh diadaptasi dalam pemahaman kita tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.

Contoh pertama: Bayangkan anda menyuruh isteri menutup pintu bilik.

Isteri anda pun menurut kata, lalu bangun dan berjalan pergi ke arah pintu lalu menutupnya, sambil bercakap-cakap hal anak-anak dengan anda.

Serentak dengan itu, cuba tanya isteri anda:

Awak buat apa?

Kenapa tutup pintu?

Siapa yang suruh?

Isteri anda pun menjawab:

Saya tutup pintu

Kerana disuruh

Abang yang suruh

Ketiga-tiga jawapan itu jika anda tak tanya, tidak pula dilafazkan dengan zahir sama ada kepada anda atau kepada dirinya sendiri.

Tetapi itulah yang ada di dalam mindanya. Ini bermakna dia telah pun berniat sewaktu mula bangun. Itulah yang dinamakan niat.

Contoh kedua: Bayangkan anda sedang bermain badminton.

Sewaktu suatu ketika bulu tangkis hendak sampai kepada anda, apa yang anda lakukan? Adakah anda berkata begini di dalam hati?

Sahaja aku memukul bulu tangkis ini dengan pukulan kuat, selaju 120km/j, dengan tajamnya, sehingga ke sudut sebelah kanan court ini, kerana untuk mengalahkan lawan di depan itu!

Sudah tentu tidak, kerana apabila anda mula berbuat demikian, bulu tangkis itu sudah pun jatuh ke lantai. Sebenarnya sewaktu anda mula memukul bulu tangkis itulah yang dikatakan niat.

Justeru, saya berharap agar dua contoh tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang erti sebenar niat. Selepas ini diharap tidak timbul lagi persoalan seperti yang disebut di atas tadi.

Wallahu a’lam.

Jenis-jenis air untuk bersuci
Dari bab perkara yang wajib diketahui sebelum solat, selepas topik definisi bersuci (bhg II).

Jenis-jenis air untuk bersuci

Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.

Pertama, air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Ini dinamakan air mutlak.

Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.

Kedua, air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Ini dinamakan air musyammas, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.

Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.

Ketiga, air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:

Air musta’mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.

Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.

Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.

Keempat, air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Air ini ialah air mutanajjis. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.

Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:

najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga;

najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat;

bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai;

binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air;

bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.

Ukuran 2 kolah

Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku.

Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.

Sekian, wallahu a’lam.

Definisi bersuci (bhg II)
Sambungan daripada bahagian I.

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Pembahagian-pembahagian jenis bersuci

Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu:

Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat;

Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.

Pembahagian jenis hadas

Hadas besar – berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan mandi wajib.

Hadas kecil – berlaku apabila batalnya wudhuk seperti kentut, buang air kecil dan besar, bersentuhan yang bukan muhrim. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan berwudhuk.

Alat-alat untuk bersuci terdiri daripada 4 jenis, iaitu:

Air;

Tanah untuk tayammum ketika tiada air atau tidak dapat menggunakan air bagi berwudhuk atau mandi wajib;

Batu dan barang yang mempunyai sifat keras, suci, kesat dan dapat menanggalkan najis seperti kayu dan seumpamanya serta tidak dihormati pada hukum syarak, seperti makanan, tulang, buku-buku agama Islam dan apa-apa yang tersurat nama Allah, malaikat dan para nabi, untuk dibuat beristinjak.

Bahan-bahan penyamak untuk mencuci kulit (belulang) haiwan yang mati selain anjing dan babi.

Bersambung perincian alat bersuci (air). Wallahu a’lam.

Definisi bersuci (bhg I)
Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi.

Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain.

Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

Hukum bersuci

Bersuci hukumnya wajib apabila hendak mengerjakan ibadah solat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”

Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi

Hikmah bersuci

Allah kasih orang yang bersuci. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”

Bersuci sebahagian daripada iman. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Bersuci itu sebahagian daripada iman”

Hadis riwayat Muslim

Menghindarkan perasaan jijik.

Menjaga kesihatan dan menghindari penyakit.

Membezakan antara manusia dan haiwan.

Suatu tanda keistimewaan agama Islam yang lebih menitikberatkan kebersihan bukan hanya zahir sahaja, malah hingga kepada kebersihan batin.

Terpelihara maruah diri. Selain itu kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung.

Bersambung di bahagian II, insya-Allah.

Perkara yang wajib diketahui sebelum solat
Antaranya berwudhuk, yang merupakan salah satu cara bersuci

Bersuci adalah antara perkara yang wajib dipelajari sebelum menunaikan solat.

Tanpa ilmu bersuci, ibadah solat seseorang itu akan terdedah kepada batal atau cacat, dibimbangi tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Topik “bersuci” sahaja meliputi perkara-perkara berikut:

Definisi bersuci (Bahagian I & Bahagian II)

Jenis-jenis air

Bahagian-bahagian najis

Samak

Istinjak

Qada’ hajat

Berkhitan atau bersunat

Bersugi

Wudhuk

Menyapu khuf atau moza

Mandi

Tayammum

Manakala antara topik lain yang wajib diketahui sebelum solat adalah seperti:

Waktu solat

Perkara sunat sebelum solat

Kesemua perkara di atas akan dikupas satu persatu, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Berilmu sebelum bersolat itu wajib
Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya.

Justeru pentingnya ilmu sebelum beribadah ini maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)

Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil

Hadith Riwayat Abu Nu’aim.

Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada ALlah s.w.t. Firman Allah dalam surah Al-Fatir ayat 28 yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ilmuan (yang beriman).

Perasaan takut kepada Allah akan menimbulkan rasa kehebatan, keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, dan kekudusan Allah s.w.t.

Dari perasaan takut itulah yang akan menghasilkan khusyuk yang merupakan perkara yang amat penting sekali dalam ibadah solat seseorang hamba Allah yang mahukan kemenangan dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-mukminun ayat 1 – 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Sekian, wallahu a’lam.